Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 8, 2016

BAGAIKAN DIRASUK POLONG DAN PUAKA, PENIPUAN RM42 BILION KINI BERTUKAR MENJADI RM50 BILION PULA!!!



Selepas fitnah RM42 bilion digagalkan oleh Laporan PAC, sekarang ini, kumpulan yang dibiayai oleh taukeh-taukeh konglomerat yang sebelum ini mendapat pelbagai keistimewaan terutama pada zaman pentadbiran Mahathir, kini fitnah dipanjangkan lagi dengan angka RM50 bilion pula.

Data-data dan fakta-fakta bahawa 1MDB sedang merealisasikan pembayaran hutang-hutangnya, langsung tidak terpakai bagi puak ini. Dan yang lebih menarik lagi, puak-puak ini pula begitu percaya bahawa wang yang dinyatakan itu adalah WANG RAKYAT!!!

Barangkali kerana sudah terlalu lama penggunaan wang rakyat digunakan untuk bail-out syarikat pada zaman Mahathir, terutama wang yang disedut daripada PETRONAS, Tabung Haji, KWSP dan sebagainya, maka fantasi tersebut terus terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Mereka juga tidak dapat membezakan antara PINJAMAN MUDAH KERAJAAN kepada syarikat dengan BAIL-OUT kerana Mahathir tidak pernah berani bercakap tentang amalan BAIL-OUT yang berleluasa pada zaman pentadbirannya.


Kegagalan menggunakan data-data daripada Xavier Justo setelah lelaki tersebut ditangkap, didakwa dan dihukum penjara oleh pihak berkuasa Thailand, membuatkan kumpulan-kumpulan tertentu di Malaysia jadi tidak tentu arah sehingga terpaksa menegakkan benang basah sekalipun hujah-hujah mereka telah dipatahkan oleh bukti-bukti yang lebih nyata.

Mereka sendiri tidak pernah menampilkan sebarang fakta, sebaliknya sekadar percaya dan hear-say selain mengguna semula maklumat daripada Sarawak Report dan Wall Street Journal. Menariknya, Sarawak Report dan Wall Street Journal pula mendapat maklumat daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia.

Kini, RM50 bilion akan digunakan sebagai hujah baru untuk memperlekeh-lekehkan 1MDB. Apa-apa sahaja yang diterangkan tentang 1MDB tidak akan diterima, sebaliknya akan dikelabui dengan fakta-fakta rekaan mereka, sepertimana yang kita dapat lihat sepanjang 18 bulan ini sehinggakan kebenaran tertutup dan kebatilan diterima sebagai kebenaran.


Laporan PAC hanyalah salah satu daripada kebenaran yang terserlah seperti pengakuan daripada Kerajaan Arab Saudi bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak, yang merupakan 'tradisi' lama yang diperakui oleh Muhyiddin Yassin sendiri dalam satu rakaman suara yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menariknya ada pula yang tidak dapat menerima kenyataan dan terpaksa berselindung di sebalik AGAMA dengan 'berceramah' agar sesiapa sahaja yang tidak menyertai mereka, agar takut dengan Allah Taala dan hukuman-Nya. Sedangkan mereka sendiri tidak takut langsung dengan ancaman serta hukuman Allah Taala bagi golongan penfitnah dan menyampaikan fitnah.

Setidak-tidaknya, pembelaan ke atas 1MDB mempunyai bukti, data dan fakta-fakta yang telah disahkan oleh pelbagai pihak, sedangkan penuduh dan penfitnah 1MDB pula sekadar percaya kepada kata-kata Mahathir, sedangkan Mahathir sendiri tidak pernah berani bercakap sebanyak manakah wang rakyat menerusi PETRONAS, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya sepanjang 22 tahun pentadbirannya yang tidak pernah dipulangkan semula!!!


8 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah memberi balasan yg setimpal di atas perbuatan kamu melalui penulisan kamu di atas. Sekiranya penulisan kamu ini sengaja nak menutup kebenaran dan Melindungi kebatilan mudah- mudahan Allah memberi pengajaran yg pedih kpd kamu wahai penulis yg buta mata hati.

The Saviour said...

dan seandainya kamu berusaha menutp kebenaran dan melindungi kebatilan fitnah, mudah-mudahan pengajaran yang pedih menimpa kamu wahai pengkomen anon 9:10

Anonymous said...

dan juga semoga orang2 seperti anon 9.10 di mati kan dengan dasyat kerana sengaja melindungi kebatilan yang dia tahu tapi pura2 tidak tahu

Anonymous said...

pac dah siasat dn kputusannya sdh ada...jd terimalah dgn terbuka.

Anonymous said...

Mahataik sangat memahami kes 1MDB. Dia cuma nak memperbodohkan orang termasuk anon 9:10 pm

Rakyat perlu faham bahawa kes 1MDB tidak sama seperti kes perjudian forex exchange oleh Mahataik dimana Bank Negara kerugian ataupun hilang sebanyak RM30 Billion (Nilai sekarang RM100 Billion).

1MDB mempunyai aset melebihi hutang. Maksudnya kalau dijual semua aset2 1MDB (RM53 Billion) untuk bayar semua hutang (RM50 Billion), maka bakinya 1MDB masih ada RM3 Billion. Tapi buat apa nak jual sekarang kerana harga tanah semakin hari semakin melambung. Apabila siap semua jaringan infrastruktur termasuk MRT yang berpusat di TRX dan Bandar Malaysia maka semakin tinggi lah nilai tanah yang dipegang 1MDB. Tujuan 1MDB sebenarnya bukan untuk menjual tanah tapi membangunkan hartanah seperti perumahan, komersil dsbg dimana keuntungannya berlipat kali ganda. Namun disebabkan serangan seorang tua yang tak ingat kubur maka pelan rasionalisasi terpaksa dilaksana.

Apabila pembangunan bermula iaitu kerja2 piling bermula untuk projek2 1MDB maka baru lah duit masuk ataupun masa untuk memetik buah. Bayangkan KL Sentral yang lebih besar 30 kali ganda. Pembangunan di TRX dan Bandar Malaysia juga bakal mewujudkan Underground City yang kedua terbesar didunia.

juragan 69 said...

Bhai tfk...gua mmbaca tnpa mmberi komen sblm ni sbb gua nk tngk Sejauh mana main an lu org dgn isu tun m..lu tk rasa ke atau funder blog lu yg pasti nya hebat dlm umno yg rasa kn nukilan lu kpd tun seolah2 mncurah cuka kpd luka umno..
apa kh 15tahun lg kita akan di hidangkn tntng keburukkn najib sama sprti yg lu hidangkn keburukkn pemerintahan tun m.. hahaha tntng jahatnya tun m atau najib dh jd isu kedua bhai..ttp bknkh yg ada brsama najib skrg ni ada lh dari zaman tun..najib jug a pemimpin pelapis..
apa yg nyata dan terang ialah mmng benar tuduhan pmbngkang kpd skandal tun m semasa dia presiden umno pd wktu itu ..dan lbh nyata lg pemimpin yg bersama dgn tun di dlm umno semua nya puaka kerana demi seorg presiden umno maka tkda salah dan silap..silap dan salah hnya slps dia bkn lg presiden..
jika pemimpin umno yg bermatian mngatakn segala tndkan tun benar belaka baik dari isu projek mega, Keronisme ,bail out,memali dan ahli umno yg ttp mmberi undi kpd umno kerana presiden waktu itu ada lh pemimpin yg 'hebat jujur ikhlas' WOW besarnya dosa ahli umno yg berpresiden kn Syaitan..
Sekadar bertnya bhai ..waktu pemerintahan tun agak2 nya berapa lh umur lu ya..dan andainya lu remaja tntunya tun m idola lu..
atau lu nk ckp yg lu totok pas dan hnya mnjd ahli umno slps tun letak jawatan..
Apakh sesiapa yg mnjd ahli umno pd zaman tun m MESTI bertaubat sbb mnyokong segala jenayah presiden umno waktu tu..
jika kita hayati segala entry lu tntng tun m maka kita ptt berasa malu dan berdosa kpd seluruh org melayu khasnya dan rakyat malaysia amnya kerana kita bersubahat dgn syaitan(tun m) merosakkn negara tercinta... lu tak rasa berdosa dan bersalah ke kerana mnjd ahli umno???

Anonymous said...

Itulah namanya transformasi...bukan revolt..revolusi.bahasa mudah..jgn bkr kelambu kerana nyamuk nyanyuk tu bhai

Anonymous said...

Penulis blog ini dan penyokong2nya. Kita sama2 tengok nanti siapa yg benar adakah najib pm yg rasuah atau tun m yg perjuangkan suara majoriti rakyat.insyaallah jawapannya akan terserlah tak lama lg.hairan sungguh org2 seperti anda blh terima pm yg ada duit rm42 juta dan rm 2.6 billion dlm akaunnya. Kaya sgtkah dia? Gaji pm tak sampai satu juta setahun.najib jd pm tak sampai pun 10 tahun.pmo kata keturunan najib kaya tp dinafikan oleh adik beradik najib sendiri.derma? Derma besar masuk dlm akaun sendiri itu rasuah wei, tengoklah makna rasuah dlm tafsiran sprm. Hai buta mata hati sgtkah wahai penyokong2 perasuah besar?

 
Blogger Templates