Saturday, March 12, 2016

ZAHID HAMIDI BERTEGAS, TIADA LAGI PEKERJA ASING DIBAWA MASUK DAN HUKUMAN LEBIH BERAT KEPADA MAJIKAN DAN PELINDUNG PENDATANG ASING!!!!


Ini bukan cerita baru... cerita lama dah... konon, mereka yang melindungi pendatang asing, akan dikenakan hukuman. Sesiapa yang menyewakan rumah kepada pendatang tanpa izin juga akan dikenakan rotan, penjara dan denda. Semalam pula, seorang blogger bernama PAPAGOMO telah didenda oleh mahkamah kerana membelasah seorang pendatang asing.


Menariknya, tiga laporan polis tentang gangguan seksual yang dibuat oleh mangsa yang mendakwa dilakukan oleh lelaki Pakistan tersebut, tidak menunjukkan sebarang perkembangan. Malahan, turut difahamkan juga, lelaki Pakistan yang dibelasah oleh PAPAGOMO itu sebenarnya 'kosong' dan tidak mempunyai sebarang dokumen tetapi tiada tindakan diambil ke atasnya.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri menunjukkan ketegasan sekali lagi. Menurutnya, Kabinet telah memutuskan untuk membekukan pengambilan pekerja-pekerja asing baru dan para majikan hanya dibenarkan untuk mengupah semua mereka yang telah pun bekerja di dalam negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamid berkata, undang-undang 'baru' itu berkuatkuasa serta-merta selepas keputusan dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam. 





Di bawah program mengupah semula, menurutnya, para majikan hanya boleh merekrutkan pendatang asing sedia ada, yang mempunyai visa tamat tempoh atau mereka yang telah bekerja di sini tanpa dokumen sah.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, had masa untuk program pengambilan semula itu hanya pada 30 Jun, berbanding 31 Disember seperti yang diumumkan sebelumnya.

Dia turut memperingatkan majikan dan para agen yang mereka akan dikenakan hukuman rotan seandainya mereka didapati bersalah melindungi atau merekrut pendatang asing tanpa izin. Hukuman berat dan denda tertakluk di bawah Akta Imigresen dan Anti-Pemerdagangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (Atipsom).

"Timbalan pendakwaraya akan mendesak agar hukuman denda dilaksanakan (bagi sesetengah kes). Kebanyakan usaha-usaha pencegahan kita telah gagal untuk membendung kebanjiran pekerja asing dan oleh kerana itu, kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat dengan seberapa segera," katanya selepas menyerahkan surat-surat penghargaan kepada ketua-ketua kampung di Parlimen Bagan Datoh, hari ini.

Ditanya adakah pembantu rumah akan terkesan dengan undang-undang baru itu, Zahid berkata, ia adalah isu yagn berbeza memandangkan pembantu rumah dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Menurut Zahid lagi, agensi-agensi penguatkuasaan akan melipatgandakan usaha-usaha untuk memberkas majikan dan pekerja asing yang tidak mahu mengambil peluang dalam program pengambilan semula.

Berkenaan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh yang sepatutnya datang ke Malaysia, Zahid berkata, isu itu dianggap selesai dengan penguatkuasaan undang-undang baru.

1 comment:

ted manoff said...

Alamak...boleh percaya kee nii..? Atau sekadar wayang tamil..ProOO00ootTt

top