Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 26, 2016

URUSNIAGA TANAH PPR YANG CUBA DIJUAL KLIDC KEPADA PIHAK ASING DENGAN HARGA RM70 JUTA DIDEDAHKAN!!!



Lagi pendedahan yang dibuat oleh Malaysia Today (RPK) dan Stop The Lies membabitkan tanah PPR Taman Manggis yang kini dimiliki oleh KLIDC membabitkan urusniaga yang memerlukan campurtangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng. 

Menurut RPK dan Malaysia Today, semenjak tahun lepas, pemilik KLIDC Sdn. Bhd, Datuk Tang Yong Chew telah cuba mendekati beberapa pihak untuk menjual projek pusat perubatan yang sepatutnya dibina di tapak PPR II Taman Manggis yang telah dibeli oleh KLIDC dengan harga RM11.5 juta.

Projek tersebut telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng selain merupakan Ketua Menteri, adalah Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah pada tahun 2010 dan enam tahun kemudian, tiada sebiji bata pun didirikan atau sebuah lubang pun dikorek. Hari ini, tapak tersebut hanya ditumbuhi lalang dan semak-samun. 

'Kebaikan hati' Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membantu KLIDC meningkatkan nilai projek tersebut dengan mengubah status penggunaan tanah menjadi tanah komersial dan kemudian mengubah syarat-syarat penggunaan tanah dari 100% fasiliti perubatan menjadi hanya 30% fasiliti perubatan dan 70% hotel serta apartment servis - sekalipun KLIDC tidak mampu memulakan projek tersebut selepas enam tahun. 



Malahan, Lim Guan Eng secara peribadi telah menolak nasihat bertulis Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membatalkan tender yang dianugerahkan kepada KLIDC kerana tidak cekap dan kerana telah menerima tawaran yang lebih baik, termasuklah penggandaan harga iaitu RM22 juta daripada syarikat yang berkaitan dengan BN Pulau Pinang untuk membina rumah mampu milik pada tahun 2012.

Surat tersebut mencadangkan agar penganugerahan kepada KLIDC dibatalkan dan penolakan Lim Guan Eng dalam betuk tulisan selain saranannya merupakan antara banyak surat yang sarat dengan pelbagai persoalan serta mengandungi elemen-elemen salahguna kuasa yang dilaporkan telah dirampas oleh SPRM ketika serbuan ke KOMTAR pada Rabu 23 Mac 2016. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga secara bermurah hati telah menambah tempoh pajahan tanah itu menjadi 99 tahun pada April 2015 iaitu hanya beberapa bulan sebelum Lim Guan Eng akhirnya menandatangani perjanjian beli banglonya yang tidak mempunyai kolam renang berkeluasan 10,160 kaki persegi di bawah namanya dengan harga RM2.8 juta.



Satu kebetulan yang terlalu menarik!!!

Lebih mengejutkan, Malaysia Today dan Stop The Lies membuat satu pendedahan tentang kecenderungan KLIDC untuk menjual tanah tersebut pada harga RM70 juta membabitkan tanah, keadaan tanah yang telah disemak serta Borang 2 kelulusan lesen hospital yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. 

Semasa tanah tersebut dijual oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2010, harga tanah tersebut RM200 sekaki persegi sebenarnya sudah pun di bawah nilai sebenar. Bagaimanapun sekarang, harga tanah komersial di sekitar Georgetown telah dinilai dan dijual antara RM800 sekaki persegi sehingga RM1000 sekaki persegi, sekaligus dengan mudah menaikkan nilai tanah itu sahaja menjadi RM45 juta. (RUJUK SINI)



Dua perjanjian Jualan dan Pembelian (seperti yang anda dapat lihat di bawah) merupakan inter-alia (atau bersyarat antara satu sama lain) yang telah ditandatangani pada harga RM20 juta iaitu keuntungan segera RM8.5 juta berbanding harga RM11.5 juta yang telah dibayar. 

Salah satu perjanjian bernilai RM18 juta dan satu lagi bernilai RM2 juta. 

Angka RM20 juta adalah untuk meminimumkan kemarahan orang ramai sekiranya tembelang ini bocor. Manakala bayaran RM50 juta dibuat menerusi tiga peringkat dan dilaksanakan di luar negeri oleh pihak-pihak berkenaan. 

Malahan salah satu daripada syarikat yang tercatat dalam perjanjian tersebut, Goldstone Kuala Lumpur Sdn. Bhd, telah pun memberi petunjuk bagaimana rancangan itu dilaksanakan. 

GoldStone merupakan syarikat pemilikan majoriti asing yang dimiliki oleh syarikat bernama 'Best Business Group Limited' yang sepatutnya dikawal oleh isteri Tang Yong Chew, Sally Chou. 


Namin secara realitinya, pemegang saham lain dalam Best Business Group ialah syarikat pesisir pantai yang didaftarkan di Kepulauan Samoa bernama Portcullis Trust Net (Samoa) Limited. Nama ini didedahkan dalam senarai syarikat-syarikat pesisir pantai yang didedahkan oleh ICIJ OFFSHORE LEAKS DATABASE. (RUJUK SINI)


Portcullis merupakan sebuah syarikat pengurusan kekayaan peribadi yang membantu menguruskan wang secara peribadi di kalangan individu-individu kaya, biasanya menggunakan akaun-akaun pesisir pantas di tempat-tempat eksotik seperti Samoa. 

Ramai yang tidak tahu pun di mana letaknya Samoa, sebuah kepulauan Polynesia kecil dengan populasi penduduknya hanyalah seramai 194,000 orang. 

Pastinya SPRM dan PDRM yang sudah pun memulakan siasatan akan menemui sesuatu yang lebih menarik menerusi temubual dengan para peguam yang digunakan untuk menderaf perjanjian urusniaga tersebut.

Dan tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng dan DAP kelihatan cukup gelabah walaupun sebenarnya isu banglo dan hartanah RM2.8 juta itu sebenarnya tidaklah sebesar mana pun, sebaliknya hanya satu penyalahgunaan kuasa dan mengambil kesempatan semata-mata.

Isu yang lebih besar adalah isu ini. Usaha-usaha para pemimpin DAP untuk menangkis dan menjadikakn isu banglo Guan Eng sebagai kononnya serangan peribadi ke atas Guan Eng, tidak mampu melindungi isu ini walaupun publisiti tentang banglo dan tidak bersalahnya Guan Eng sedang dibuat secara besar-besaran. 



3 comments:

Anonymous said...

tunggu isu penambakan laut pulak keluar lepas ni ... hambik ko
khalifah yer..

Anonymous said...

hoi....mat sabu...kenapa senyap jer...kan org yg kamu puji dn puja dah kena tu..

Anonymous said...

RM50 juta pembayaran diluar negara. Syarikat berpengkalan di Samoa yang penduduknya hanya beratus ribu orang. Kawan saya pernah terlibat dengan perjanjian seperti ini tapi hanya sebagai seorang broker tanah. Biasanya sebahagian besar dari RM50juta itu dibayar kepada orang yang paling berkuasa iaitu Lim Guan Eng kerana sekira komisyennya tidak dibayar dia tiadak akan meluluskan Developemt Order. Yang diluluskan baru tukar syarat tanah. Lim Guan Eng seorang yang licik. Banglo bernilai RM6.5 juta is a small change for him. He has accumulated wealth hundreds of millions RM under proxies in oversea banks.

Tanah 100 ekar di Bayan Mutiara dijual dengan harga RM240 sekaki persegi pada tahun 2009. Yang baru dibangunkan hanya beberapa belas ekar sekarang. Dalam RFP sepatutnya siap pada tahun 2017. Harga tanah di Bayan Mutiara telah melonjak ke RM1000 sekaki persegi. PDC kerugian hampir RM3.3 Billion. SPRM patut siasat kes ini juga. Mesti ada side agreement antara Ivory atau anak syarikatnya dengan Guan Eng untuk komisyen sebahagian dari RM3.3 Billion itu . Biasanya pembayaran dibuat di Hong Kong.

 
Blogger Templates