Tuesday, April 26, 2016

DAP MAKIN KUAT MENGARUK APABILA GOBIND SINGH DEO PULA TIDAK DIBENARKAN MASUK SARAWAK!!!



Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong adalah nama terbaharu yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Dia menyertai Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua, Teo Nie Ching, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Sim Sze Tsin dan Mohamad Sabu.

Anak lelaki Karpal Singh yang juga merupakan penasihat perundangan kepada Lim Guan Eng dan terkenal kerana kesamsengannya, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11:30 pagi tetapi sebaik-baik mendarat, dia telah diarahkan menaiki pesawat untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur. 

Imigresen tidak memberikan sebarang arahan berhubung perintah larangan memasuki Sarawak yagn dikenakan ke atasnya tetapi berpegang kepada Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini berkata, beberapa individu telah dihalang daripada memasuki Sarawak untuk melindungi negeri itu daripada 'unsur-unsur tidak baik'.

Beliau berkata, mereka bebas untuk masuk ke negeri itu selepas pilihan raya negeri pada 7 Mei.

Adakah Gobind Singh Deo yang sama terkenalnya dengan Lim Guan Eng dalam bab saman menyaman, akan mengambil tindakan undang-undang dan mempersoalkan serta mencabar undang-undang imigresen yang dikenakan ke atasnya?

DAP sudah beberapa kali meluahkan kemarahan mereka apabila ramai pemimpin DAP dari Semenanjung tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada PRN kali ini. Alasan yang diberikan ialah, mereka adalah rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia dijamin kebebasan untuk bergerak dalam wilayah-wilayah Malaysia. 

Bagaimanapun, Sarawak bersama-sama Sabah mempunyai kuasa autonomi mereka sendiri yang dijamin oleh Perlembagaan. Antaranya termasuklah kuasa-kuasa Imigresen.

1 comment:

Anonymous said...

aikk ... loyar pun tak tau undang2 Sarawak & Sabah ke ..
apa lagi ... kasi saman la bai ...

top