Monday, March 28, 2016

SHAFIE APDAL BUAT HAL... MACAM NAK U-TURN PULAK... DUA KALI MAJLIS DEKLARASI RAKYAT TIDAK DIHADIRINYA!!!!



Sehingga sekarang, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal belum lagi menandatangani Deklarasi Rakyat Mahathir-Kit Siang. Dia juga bukanlah antara 45 orang yang hadir ketika majlis Deklarasi tersebut dilancarkan beberapa minggu lalu. 

Semalam, dalam Kongres Rakyat 1200 orang di SACC Shah Alam pun, Shafie Apdal tetap tidak memunculkan diri walaupun dia seringkali dikaitkan dengan gerakan menjatuhkan Najib Abdul Razak. 

"Saya mahu bersama-sama ahli keluarga saya di dalam UMNO," katanya. 

Kenyataan yang sebenarnya mempunyai pelbagai makna dan tafsiran terutama dengan tindak-tanduknya biarpun pada masa yang sama, Shafie menyatakan, dia ada bersama-sama dengan ahli-ahli parti yang tidak dapat ke SACC Shah Alam semalam. 

Sebenarnya, semalam semasa Kongres Rakyat 1200 orang berlangsung di Shah Alam, Shafie berada di Dengkil untuk sesi dialog dengan beberapa orang pemimpin Cawangan UMNO. 

Menurutnya, dia telah memberitahu Mahathir yang dia tidak akan hadir dalam Kongres itu, sebaliknya akan bercakap tentang isu-isu semasa kepada ahli-ahli UMNO yang tidak dapat mengambil bahagian dalam Kongres Rakyat 1200 orang.

Mahathir merupakan antara yang berucap untuk 'SELAMATKAN MALAYSIA' bersama-sama 19 orang penceramah yang lain dalam kongres semalam. Mereka yang lain termasuklah Lim Kit siang, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Teresa Kok, Abdullah Sani dan Fahmi Zainol yang terus mengalunkan cerita dongeng kononnya kajian mendapati 80% pelajar-pelajar universiti kebuluran dan kurus kering tak makan!

Pastinya, kenyataan Shafie Apdal yang menjelaskan mengapa dia tidak dapat hadir semalam, perlu diberikan pehatian sewajarnya. Permainan politik yang adakalanya membuatkan kita kelabu mata. 

Menurut Shafie, seseorang perlu menerangkan tentang deklarasi tersebut kepada akar umbi sepertimana yang dilakukannya semalam. 

"Kekuatan Najib bukan pada Lim Kit siang atau Azmin Ali. Kekuatan Najib adalah pada Ketua-Ketua Bahagian UMNO," katanya. 

Sekaligus cukup untuk menyatakan bahawa Deklarasi Rakyat 1200 orang dan usaha Mahathir adalah satu temberang semata-mata, demi menutup sesuatu yang lebih besar berbanding menggulingkan Najib yang dijadikan terasnya. 

Masalahnya, apa benda yang sedang disembunyikan itu dengan cerita nak gulingkan Najib?


1 comment:

Anonymous said...

Berkias2 nak uturn balik ler ter..

top