Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 6, 2016

HANTAR SURAT TUNTUTAN MAAF KEPADA RAFIZI RAMLI, NAJIB ABDUL RAZAK PERLUKAN PASUKAN PEGUAM BARU!!!



Kadang-kadang, kalau kita perhatikan bagaimana pasukan peguam yang mewakili Perdana Menteri Najib Abdul Razak bekerja terutama membabitkan kes-kes tertentu seperti saman fitnah ke atas Rafizi Ramli berhubung kes cincin RM24 juta, kita melihat pasukan peguam tersebut tidak melihat kesan kerosakan sebenar akibat fitnah tersebut sebaliknya kes berkenaan sekadar berlegar-legar di sekitar batang tubuh Najib dan Rosmah Mansor semata-mata.

Dan lebih malang lagi ialah apabila kes membabitkan beberapa portal berita atas talian, sekadar diselesaikan di luar mahkamah dan cukup dengan permohonan maaf selain penyiaran permohonan maaf itu serta penarikan semula artikel berkenaan yang sudah pun dibaca oleh jutaan orang lain dan telah pun menimbulkan persepsi negatif kepada yang membaca dan mendengar ceritanya.

Walaupun pasukan peguam Najib gembira melaungkan kemenangan namun rata-rata orang ramai berpendapat, ia hanyalah kemenangan kosong... kemenangan yang digunakan untuk melengkapkan resume pasukan guaman tersebut sedangkan ia tidak memberi impak langsung kepada Perdana Menteri terutama sekali dalam memperbaiki imejnya yang rosak teruk kerana persepsi negatif dan fitnah.

Hari ini, Perdana Menteri telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada Rafizi Ramli berhubung fitnah yang dibuat oleh Rafizi. Rafizi dengan penuh gembira dan tidak rasa bersalah menyatakan, Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang GST untuk pembelian tekstil.

Rafizi berkata begitu dalam Perhimpunan Anti GST di Kuala Lumpur pada 2 April lalu.

Orang seperti Rafizi Ramli sememangnya mencipta nama dengan laporan-laporan polis ke atasnya ataupun saman fitnah. Proses perundangan di negara ini terutama membabitkan sivil, memberikan peluang dan ruang kepada Rafizi Ramli untuk menggunakan kesempatan itu dengan sebaik-baik mungkin. Kesnya tidak akan dibicarakan esok hari, sebaliknya akan mengambil masa yang lama sehinggakan sebahagian orang akan ternganga-nganga sambil bertanya, atas kes apa, Rafizi Ramli dibicarakan oleh mahkamah!!!

Ambil sahaja contoh kes BAFIA yang sedang dihadapi oleh Rafizi Ramli. Sehingga sekarang kes tersebut belum selesai. Kesempatan itu telah digunakan oleh Rafizi Ramli dan barisan pembangkang untuk memutarbelitkan fakta sebenar dengan menggambarkan Akta BAFIA adalah satu perlindungan yang digunakan oleh kerajaan UMNO-BN ke atas kroni-kroni mereka yang menyonglap duit rakyat.

Anehnya, ramai yang percaya, malah apabila diberitahu Akta BAFIA digunakan di semua negara di dunia ini, ada juga yang tidak percaya dan sanggup bersingsing lengan demi mempertahankan kepercayaan mereka.

Justeru, Najib Abdul Razak sebenarnya memerlukan pasukan peguam yang lebih beriltizam untuk mempertahankan dan membersihkan namanya dengan status 'KEMENANGAN KES' di mahkamah, bukannya 'KES SELESAI LUAR MAHKAMAH' kerana rakyat masih ramai yang menaruh harapan kepada Najib, cuma mereka mahu mendengar sendiri pembelaan dan ketegasan Najib menerusi barisan peguamnya apabila kes-kes sebegini dibicarakan.

Kerana itulah, Najib perlukan pasukan guaman yang baru!!!


8 comments:

Dyll said...

Betul tu. Kali ini pastikan PM saman juta2. Jgn terima maaf lagi dan selesai luar mahkamah. Ramai penyokong2 pembangkang mentertawa dan menyindir bahawa pemimpin2 mereka selalu menang saman juta2, cthnya keatas Utusan Malaysia. Kali ini buktikan pd pemimpin2 / penyokong2 pembangkang bahawa selama ini mereka bernasib baik kerana mangsa2 fitnah mereka terlalu baik hati memaafkan mereka....

Anonymous said...

Padan muka Rapiji pon ni kena saman tapi nak Tanya sikit...kenapa berani saman bapuk ni je..kenapa tak saman Tun M , khairuddin, anina, WSJ, SR Dan berpuluh puluh akhbar asing? Kalau menang (pasti menang sebab berita tu tak benar) boleh dapat berbilion tuh...

Anonymous said...

Rafizi is an intelligent boy.
Setiap tuduhan dia, bukan kosong, siap dengan data dan fakta.
Walaupun dia kalah kerana tidak cukup bukti,
orang tetap lebih percaya dia daripada PM kaki songlap
yang tak bertelor.
Sembunyi di sebalik lalang.
Siapa nak respect.....???
Pasanglah peguam dari langit,
the mischief is done.
Siapa nak percaya penyangak.....????

Anonymous said...

AMBE SEROO LAGU TU JUGOK

Anonymous said...

Tunggu mulut rafizi berong.. Dok bnyak buat fitnah.

Anonymous said...

Kalau jumpa rafizi dgn kau ini rasanye org ramai ketuk kau dulu psl kau ni lebih bodo & bahalul... Kikikiki...
Jilat jgn tak jilat telo rafizi tu...

Anonymous said...

Penyangak??? Rafizi ker?? Bkn sj penyangak rajin buat fitnah. Cita2 nak masok lockup nak merasa mcm abg nuar d bamboo river.

Unknown said...

Rafizi is hero, those who talk bad bout him just look at yourself what can you do for the country beside making rubbish statement

 
Blogger Templates