Wednesday, March 30, 2016

TONY PUA CUCI TANGAN, RAFIZI KETAR PERUT DAN SUDAH MULA NAMPAK PINTU PENJARA... PUN BEGITU, SOTONG TETAP SOTONG!!!



LTAT sudah mula menyerang Rafizi Ramli. Rafizi bukan sahaja bakal berhadapan dengan saman fitnah sekiranya dia main-main dalam isu ini. LTAT bukannya Najib Abdul Razak atau Rosmah Mansor, mahupun Raja Nong Chik yang para peguam mereka memberikan nasihat agar penyelesaian dibuat di luar mahkamah dengan hanya permohonan maaf.

Dan sekarang si sotong liat celup tepung buang ke lubang jamban itu sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar, iaitu penjara.

Semasa isu BAFIA dan Rafizi diseret ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, mukanya pucat, ditoreh tak berdarah. Lututnya terketar-ketar dan tangannya yang bergari seperti telah terkena ubat bius, langsung tak bergerak. Dia cuba berbuat tenang tetapi air mukanya dan senyumannya tidak menjadi selain tidak mampu melindungi ketakutan yang dihadapinya pada waktu.

Perbicaraan BAFIAnya masih belum berjalan dan masih lagi tergendala sehingga kini.

Rafizi juga sedang berhad.apan dengan beberapa lagi isu saman fitnah sehinggakan dia seperti sudah hilang akal apabila menyatakan, fitnahnya ke atas Rosmah Mansor hanyalah 'SATU GURAUAN' semata-mata di mahkamah.

Isu terbaharunya ialah membabitkan pembocoran laporan Peguam Negara ke atas 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah OSA sehingga dibentangkan ke Parlimen. Dek kerana itulah, Rafizi mulai gelabah terutama apabila Tony Pua yang biasanya akan bersama-samanya, dengan penuh gembira membocorkan apa-apa sahaja berita yang dianggap boleh diputarbelitkan demi kepentingan DAP, cuci tangan dan enggan membantu Rafizi Ramli.



Sedar dia bersendirian, Rafizi menepati ciri-ciri sotong kembang apabila menyatakan, dia sudah berasakan masa untuknya ke penjara semakin hampir. Bagaimanapun, dia menuntut agar Arul Kanda dibenarkan bersama-samanya bagi membolehkan dia berdebat 'di dalam penjara'.

Bangang!!!

Masa Arul Kanda bersetuju untuk berdebat secara terbuka, kau lari menyorok dalam punggung entah siapa-siapa. Sekarang kau nak berlagak macam sotong kembang dalam yong tou foo ek?

Tony Pua ketika ditanya tentang Rafizi yang mungkin akan meminta bantuan daripada kedudukan Ahli-Ahli Parlimen DAP dalam PAC untuk menyelamatkannya.

"Apa kena mengena dengan saya," kata Tony Pua dalam satu sidang media. "Tanya Rafizi sendiri, dari mana dia dapat. Saya tidak mahu dikaitkan dengannya.

Tony Pua merupakan ahli PAC yang kerapkali mempolitikkan laporan tersebut. Malah mendahului laporan PAC untuk menimbulkan persepsi negatif ke atas 1MDB dan Perdana Menteri. Paling menarik lagi ialah, kebocoran maklumat banyak berlaku ketika PAC sedang menyiasat 1MDB dan tidak mengklasifikasikannya sebagai OSA.

Hanya setelah hasil siasatan tersebut diklasifikasikan, barulah kebocoran terhenti. Namun campurtangan Australia seperti yang dijangka menerusi permainan medianya, mempunyai kaitan yang amat menarik.



Kebocoran dimulakan terlebih dahulu oleh Four Corners, sebuah terbitan Australian Broadcasting Corporation dan kemudian diperbesar-besarkan di Malaysia oleh Rafizi Ramli tanpa pembabitan Tony Pua yang berlagak naif.

Sekaligus mengembalikan ingatan kita kepada peranan yang dimainkan oleh Tony Pua dalam masalah Xavier Justo-Clare Brown-Tong Koii Ong-Ong Kay Tat. Sikap yang sama juga ditunjukkan oleh Tony Pua apabila didedahkan bahawa dia merupakan orang hubungan Xavier menerusi Clare Brown dengan Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat, pemilik The Edge dan The Malaysian Insider.

Kesian si Sotong Kembang dari Pandan itu... dia yang melakukan jenayah, dia cuba pula tarik orang lain... Cubalah keras-keraskan sedikit telur tu, agar lebih berguna semasa di dalam lokap dan penjara nanti... Jangan asyik nak bergayut kat orang lain sahaja...


2 comments:

Anonymous said...

si fizi ni nak tunggu masuk penjara baru nak sedar diri kot..

Anonymous said...

Bilalah nak kena SANTAU orang mulut jahat macam ni?

top