Friday, April 22, 2016

CONTOH TERBAIK KIASU YANG TIDAK SEDAR DIRI DAN LUPA DARATAN APABILA PERSOALKAN KEWUJUDAN MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU!!!




Ketika negara ini bergelut dengan penjajahan, ramai anak watannya yang bukan sahaja berkorban nyawa dan harta, tetapi juga keringat dan darah. Secara rasminya dari tahun 1511 sehingga 1957, terlalu sedikit jumlah bukan anak watan yang mengorbankan segala-galanya untuk negara ini selain daripada mereka yang 'terpaksa' berbuat begitu kerana keterikatan komitmen dengan penjajah.

Namun, segelintir kecil anak-anak pendatang berasakan mereka adalah sebahagian negara ini, apatah lagi berasa bertanggungjawab untuk menidakkan COP KOMUNIS kepada keseluruhan kaum mereka pada zaman darurat terutama sekali selepas Jepun menyerah kalah kepada Tentera Perikatan pada Perang Dunia Kedua.

Pertembungan antara pengaruh Komunis dan Kuomintang, menambah bilangan anak-anak pendatang yang dilahirkan di negara ini untuk menyertai gerakan menentang kuasa-kuasa tersebut sekalipun majoriti mereka, tidak peduli dan tidak kisah pun dengan apa yang bakal berlaku kepada negara ini.

Apabila British memungkiri janji untuk membawa masyarakat yang didatangkan sebagai buruh dari China dan India sebagai rakyat United Kingdom di bawah klausa Kerakyatan Komanwel, mereka masih berharap, British akan mengubah pendirian dan membawa mereka secara pukal ke Britain.

Perjuangan inilah yang dibuat oleh Hindraf yang kemudian mengambil keputusan untuk menyaman Kerajaan British tetapi ia tidak ubah seperti satu lawak jenaka kerana pilihan yang telah diberikan pada zaman itu.


Hanya pada saat-saat akhir, setelah mengetahui British tidak akan menunaikan janji, barulah timbul kekecohan. MCA yang ditubuhkan oleh saudagar-saudagar perlombongan, estet dan bank, bertindak sebagai hero.

Perjanjian dengan British untuk memerdekakan negara ini, melibatkan semua kaum yang ada di negara ini. Secara lembut, British telah memaksa agar kaum Cina dan India perlu disertakan sekali dalam tuntutan kemerdekaan walaupun hakikatnya, majoriti mereka baru dua generasi di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai taat setia langsung dengan negara ini seperti Chin Peng yang sehingga ke saat akhir hidupnya, dia hanyalah kelahiran Malaya tetapi bukan rakyat Malaysia.

Hanya dengan berbekalkan kepercayaan, kontrak sosial dijalinkan dan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Melayu, Islam, Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai 'hak keistimewaan' yang tidak boleh disentuh dan diubah.

Namun Perlembagaan itu sendiri bersifat tidak kekal menerusi penguasaan majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Penguasaan majoriti dua pertiga, membolehkan mana-mana Artikel Perlembagaan diubah dan digubal mengikut kesesuaian pihak yang menguasai keputusan pilihanraya.


Dan penguasaan di Parlimen sahaja, bukanlah faktor tunggal kerana penguasaan dalam bidang ekonomi dan kewangan akan turut mempengaruhi penguasaan di Parlimen. Ini adalah kerana Pilihanraya itu sendiri menelan perbelanjaan yang bukan sedikit. Pihak yang mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan kewangan, mempunyai peluang lebih besar untuk menentukan dasar dan polisi negara pada masa hadapan.

Perubahan sikap dapat dilihat secara ketara bermula pada tahun 2008 apabila ada pihak yang berasakan mereka sudah terlalu kuat kerana sokongan kewangan dan penguasaan ekonomi terutama sekali membabitkan keperluan asas pengguna.

Semangat 1955 yang memperlihatkan bagaimana negara ini menerima kerakyatan secara automatik beramai-ramai dan memecahkan rekod Imigresen dunia yang masih tidak terpecahkan oleh mana-mana negara di dunia ini, langsung tidak dipedulikan lagi.

Atau dengan kata lain, buat-buat lupa.

Kini, generasi baru golongan tersebut yang sudah tidak peduli dengan sejarah, malah melihat sejarah negara ini sebagai 'KEBODOHAN LUAR BIASA SEMATA-MATA UNTUK MERDEKA' mempergunakan segala kesempatan untuk mempertikaikan segala-galanya termasuklah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Ketiadaan sebarang tindakan undang-undang ke atas penghina dan orang yang mempertikaikan mana-manabahagian dalam Perlembagaan Persekutuan, membuatkan mereka semakin besar kepala. Tidak sahaja dari kalangan orang awam, orang politik juga tidak berkecuali mempertikaikan kedudukan yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Malahan beberapa perkara yang membabitkan kebebasan bersuara dan berhimpun, kebebasan beragama dan sebagainya telah diperbesar-besarkan sehingga perkara sebenar peruntukan tersebut, langsung tidak diperkatakan, sebaliknya RASISME dan ANTI-ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTERA pula mendapat tempat serta lebih dipercayai.

Perhatikan sahaja apa yang ditulis oleh salah seorang daripada mereka yang dipaparkan di dalam artikel ini.

Sikap berlembut kerajaan serta polisi bertoleransi yang keterlaluan sehinggakan Perlembagaan pun boleh diperkotak-katikkan, pasti akan memusnahkan negara ini suatu masa kelak. Sama ada ianya bersifat sejarah yang hanya layak berada di dalam buku teks atau sebagainya sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, ia adalah teras kewujudan negara ini.

Seandainya teras pun pun boleh diusik dan dan diganggu bermakna, negara ini sedang berada dalam masalah besar dan pada bila-bila masa, pertempuran antara kaum akan tercetus jikalau dibiarkan dan dibiakkan oleh pihak berkuasa.

Kebencian kepada sesebuah parti politik, tidak seharusnya menjangkit kepada kebencian antara kaum dan agama serta teras kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara Bumiputera yang menerima kalangan bukan Bumiputera sebagai warganya dengan mudah dan dilayan dengan sempurna, malahan seperti kata pepatah, anak beruk di hutan yang disusukan!



3 comments:

Anonymous said...

PDRM..please.....cari Eddie ttan ni sampai lubang cacing

Anonymous said...

pemimpin kerajaan sedang selesa diulit kemewahan....

Anonymous said...

Segalanya berpunca daripada org melayu tidak bersatu, dan org melayu tidak bersatu berpunca daripada cina juga, mereka memperlagakan org melayu supaya berpecah melalui parti, bila berpecah, org melayu terpaksa mengharapkan undi cina utk berkuasa, dan cina sudah tentu memihak kepada melayu umno kerana senang nak rasuah umno utk dapatkan keistimewaan demi balas budi undi org cina. Jadilah malaysia dari dulu sehingga sekarang seperti apa yg kita lihat. Org melayu umno,pas pkr asyik berkelahi, org cina berjaya dalam segenap bidang terutama dari sudut ekonomi. Org melayu umno,,ada la sikit yg Kaya raya, ada yg hasil halal dan bnyk yg Kaya hasil pecah amanah dan sebagainya. Melayu lain hidup merempat. Sekarang, sehingga cina berani hina raja2 melayu dan hina islam pun, melayu masih tidak mahu bersatu dan syok bergaduh.

top