Thursday, March 3, 2016

TAHNIAH!!! KELUARGA ANWAR IBRAHIM AKHIRNYA BERSATU DENGAN KELUARGA DR. MAHATHIR MOHAMAD UNTUK 27 MAC!!!



Buat kali pertama, seluruh ahli keluarga Anwar Ibrahim bersatu dengan Dr. Mahathir Mohamad dan mereka akan sama-sama membuat satu sidang media untuk 'menyelamatkan Malaysia' atau sebenarnya lebih tepat lagi, 'SELAMATKAN ANWAR IBRAHIM'.

Beberapa tuntutan sebelum ini telah dibuat untuk menjadikan Anwar Ibrahim berstatus BANDUAN TERKAYA DAN TERMEWAH di penjara Malaysia, apabila permohonan tilam air, bilik berhawa dingin sepenuhnya, televisyen berpemukaan rata dengan siaran Astro, makanan dengan chef dan tukang masak khas dan pancuran air panas untuk mandi.

Satu perkembangan yang amat menarik apabila dua musuh politik membabitkan keluarga, akhirnya bersatu untuk menjatuhkan pihak lain bagi merampas kuasa!

Walaupun tidak berterus terang dan beretorik, niat PKR yang dizahirkan menerusi Nurul Izzah dapat dibaca dengan mudah. Katanya, PKR mahukan komitment ke arah reformasi dan keikhlasan daripada bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sebelum kononnya bersetuju untuk bersama-sama Mahathir menyingkirkan Najib Abdul Razak.

Satu pertemuan antara PKR dengan Mahathir dijangkakan akan dilakukan esok untuk membincangkan terma dan syarat-syarat sebelum sebarang keputusan dibuat walaupun sebenarnya keputusan telah dibuat bahawa gabungan tersebut akan direalisasikan pada 27 Mac menerusi majlis anti-Najib anjuran Zaid Ibrahim bersama-sama DAP.

Nurul Izzah berkata, para pemimpin Pakatan Harapan akan mengadakan sidang media bersama esok selepas pertemuan dengan Mahathir. Menurutnya lagi,elemen terpenting dalam menentang Najib dan UMNO adalah perpaduan dan fokus.

Tahniahlah...

Akhirnya di sebalik segala pembohongan, huru-hara, maki hamun di peringkat bawahan, keluarga Anwar Ibrahim dan Mahathir yang menjadi punca kepada segala masalah di Malaysia bermula 1998, kini sudah bersatu walaupun dengan menggunakan alasan yang paling tidak munasabah!!!


11 comments:

Anonymous said...

Apa pun kaedah pembahagiannya (siapa dapat apa dan berapa), tidak boleh dinafikan Dap bakal meraih bahagian terbesar kalau himpunan 27/3 menjadi-jadi.

Anonymous said...

Mudahnya untuk lupuskan berbelas belas kotak bahan bukti kelas mewah cuma perlu ikut berjemur dan berhujan. Donia, donia.

Anonymous said...

Yang si A disuruh oleh Karpal supaya bertaubuat sementara B di tuduh diktator oleh LKS. A dan B terpisah.

Jadinya TQ Zaid kerana bakal menyatukan dua insan yang terpisah selepas kegawatan ekonomi lampau dalam satu program 'bersama mu 27/3'.

Tentunya ia bakal menjadi satu program melankolia bersejarah dan penuh hiba. Rating A+++.

Anonymous said...

27 Mac tu hari Easter utk meraikan kebangkitan Jesus ugama Christian selepas 100 hari disalib.

Anonymous said...

inilah dunia dan permainanya, inilah dunia dan tipu helahnya, inilah dunia dan segala lakonanya , inilah dunia dan segala pelakonya ..

yang rugi itu mestinya melayu, yang robek luka adalah melayu, yang mencalar dan tercalar adalah melayu , yang meludah dan menjilatnya adalah melayu , yang menyumpah dan membohong dan dibohong adalah melayu jua ..
yang ketawa bangsa mendatang, yang menang si mata sepet , yg bertepuk tangan si pendatang , yang dulu cuma bawa kaki dan tangan , tiada apa selain pakaian bersalin basahan, sekarang jadi tuan memerintah si orang asal,

kemana hilangnya sehala slogan bersatu dan bersatu ?
kemana perginya kata bersatu mutu bersatu teguh ?

Anonymous said...

mahatir kata azizah pernah tulis surat kat dia sepuluh lembar, dia berjanji akan dedahkan , sampai dia mati pun tak akan didedah ..atau memang tiada

juragan 69 said...

Kah..kah..kah...biasanya aku guna hahaha tp bhai lunya entry cam tk boleh belahhh je..yg pnting lu org tk goyang..tk gigil kn..apa nk herankn dgn sapa tun m nk bersama pun..sekali lg kah..kah..kah..berapa dpt bonus bhai

juragan 69 said...

Najib tamu mca gerakan lu nk letak mana bhai sdgkn org yg hadir dlm program mca gerakan yg mana najib tamu berjuta2 hrpkn cina sokong bn sdgkn undi cina ttp pd dap..

Anonymous said...

Apa nak takut..kan PM kita kuat..artikel yg nampak gelabah ni kenapa yea..??Takut sangat bunyinya..Kan PM dipihak yg benar..Apa Nak takut..tak payah nak risau boss..semua settle..Ok Je..semua angin angin je tu..lama lama ..ok kot..he he he..

Anonymous said...

Gila betul lah politicians ni..macham munafikuns semuanya

Anonymous said...

Memang gila bro...tu sbb baginda rasulullah s.a.w bersabda. Di akhir zaman ni klu ada org ajak ko berjihad,elok ko duduk umah je. Klu bole ko ikat tgn ko dan duduk je dalam peti. Bagi aku la..klu org politik ajak kita berdemo ke ape ke baik buat tk tau je. Negara ni da ada yg jaga keamananannye. Dorang buat kje dorang kita buat kje kita. Tingkatkan amal dan ekonomi lagi bagus.

top