Monday, April 4, 2016

MATILAH KAU, GUAN ENG!!! MANA MAU LARI LAGI? APA HELAH LU LAGI!!!



Lim Guan Eng kelam-kabut mencari dalih dan isu untuk mengalihkan isu sebenar yang membelenggu dirinya. Dia cuba menimbulkan polemik dengan membangkitkan isu tanah PERDA yang dijual di bawah harga pasaran, tetapi langsung tidak dapat menjawab apabila PERDA menjelaskan bahawa harga murah tersebut diberikan kerana subsidir ke atas rumah-rumah yang dibina agar kekal berharga di bawah RM200,000, malah serendah RM42,000.

Sedangkan murahnya rumah dan hartanah yang dibeli oleh Lim Guan Eng pula, langsung tidak membabitkan kepentingan rakyat, sebaliknya kepentingan dirinya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng sekali lagi cuba menunjuk lagak kononnya dia berani berhadapan dengan sesiapa sahaja untuk berdebat bagi membuktikan kebenarannya. Namun Lim Guan Eng hilang tidak berjejak apabila salah satu syarikat Phang Li Koon didedahkan mempunyai urusniaga dengan Kerajaan Negeri Selangor, walaupun Phang Li Koon dalam akuan bersumpahnya menyatakan dia tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng.


Lim Guan Eng juga bungkam apabila pendedahan seterusnya menyatakan isterinya, Betty Chew berada di dalam sebuah firma guaman yang menguruskan urusniaga hartanah, termasuklah banglo dan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn yang pada awalnya Lim Guan Eng dan Phang Li Koon menyatakan, mereka tidak tahu nilai hartanah tersebut.

Terbaru, pendedahan membabitkan peranan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan KLIDC membeli tanah PPRT Taman Manggis Fasa II pada harga yang jauh lebih murah berbanding sebuah blok bangunan terbiar yang terletak bersebelah dengan tanah kosong tersebut.

Semua yang dilakukan tidak menjadi.


Kempen DAP di Sarawak untuk PRN yang ke-11 menggunakan isu Lim Guan Eng juga, tidak menarik simpati. Malah mengundang pelbagai pertanyaan yang tidak mampu dijawab oleh kepimpinan DAP negeri.

Paling malang bagi Guan Eng adalah apabila akhbar-akhbar berbahasa Cina yang banyak menyiarkan berita-berita negatif berhubung pemilikan hartanah Guan Eng pada kadar harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Malah, sudah ada juga cerita tentang skandal antara Lim Guan Eng dan Phang Li Koon yang sudah tentu tidak akan memberikan gambaran positif kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Nampaknya Guan Eng sudah sampai ke penghujung. Dia perlu menjawab dan berhadapan dengan masalah yang dia sendiri cipta. Selama ini dia seronok membelasah orang, sekarang tiba gilirannya pula untuk mepertahankan diri. Kalaupun SPRM tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya, pendedahan demi pendedahan yang dibuat, akan membuatkan Lim Guan Eng hilang KETOKONGANNYA!!!


1 comment:

Anonymous said...

Gasak lagi jgn bagi can kt tokong ni

top