Monday, April 18, 2016

KALAU SPRM BOLEH TANGKAP ANGGOTA POLIS AIR ITAM KERANA RASUAH, KENAPA TAK BOLEH KEPUNG KOMTAR?



Berita tentang pengepungan yang dibuat oleh SPRM ke atas sebuah balai polis semata-mata untuk menangkap lima orang anggota polis yang dituduh melakukan perbuatan rasuah, menarik perhatian ramai pihak. Sekaligus mencetuskan spekulasi dan juga pertikaian ke atas keberadaan dan kewujudan SPRM itu sendiri.

Ada pihak yang berhujah, adakah SPRM akan mengepung sebuah kem tentera sekiranya terdapat anggota atau pegawai tentera yang melakukan rasuah sepertimana yang SPRM lakukan di Air Itam, Pulau Pinang?

SPRM bagaimanapun, menafikan mereka telah mengepung balai polis tersebut sebaliknya berkata, ia adalah operasi biasa yang dijalankan oleh SPRM dan kesemua yang tertuduh termasuk seorang wanita memberikan kerjasama tanpa sebarang pergelutan. (RUJUK SINI)

SPRM semakin mendapat perhatian selepas sebulan kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan skandal tanah serta pemilikan banglonya, masih tidak menerima sebarang reaksi positif daripada SPRM sekalipun SPRM sangat cekap apabila membabitkan Kerajaan dan para pemimpin Kerajaan.

Cuma dengan Kerajaan DAP sahaja, SPRM seperti tenggelam punca!


Dengan kenyataan dan arahan SPRM agar skandal tanah dan pemilikan banglo Lim Guan  Eng tidak lagi diperkatakan secara awam dengan alasan ia boleh mengganggu siasatan, semakin ramai yang menunjukkan sikap tidak senang dengan SPRM yang jelas bersikap berat-sebelah dalam menangani isu Lim Guan Eng dan DAP.

Sudah ada yang membuat perbandingan tindakan SPRM antara Lim Guan Eng dengan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang dijatuhi hukuman penjara selama setahun.

Dalam kes Khir Toyo, SPRM bukan sahaja sangat cekap, tetapi juga sangat rajin sehinggakan dilaporkan SPRM mengekori setiap pergerakan Khir Toyo. Namun dalam isu Lim Guan Eng, nampaknya SPRM lebih segan dari malu untuk mengambil tindakan yang serupa.

Sudah lebih sebulan semenjak Ahli Parlimen Tasek Gelugor membuat pendedahan di Parlimen dan penyerahan bukti kepada SPRM tentang rasuah dan salahguna kuasa Lim Guan Eng, tetapi nampaknya berita-berita lain yang lebih didengar berbanding tindakan SPRM ke atas Lim Guan Eng dan konco-konconya.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam SPRM?


10 comments:

Anonymous said...

Apasal ini Tamby SPRM banyak susah-susah mau tangkap itu polis kasi serbu itu macam. Pigi jumpa Police Station punya incharge person suruh dia panggil itu polis ada syak rasuah punya kasi serah sama itu SPRM untuk bikin siasat. Senang punya keleja tapi mau bikin macam ada hebat punya berita. Ini kecil punya kes pun mau kasi macam besar punya kes. Besar punya kes juta-juta involved sampai ini hari tarak siapa lagi ada kena tangkap untuk kasi siasat. Mana-mana ofis pun belum ada kasi serbu.

Anonymous said...

Depa SPRM tengah 'berperang' dengan polis sekarang..lepas anggota depa ken chong kena dakwa kerana cuba mengambil rasuah dari anggota polis.

Anonymous said...

ha3 kao mmg bangang!

KAW said...

Nampaknya dedak yang ditabur oleh Lim Guan Eng kepada SPRM lebih lemak dan berperisa dari dedak yang ditabur oleh DS Najib...

Anonymous said...

JIKA LIM GUAN ENG JADI "MENTERI" DI NEGARA TEMBOK BESAR CHINA, DAH LAMA KENA CEKOP. SILAP-SILAP HARI BULAN BOLEH DIJATUHI "HUKUM BUNUH".BERUNTUNGLAH LGE JADI RAKYAT MALAYSIA JADI KETUA MENTERI PULAK. YANG PELIKNYA, DIPULAU PINANG MANA ADA MENTERI. YANG ADA AHLI EXCO. MENGAPA PULAK GUNA GELARAN "KETUA MENTERI" SEDANGKAN TAK ADA JAWATAN MENTERI DINEGERI PULUA PINANG. KALAU JADI KETUA KEPADA MENTERI, MESTI ADA PARA MENTERI. CONTOH SABAH DAN SARAWAK. NEGERI TU ADA MENTERI ITU DAN MENTERI INI, BARU SESUAI ADA JAWATAN KETUA MENTERI....

Cencaluk said...

SPRM macam balas demdam ngan PDRM kerana menangkap pegawai SPRM menerima sogokan RM20.000? Memang nampak sangat SPRM menyebelahi dan menerima sesuatu dari DAP? Kenapa kerajaan Malaysia membiarkan SPRM bertindak sesuka hati? SPRM memang memalukan.

Jangan lupa diduniaa anda boleh berlagak Alim sedangkan hakikatnya anda balaci cina, cium bontot cina dan kesat tahi cina.
DIsebabkan anda pegawai SPRM jangan ingat neraka jauh dari anda sedangkan kaki anda sudah sebelah di pintu neraka kerana menikam majikan yang membayar anda gaji.

Anonymous said...

SPRM==Semua Pasal Ringgit Malaysia....bubarkan saja sprm tu... buat habis duit rakyat utk bayar gaji mereka...

Fadzli said...

KEPONG DULU KEMENTERIAN KEWANGAN TUH DULU

Anonymous said...

OH1selek ebek serupo kuba rabik,gitu gini gitu gini akhir nya sonyap sepi.mari tak berjemput balik tak berhantar.

Anonymous said...

sprm bikin drama tamil

top