Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 13, 2016

TIDUR-TIDUR MAT BASHAH, SEKURANG-KURANGNYA DIA SEDAR JUGA, ADA RAKYAT KEDAH YANG MASIH MISKIN DAN PERLUKAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI!!!



Para penyokong Mukhriz Mahathir menjuih bibir dan mengatur pelbagai fakta untuk terus memperlekeh-lekehkan Menteri Besar Kedah yang baharu, Ahmad Bashah walaupun sebahagian daripada mereka, masih lagi mengaku mereka menyokong UMNO tetapi tidak menyokong Najib dan Ahmad Bashah, malah berazam untuk tidak keluar mengundi pada PRU-14 nanti sebagai tanda boikot ke atas Najib Abdul Razak dan kepimpinan negeri Kedah.

Namun, ada sesuatu yang menarik telah dilakukan oleh ENGINEER kemenangan UMNO Kedah yang berjaya merampas Kedah dari tangan PAS pada PRU-13 lalu.

Sama ada ianya rasuah atau pemberian atau sebenarnya Ahmad Bashah tidak tenggelam punca dengan kewangan negeri, walaupun MBI dilaporkan berada dalam keadaan 'BERMASALAH BESAR' selepas Mukhriz dipaksa meletakkan jawatan Menteri Besar Kedah, bantuan kepada peratusan kecil golongan miskin di Kedah, merupakan satu perkara yang sewajarnya dilakukan oleh kepimpinan negeri. Mengambil tahu dan menyelesaikan masalah anak negeri, merupakan tanggungjawab sebenar kepimpinan negeri.

Tidak sekadar melawat, menziarah, berlakon dengan jubah dan kopiah tetapi dua hari kemudian bertukar rupa dan kemudian membuat janji yang bukan-bukan, yang tidak mampu dilaksanakan, setidak-tidaknya membantu golongan miskin adalah tindakan dan amalan yang relatif berpijak ke bumi nyata.

Mungkin Ahmad Bashah menggunakan pengalamannya ketika mencari dana dan peruntukan secara bersendirian untuk UMNO-BN Kedah dari tahun 2008 sehingga 2013 dahulu, maka dia tahu, walaupun Menteri Besar Kedah terdahulu mengisytiharkan Kedah sebagai negeri miskin, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinannya masih boleh memberikan bantuan kepada rakyat miskinnya.

Cuma, Ahmad Bashah perlu tidak mengulangi kesilapan terbesar Mukhriz apabila mengabaikan kawasan yang sangat mudah 'berubah' seperti Kedah Selatan yang mengandungi kerusi-kerusi penentu siapa bakal menjadi Kerajaan Negeri.

Antara KEBODOHAN utama yang pernah dilakukan adalah tentang nama BANDAR BARU yang ingin ditukarkan kepada BANDAR CRUSTACEA. Masalah banjir di Pekan Serdang dan di beberapa buah perkampungan dalam daerah Bandar Baru, pelancongan di Daerah Sungai Petani, Kota Kuala Muda dan kawasan sekitar serta prestasi Kulim Hi-Tech Park yang tidak berubah pada zaman Mukhriz yang mewarisi zaman kelamnya pada pentadbiran PAS lalu.

Membantu orang miskin tu memang satu hal namun, Kerajaan Negeri juga perlu menguruskan tentang masalah utama membabitkan harga padi, harga getah dan prasarana seperti jalanraya di Kedah yang tidak banyak berubah pada zaman PAS dengan zaman Mukhriz.

Kebergantungan kepada seorang ANAK KEDAH yang benar-benar tinggal dan memahami masalah di Kedah amat penting sekarang dan Ahmad Bashah perlu mematuhinya alau mahu terus berkerjaya sebagai Menteri Besar Kedah.

Sekarang bukan zaman retorik engkau anak siapa atau apa kelulusan engkau... rakyat memandang siapa yang boleh buat kerja dan membela mereka... terutama sekali di Kedah!


4 comments:

Anonymous said...

Menjilat ajelah keja kau....setakat umum nak bantu dah di gah kan.....ukur baju di badan sendiri....lainlah kalau duit 2.6b bagi kat kedah sikit....

Anonymous said...

Tahniah MB baru.moga terus membantu rakyat.kurangkan retorik dgn selalu turun padang.selami denyut nadi rakyat. Insyaallah rakyat bukan buta. Dapat menilai siapa yg membantu dan siapa yg hantu menjadi batu api, menjadi api dalam sekam

Anonymous said...

lebih baik jilat melayu dan islam daripada jilat kapir dap bersengkongkol dgn kapir jatuhkan melayu islam....tak maluuu

Anonymous said...

Sedap la jilat oii..suka hati laa..kesahhh?

 
Blogger Templates