Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 23, 2016

SIDANG PARLIMEN MALAM INI GAMAT APABILA LIM GUAN ENG MALU BESAR KERANA DIGELAR PEMBOHONG DALAM ISU HARGA RM400,000 UNTUK RUMAH MAMPU MILIK!!!



Pada ketika artikel ini ditulis, Lim Guan Eng sedang bertekak dan cuba memaksa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan menarik balik perkataan 'YB BAGAN PEMBOHONG' dalam isu harga rumah kos rendah yang mana Lim Guan Eng berdalih kononnya, harga RM400,000 sebagai harga minima dengan bantuan Ahli-Ahli Parlimen DAP yang lain. Gangguan demi gangguan kepada penjelasan Abdul Rahman Dahlan malah cuba memanipulasi dan mengalihkan isu sebenar dengan menjadikan pembohongan dan pemaksaan mereka sebagai satu kebenaran. (RUJUK SINI)

Menariknya, Noh Omar berulang-ulang kali meneriakkan perkataan 'BAGAN PENAKUT!' tetapi dengan bantuan Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto cuba menjadikan Dewan Rakyat sebagai pasar. Abdul Rahman Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berulangkali mencabar Lim Guan Eng agar fahamkan konteks 'PEMBOHONG' yang dikatakan kepada Lim Guan Eng membabitkan rumah kos rendah.

Malah Abdul Rahman turut meminta agar Speaker tidak diprovok agar Lim Guan Eng dikeluarkan dari Dewan kerana kehadiran Lim Guan Eng 'amat diperlukan'. Sedangkan Lim Guan Eng dan Ahli-Ahli Parlimen DAP pula terus melakukan provokasi agar Lim Guan Eng dihalau keluar dari Dewan.

Sesuatu yang menarik berbanding Sidang Parlimen siang tadi.

Plot cerita Lim Guan Eng terus berkembang hari ini. Malah, ada-ada sahaja cerita baru yang timbul dan langsung tidak dijangka.

Antara yang terbaru hari ini adalah PEMBOHONGAN BESAR tentang kaitan antara Phang Li Koon, Lim Guan Eng dan Tang Yong Chew, hartanah di Jalan Pinhorn dan KLIDC serta tanah PPRT yang telah dijual dengan harga murah kepada KLIDC.

Siang tadi, Lim Guan Eng lari terbirit-birit tanpa menjawab soalan-soalan daripada para wartawan berhubung pemilikan hartanah di bawah harga pasaran. Ditemani oleh Gobind Singh Deo dan Stephan Wong, Lim Guan Eng hanya mencemik dan kemudian melarikan diri.


Malam ini, dia muncul lagi di Parlimen. Tetapi sekadar untuk mengganggu penggulungan Abdul Rahman Dahlan dan menuntut Abdul Rahman Dahlan meminta maaf kerana menggelarkannya sebagai pembohong.

Lim Guan Eng nampaknya tak jadi pergi ke China malam ini kut dan cuba mengalihkan isu. Sedangkan dia memang sah-sah menipu dan membohong. Bantuan daripada Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto, nampaknya tidak dapat menenggelamkan fakta yang dibacakan oleh Abdul Rahman Dahlan berdasarkan minit-minit mesyuarat antara Kementerian dan Majlis Perumahan Negara dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri, termasuklah Exco Perumahan Pulau Pinang.

Nampaknya, Lim Guan Eng terperangkap lagi apabila dia tidak habis-habis menyuruh Abdul Rahman Dahlan menarik balik perkataan 'PEMBOHONG' walaupun sebenarnya dia memang berbohong berdasarkan klip video yang telah dimuatnaik oleh Buletin Mutiara pada 13 Mac 2016.


No comments:

 
Blogger Templates