Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 24, 2016

TIDAK SAHAJA PEMBOHONGAN GUAN ENG TERBONGKAR DI DEWAN RAKYAT, PESAING TAKHTA RAJA PEMBOHONG, RAFIZI RAMLI JUGA TERKANTOI!!!



Merujuk kenyataan YB Rafizi Ramli semalam (21 Mac 2016) berhubung pembayaran gratuiti kepada ahli-ahli anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan dan projek pemindahan Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi yang dikendalikan oleh Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Berhubung projek pemindahan Pangkalan TUDM di Sungai Besi, pihak PPHM yang juga anak syarikat milik penuh LTAT telah memperoleh segala pembayaran daripada 1MDB. Pada masa yang sama, LTAT juga telah membuat pembayaran kepada kontraktor-kontraktor mengikut jadual.

Manakala berhubung pembayaran gratuiti oleh LTAT kepada ahli-ahli anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan, semua permohonan lengkap yang telah diterima oleh LTAT dari Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) Kementerian Pertahanan telah diproses dan semua pembayaran telah selesai dibuat kepada ahli.

LTAT ingin menjelaskan bahawa soal pembayaran gratuiti kepada ahli-ahli anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan tidak mempunyai kaitan langsung dengan sebarang perkembangan dan perjalanan projek pemindahan Pangkalan TUDM di Sungai Besi. Ia adalah perkara yang berbezaa. Justeru, tindakan YB Rafizi yang cuba mengaitkan kedua-dua perkara ini adalah berniat jahat.

Ahli-ahli anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan dan ingin mengeluarkan wang simpanan, boleh menghubungi LTAT di talian1-300-88-5828 atau ke Kaunter LTAT, Tingkat Bawah, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Sila bawa borang yang telah dilengkapkan dan dokumen-dokumen sokongan. Pembayaran akan dibuat dalam masa 24 jam selepas dokumen lengkap diterima sesuai dengan KPI yang telah ditetapkan oleh LTAT.

LTAT sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan pembayaran yang efisien kepada ahli-ahli.

Dengan penjelasan ini, jelas sekali YB Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar serta mengelirukan. LTAT akan berbincang dengan peguam syarikat untuk menyaman YB Rafizi Ramli berhubung kenyataan beliau yang mampu menjejaskan reputasi dan kredibiliti LTAT.


Kenyataan Media
YB Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara)
Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tuduhan Liar Terhadap LTAT
Kuala Lumpur, 22 Mac 2016

5 comments:

Anonymous said...

Bila nak humban pondan pukimak ni masuk?

Anonymous said...

Saman dia jika dia fitnah LTAT, orang mulut busuk ni keturunan kaki fitnah mesti diajar cukup2...

Anonymous said...

apa nak jadi dgn fizi ni....asyik tuduh org tak tentu hala. rkyat dah bosan la dgn ahli politik mcm ni.

Anonymous said...

Pembangkang punya stail tuduh dan fitnah. Mesti bukti baru bole cakap.. kes DS Najib pun diorang tuduh dan fitnah.. Sekarang sudah ada ia dari arab..Banyak orang keliru berkata mana bukti resitnya atau cek dari derma arab..Mereka tak berfikir ke derma tu arab masukkan akaun terus kepada DS Najib bukannya penderma tu pkai kirim cek..Betjk tak.. pembangkang jgn la suka fitnah mula2 pasal 1mdb lpas tu pinda pula ke isu derma arab ..pembangkang suka puter belit kjap ini kjap itu mana btul ni?

Anonymous said...

Mana btul ni kenyataan tony pua dulu pasal najib kaitkan 1mdb tapi yg nyata dari derma arab..lpas nanti dia fitnah lgi pula psal derma

 
Blogger Templates