Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 18, 2016

SPRM SUDAH MULA PERLU TENDER PASANG JERIJI BESI DI SEMUA TINGKAP PREMISNYA BAGI MENGELAKKAN ORANG DAP TERJUN BANGUNANNYA!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan, pihak mereka menerima aduan berkaitan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada beberapa pihak. 

SPRM juga berkata, pihaknya telah merakamkan keterangan pengadu berhubung isu tersebut. 

Di samping itu, SPRM turut menjelaskan, kertas siasatan pada tahun 2012 hanyalah berkaitan dengan penyewaan rumah tersebut, bukannya pembelian. Kes membabitkan pembelian rumah tersebut merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail berkaitan sebelum ini. 


Isu pembelian rumah itu berbangkit selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya di Parlimen dua hari lepas, melahirkan kekhuatirannya yang pembelian rumah tersebut mempunyai kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang dimaksudkan untuk projek rumah kos rendah yang telah digantikan dengan klinik pergigian dan hotel mewah.

Julai 2009, Teoh Beng Hock yang merupakan pegawai khas kepada salah seorang pemimpin utama DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah telah menjadi saksi SPRM bagi kes penyelewengan dan salahguna membabitkan sejumlah dana yang digunakan untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing.


Selain Ean Yong Hian Wah, turut disiasat adalah Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).Pada 15 Julai, sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas dari pejabat Ean.Pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng Santurut diserbu oleh SPRM.

Pengarah Siasatan SPRM , Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan Teo datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang hari Rabu 15 Julai 2009 untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini. Walau bagaimanapun, telefon bimbit milik Teo masih berada di tangan pegawai SPRM semasa mayat teo ditemui pada 1.30 tengah hari.

Teo berjanji membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa .Teo memberi kerjasama kerana dia bukan orang yang dituduh tetapi dia adalah saksi.

Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam ,Shah Alam,Selangor dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Mayat Teo, 30-an ditemui dalam keadaan terlungkup . SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan.

Teng Chang Khim selaku Speaker DUN Selangor mahu SPRM bertanggungjawab kerana Teo mati semasa masih disiasat. Sebelum ini beberapa kes tahanan mati semasa dalam siasatan polis.

Jadi, memandangkan kalau benar SPRM akan membuka kertas siasatan, bermakna Lim Guan Eng akan dipanggil memberi keterangan. Bagi mengelakkan SPRM dipersalahkan kerana 'membunuh tahanan' atau 'saksi' mereka sendiri dengan cara terjun bangunan di mana SPRM beroperasi, elok benarlah kalau semua pejabat SPRM di seluruh negara mula memasang jeriji besi yang tidak boleh dibuka dari dalam untuk mengelakkan tragedi Teoh Beng Hock berulang, sekaligus menghentikan sama sekali siasatan berhubung penyelewengan, sama seperti yang berlaku dalam kes Teoh Beng Hock.


No comments:

 
Blogger Templates