Sunday, April 17, 2016

ARAHAN SPRM AGAR KES BANGLO DAN HARTANAH GUAN ENG JANGAN DIPERBINCANGKAN, MENIMBULKAN BANYAK KERAGUAN!!!



Kenyataan dan arahan SPRM agar semua pihak berhenti daripada membuat sebarang kenyataan berhubung isu pembelian hartanah dan banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, benar-benar membingungkan. 

SPRM memberi alasan, larangan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat awam memandangkan siasatan sedang dijalankan. 

Menurut SPRM, siasatan bagi setiap kes rasuah adalah berbeza dari segi pemerolehan bukti, pengesahan dokumen selain merakamkan kenyataan para saksi, sekaligus jangkamasa siasatan juga berbeza.

Integriti dan kecekapan SPRM mula dipertikaikan oleh orang ramai apabila pendekatan dan sikap yang ditunjukkan oleh badan tersebut dalam isu pembelian banglo Lim Guan Eng, terlalu berbeza dengan kes-kes seperti 1MDB apabila SPRM terlebih lajak dari laju.

Kebelakangan ini, pelbagai tuduhan liar dilemparkan kepada SPRM terutama sekali dalam isu menangani kes pembelian banglo Lim Guan Eng serta tanah Taman Manggis. Ini adalah kerana SPRM dilihat terlalu perlahan dan mengambil masa yang terlalu panjang untuk menyelesaikan kes tersebut, malah memberikan kebebasan yang sangat besar kepada Lim Guan Eng untuk bergerak ke mana-mana atau bercakap tentang apa-apa sahaja, termasuklah kesnya.

Sedangkan dalam isu 1MDB, atau mana-mana kes membabitkan agensi kerajaan mahupun pemimpin kerajaan pula, SPRM sangat cekap dan tidak mengambil masa yang lama. 

Larangan agar pembelian banglo Lim Guan Eng tidak diperkatakan, lebih menghairankan kerana sepanjang ingatan, tiada sebarang arahan serupa daripada SPRM kepada Tony Pua dan puaknya daripada mengeluarkan ratusan kenyataan tentang 1MDB walaupun ketika itu SPRM sedang melakukan siasatan. 

Begitu juga, SPRM tidak mengeluarkan arahan yang serupa kepada Kumpulan Pakatun Mahathir apabila kumpulan tersebut mengeluarkan ratusan kenyataan yang membabitkan isu derma politik RM2.6 bilion.

Apa yang istimewanya tentang Lim Guan Eng dan banglonya yang tidak mempunyai kolam renang itu serta keuntungan RM59 juta membabitkan tanah Taman Manggis sehingga memaksa SPRM meminta agar semua orang berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan tentangnya?


11 comments:

Anonymous said...

SPRM tu apa bendanya? Kueh bahulu ke?

Anonymous said...

SPRM adalah red bean army bagi puak pembangkang... red bean army bertindak mengikut arahan tokong bukan atas agama dan bangsa...

Anonymous said...

...nikompok makan satey.....

Anonymous said...

dah sebulan kes LGE..SPRM nampaknya masih lagi tidur kekenyangan makan dedak DAP. harap kerajaan bubarkan saja SPRM..makan gaji buta, perabih duit rakyat.

Anonymous said...

SPRM ni nampaknya penuh dengan agenda mereka yang tersendiri.

Mana mana parti politik yang pasti akan MEMBUANG semua pekerja kerajaan Malaysia yang senantiasa lebih Tuan dari TUAN, yang banyaknya menyalahgunakan kuasa mereka, baik di peringkat Pengarah mahupun kaunter akan mendapat sokongan penuh aku.

UMNP=PAS=DAP=PKR=MIC=MCA=PAN adalah bangsat.

Anonymous said...

Sememngnya ada sesuatu yang pelik, bila timbalan SPRM begitu melenting apabila pegawainya di dapati membocorkan malkumat siasatan 1MDB dan 2.6b dulu. Ada sesuatu yang tak kena pada SPRM...adakah SPRM telah atau memang telah lama dibeli oleh DAP? Sebab itu tiada seorang pun pihak pembangkang telah didakwa disebabkan rahsua.

Anonymous said...

suruhanjaya penindasan rakyat miskin

Anonymous said...

Majority kakitangan SPRM patutnya diberhentikan saja ataupun dipindahkan ke jabatan lain. Mereka semua sedang berpakat dengan Guan Eng sebab tu ambil masa lama supaya Guan Eng dapat perbetul apa yang patut selagi dia masih berkuasa terutamaanya verbatim EXCO meeting.

Verbatim ialah rekod setiap perkataan yang dituturkan dalam EXCO meeting. Manakala minit hanyalah summary. Jadi dengan verbatim kita boleh menilai suasana sebenar dalam meeting semasa Guan Eng membuat keputusan untuk tukar syarat tanpa retender dan menilai semula harga tanah Taman Manggis. Terdapat salah guna kuasa yang anat serius dalam hal ini.

Anonymous said...

Ada kah tiada RASUAH dalam SPRM? Rasanya ini lah tempat paling baik Menahan Lukah di Genting...

Anonymous said...

SPRM = Siaran Pembangkang Runtuh Malaysia

Anonymous said...

SPRM= saya punya ringgit malaysia...pemimpin2&ahli politik kerajaan tak ambil peduli pun tentang kerenah sprm....kita sebagai rakyat takyah dok pening2 mikir...lantak deme ler... dah jelak teman....

top