Saturday, March 12, 2016

SYIAR ISLAM BERJALAN SETIAP MASA, MASJID CANTIK-CANTIK, KELAS AGAMA SETIAP MASA TAPI LORI TERBALIK, RAMAI-RAMAI PI MENCURI JUGA!!!



Kalau ada yang kata di Malaysia, seseorang amat susah mencari, mengaji, mengkaji dan mengamalkan ajaran Islam mahupun agama-agama lain, orang itu barangkali berasal dari Planet of the Apes.

Dengan segala macam peruntukan, pembangunan mahupun kempen agama setiap masa demi kemantapan iman mahupun mempergunakan agama untuk pelbagai tujuan lain termasuklah politik, sepatutnya rakyat Malaysia di mana-mana sahaja mampu menjadi manusia beragama yang lebih baik, malah jauh lebih baik berbanding tempat asal agama-agama besar yang wujud di Malaysia.

Tetapi itu tidak berlaku...

Walaupun rakyat Malaysia beragama Islam sekarang ini cukup alergik dan cukup peka dengan aurat orang lain, terutama sekali wanita, malah boleh pula menjatuhkan hukum kepada orang lain berdasarkan fatwa ustaz-ustaz yang menjadi ikutan, namun dalam bab mengambil kesempatan untuk mencuri, nampaknya kesedaran melampau seperti tentang aurat, tidak begitu dititikberatkan.


Kejadian sebuah lori Vico terbalik di Kampung Asam, Kuala Selangor semalam yang menjadi viral d media-media sosial, amat menarik untuk direnung. Apatah lagi ada pihak yang cuba mempertahankan tindakan menyamun itu dengan alasan yang sangat tidak boleh diterima akal.

Kejadian tersebut kali pertama dimuatnaik oleh Mohamad Fariduddin di laman kumpulan Truckers & Snaper (Malaysia Brand) yang kemudian diulas oleh seorang pengguna Facebook, Iella Cahaya KurniaMu dengan mendakwa orang ramai mengambil barangan tersebut setelah diberikan izin oleh pemandu atas alasan stok berkenaan sudah rosak dan telah diinsurankan.


Bagaimanapun, syarikat pemilik lori tersebut, Krian Lorry Transport Sdn. Bhd menafikan dakwaan tersebut.

"Tidak benar! Kami tidak mengizinkan orang ramai ambil barangan pelanggan kami yang terjatuh ketika kemalangan semalam. Ini sikap yang tidak baik," kata pengurusnya yang hanya mahu dikenali sebagai Ong dalam Bahasa Melayu yang cukup payah.

Menurut Ong lagi, pada ketika pemandu dan kelindan lori malang itu terbalik, orang ramai terus merompak tanpa rasa bersalah walaupun beberapa orang polis trafik tiba untuk mengawal lalu lintas dan melarang orang ramai daripada berbuat demikian.


"Kami sudah hantar lori kedua yang sampai sejam kemudian untuk mengambil stok berkenaan," katanya yang kecewa kerana hanya 40% stok sahaja dapat diselamatkan daripada dirompak oleh orang ramai.

Dia turut menafikan pemandu dan kelindan lori malang itu telah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengambil barangan berkenaan kerana mereka cedera teruk dan pengsan akibat kemalangan sebelum dibawa ke hospital. Malah dia turut menafikan dakwaan segelintir pengguna laman sosial bahawa barangan yang jatuh itu telah diinsurankan dan akan diberikan ganti rugi.

"Jika pelanggan kami mempunyai insuran, mungkin mereka boleh mndapatkan sedikit ganti rugi. Jika tiada, maka kami terpaksa bertanggungjawab untuk menggantikan kerugian tersebut," kata Ong lagi.




2 comments:

Anonymous said...

Apa bezanya dengan Ustaz2 glamour yang menjadi pujaan ramai?

Ceramah berapi sana-sini?

Orang Melayu tak bersatu juga, mengumpat makanan suji, menghina, fitnah mengadu domba?

Ada yang sangat tak kena.

Surah Al-Humazah paling kurang ditafsir. Sebab? Ustaz2 juga ramai yang PENGUMPAT.

Hadith supaya jangan memberontak dan mesti hormat pemimpin Negara, lagi disorokkan, sebab? Ustaz juga kaki pemberontak!!

Tidak semua Ustaz, siapa yang makan cili merekalah yang terasa...

Anonymous said...

Saya banyak dengar TV Hijrah je,kerana ustdan uszah nya terpaksa lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu pandangan,tak boleh hentam kromo ikut nafus sendiri atau ikut pihak mana yg mahu di hentam atau mahu di sokong.

top