Sunday, March 6, 2016

TAK SUCIKAH LAGI HATI NAJIB ABDUL RAZAK? APA LAGI YANG LEBIH BAIK SELAIN MENDAMAIKAN PIHAK YANG BERMUSUH?



Minggu lepas merupakan minggu yang paling bersejarah bagi Malaysia, terutama sekali dunia politik tanahair yang dimulakan oleh Mokhtaruddin Lasso pada tahun 1930 dahulu dengan Parti Komunis Malayanya (PKM).

Watak selama 22 tahun yang telah mendominasi minda dan kepercayaan sebahagian besar rakyat Malaysia, tertanam kukuh bahawa hanya dia mampu menyelamatkan negara ini dengan pelbagai projek-projek agungnya, mengubah lanskap negara ke arah yang lebih hebat, mengubah sosio budaya dan politik negara dengan dasar-dasarnya dan seribu satu macam kebesaran yang disarungkan ke tubuh badannya, walaupun hakikatnya segala yang dilakukannya sekarang ini sedang dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia dengan harga yang sangat mahal terutama sekali menerusi beberapa orang kroni konglomeratnya.

Stigma yang sama berlaku di negara-negara yang para pemimpinnya diberikan pelbagai gambaran syurga dan dewa-dewi, dan ianya bukannya baru, malah ia merupakan budaya serta kepercayaan dari awal ketamadunan manusia lagi walaupun hakikatnya, MAHATHIR dan spesiesnya adalah manusia biasa yang berkonspirasi dan berkolabarasi.

Beberapa hari sebelum Mahathir mengisytiharkan Deklarasi Anti Najib bersama barisan pembangkang dan NGO-NGO yang diketahui bukan sahaja kritikal, tetapi juga memang berhajat meruntuhkan negara ini dengan mencabar Perlembagaan Persekutuan, Najib Abdul Razak ke Arab Saudi untuk kerjanya. Selain menjalankan kerjanya sebagai Perdana Menteri dan Ketua Negara, Najib mengambil kesempatan untuk menunaikan peranannya sebagai manusia beragama Islam dengan menunaikan ibadah ziarah Umrah di Makkah.

Gambar-gambar Najib di Makkah bukan sahaja diputarbelit, bahkan digunakan untuk menghina dan memperlekeh-lekehkan agama Islam. Gambar Najib berdoa dimomok-momokkan sebagai permohonan lepas dosa bagi membuat dosa baru.

Golongan yang menentang Najib seronok mempermain-mainkan konsep doa dan munajat seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun mereka tidak tahu apa yang didoakan, tetapi mereka cuba menjadi nujum dengan mengatakan, Najib berdoa untuk menyelamatkan diri. Malah ada pula yang pula yang mengatakan, Najib tidak pernah kelihatan ketakutan seperti dalam gambar-gambarnya di Makkah sebelum ini apabila mengetahui Mahathir sedang mengatur langkah untuk menumbangkannya.

Tidak ada taikun konglomerat dan kapitalis yang tampil membela Najib sebagaimana taikun-taikun konglomerat dan kapitalis muncul menjadi perisai Mahathir. Tidak ramai pemimpin UMNO-BN yang segera tampil ke hadapan melainkan hanya bersanggupan berada di belakang Najib untuk menyanggah semua tohmahan yang dilemparkan kepada Najib. Malah anggota-anggota kabinet pun, lebih ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum mula bersuara setelah mendapat indikasi dari media sosial.

Barangkali kerana itulah, Najib dilihat sangat lemah dan boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja. Namun semakin dijolok, Najib tidak juga jatuh-jatuh. Rakyat Malaysia tidak seperti penghujung tahun 90-an, bersedia untuk merombak jalan-jalanraya di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia untuk berdemonstrasi sehingga memaksa Perdana Menteri mengeluarkan dekri kepada pihak berkuasa untuk menangani massa dengan pancutan meriam air dan gas pemedih mata serta penguatkuasaan undang-undang yang menghumban massa ke dalam penjara, lokap atau tahanan terhad.

Najib masih lagi menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan rakyat Malaysia masih lagi menjalani kehidupan harian secara aman tanpa perlu risaukan demonstrasi jalanan walaupun pada masa yang sama, sabotaj ekonomi berlaku oleh kartel-kartel yang sedang mencari untung cepat dan memanipulasi otak rakyat Malaysia yang akan menyalahkan Kerajaan pada apa-apa sahaja yang berlaku.

Ajaibnya, penghujung minggu lepas, permusuhan berdekad-dekad antara Mahathir dengan barisan pembangkang, terutama sekali yang terlibat dalam era REFORMASI, OPERASI LALANG 1987, OPERASI KENARI 88 dan pelbagai operasi lagi, mereka boleh duduk semeja. Mereka boleh jadi satu kepala. Mereka boleh berkongsi satu matlamat dan mereka boleh bergelak tawa melupakan masalah silam mereka yang telah ditanam dalam minda masyarakat Malaysia untuk sistem pecah-perintah demi kerusi pilihanraya!

Penyatuan mereka adalah Najib!

Adakah itu doa Najib di Makkah, di Raudhah dan Hijr Ismail dan Maqm Ibrahim yang telah dimakbulkan oleh Allah Taala? Tidakkah penyatuan hati-hati yang pernah bermusuh itu merupakan satu petanda, doa agar Malaysia lebih aman dimakbulkan Allah Taala? Bukankah penyatuan hati-hati yang bermusuh, yang menghasut jutaan manusia lain di negara ini agar menyebelahi mereka bermusuhan antara satu sama lain dengan alasan politik, merupakan satu ibrah yang wajar direnungi?

Anda boleh katakan keseluruhan artikel ini adalah MENJILAT NAJIB ABDUL RAZAK... itu hak anda!

Tetapi apa yang penulis hendak katakan ialah, sebagai rakyat, sebagai pengundi, sebagai pemilih dan sebagai pemegang kuasa yang memilih pemimpin, pembaca seharusnya lebih matang dan terbuka fikiran tanpa perlu taksub kepada mana-mana pemimpin politik yang akidah mereka sentiasa longgar kerana setaksub mana pun, akhirnya para pemimpin tersebut tidak akan teragak-agak untuk menipu para peminat mereka, walaupun yang paling tegar dan paling hebat mencari alasan untuk menutup malu kerana tertipu!

Rakyat hanya mahukan kehidupan biasa, bukannya sebuah drama kuasa yang berlegar-legar di kalangan golongan yang sekarang ini mendapat perhatian dan ulasan luar biasa. Rakyat sebenarnya memerlukan sebuah negara yang aman damai....

Pemimpin yang paling lemah pun, kalau negara dalam keadaan aman damai, tersusun dan tidak diganggu, mampu menghadirkan sesuatu kepada rakyat, berbanding pemimpin yang hebat, tetapi negara kacau bilau, menyaksikan negara yang paling hebat pun akan runtuh menjadi puing-puing sejarah seperti yang berlaku di Iraq.


8 comments:

gabenor johor said...

#SelamatkanMalaysiaDariMahathir
#SelamatkanMalaysiaDariOrangMUNAFIQ
#SelamatkanMalaysiaDariPakatun

Anonymous said...

Aku doakn tun m copek mampos!!!!

Anonymous said...

#SELAMATKAMMALAYDARIPMUSD1BILLION
#SELAMATKAMALAYSIADARIPEMAKANDEDAKUSD1BILLION
#SELAMATKANMALAYSIADARIBLOGGOBLOG

Anonymous said...

Pasal apa Najib tak mau jawab perkara yang ditanya? Pasal apa Najib ganggu siasatan? Pasal apa laporan akhir siasatan audit 1MDB tetiba sahaja jadi dokumen rahsia rasmi kerajaan pula, apa kriteria yang ada pada dokumen siasatan audit 1MDB itu yang membolehkan ia dikategorikan di dalam OSA 1972? Tak ada apa-apa kritiria pun, tapi pasal apa jadikan ia dokumen rahsia rasmi kerajaan pula?

Inilah yang dikatakan penipuan dan penyelewengan. Najib ke mekah baru-baru ni buat umrah bawa segala kuncu-kuncu, duit diguna tak tahulah, duit siapa yang bawa mereka semua itu ke mekah dan pakaian ihram tu guna duit sendiri ke sapu duit kerajaan juga? Ibadat tu bukan setakat rukuk sujud bagai, tapi dari segi halal pun ibadat juga.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Setuju dgn gabenor Johor

mrk yg hebat2 di atas tu jgn fikir kami rakyat kebanyakan tak berdoa & bersolat hajat agar diselamatkan Malaysia drpd golongan munafikun

Anonymous said...

Cuba kita perhatikan, tiap kali DS Najib menunaikan Umrah di Tanah Suci, kembalinye ke Negara pasti ada sesuatu yang berlaku. Awalnye kali Pertama pulang, TPM dan rakan kena pecat, Kali kedua pulang dari Mekah- Mukhriz kena turun dari jawatan MB Kedah dan yang terbaru....tunggu dan lihat...sama-sama la kita mendoakan kepada Allah SWT untuk kesejahteraan Negara dan Pemimpin kita... Perlu kita ingat "New World Order"... "Freemanson"... "Illuminati"... tidak akan berputus asa dalam agenda mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Islam. Arab Spring telah menjadi contoh yang nyata, kini rakyatnye telah menjadi pelarian dengan hanya mahu menukar kerajaan.....

juragan 69 said...

Woi bhai2 semua...najib mana ada dosa..dosa ni utk manusia lain selain najib seadanya...najib ambik duit ke terima duit ke,semua tu rejeki sbgi pm..ptuiiii

Anonymous said...

Ya Allah ya Rabbi lindongilah ds najib kekalkanlah dia sebagai perdana menteri malaysia sahingga selepas pru 14 dan seterusnya.aku bukan org politik hanya rakyat biasa tapi mata hatiku dapat merasa kebenaran dn keikhlasannya .

top