Monday, April 11, 2016

PEMUDA MIC AKAN BUAT LAPORAN POLIS DI SELURUH NEGARA BAGI HALANG ZAKIR NAIK BERCERAMAH!!!



Selepas gerakan hak asasi manusia Hindu, Hindraf mendesak kerajaan membatalkan program pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik di Malaysia, hari ini Pemuda MIC pula ‘melanggar perjanjian’ untuk tidak campur tangan dalam urusan agama dan umat Islam.

Laporan hari ini menyebut Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh berkata, pihaknya akan membuat laporan polis di seluruh negara b agi menghalang Dr Zakir berceramah kerana bimbang pengaruhnya terhadap penganut agama lain di Malaysia.

Selain itu, Pemuda MIC juga dilaporkan menimbang untuk mendapatkan injunksi mahkamah menghalang ceramah doktor kelahiran India itu.

Sivarraajh menuduh Dr Zakir merendah-rendahkan agama lain yang boleh mencetuskan rasa kurang senang kerana tidak menghormati dan tidak sensitif terhadap orang lain.

“Dengan ini Pemuda MIC melalui biro undang-undang akan membuat aduan polis, menggesa pihak berkuasa menghentikan program ceramahnya serta-merta. Kami juga mempertimbang untuk mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang programnya dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah portal berita liberal.

Malah, Pemuda MIC juga dilaporkan akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara supaya sebarang aktiviti membabitkan Dr Zakir Naik dapat dihentikan.

Selain MIC, Persatuan Progresif Indian Malaysia (Mipas) juga antara gerakan yang menentang kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam kenyataannya menggesa kerajaan untuk tidak membenarkan Dr Zakir daripada menyampaikan siri ceramahnya di Kuala Lumpur dan Terengganu bulan ini.

Waythamoorthy mendakwa kononnya ajaran yang disampaikan oleh Dr Zakir tidak sejajar dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Berikutan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah memberi amaran kepada Hindraf untuk tidak mencampuri urusan umat Islam dan jangan menuduh Dr Zakir sebagai sesat.

Dr Zakir Naik dijadual akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?” di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April nanti.



6 comments:

Adam Ikhsan said...

Di dalam Malaysia, kita ada beribu lulusan agama yang layak memberi ceramah dengan baik sesuai dengan keadaan negara yang berbilang agama.

Kita tak perlu jemput penceramah luar untuk mengingatkan kita Akan agama dan tuntutan
ALLAH.

Kalau ia nya perceramah dari luar atau dalam Malaysia, cerita atau ayat yang akan disampaikan sama saja seperti apa yang RASUL sampaikan 1437H tahun yang lalu, ayat nya juga cerita nya tak boleh lebih dan tak boleh kurang tak ada beza isi kandung cerita nya hanya penyampai nya saja berbeza.

Kepada Zakir Naik, katakan pada mereka ya ini orang kafir " LAKUM DINUKUM WALIYADIN"

Cukup lah dengan syarahan dari Ustadz-Ustadz kita.

Azman Ali said...

Musuh2 sebenar telah menunjukkan rupa mereka..inikah majoriti rakyat Malaysia mahu? Tepuk dada tanya hati..

Anonymous said...

cuba bagitau tang mana dan mada bila DZN menghina agama lain?..jgn main sebut jer..

Anonymous said...

Ini orang ceramah dari India, banyak orang lain agama sudah banyak takutlah. Ini orang India, banyak handal boleh hafal sama itu Quran sama itu Hadislah. Lagi banyak handallah bila ini orang India juga hafal itu Hindu punya kitab Vedhalah. Kasi tambah handallah boleh hafal Kristian punya kitab Injillah. Dia punya handallah mungkin itu sami Hindu dan Paderi Kristian pun tak dak hafal dia orang punya sendiri kitab macam dialah. Jadi itu sebab kalu, lain agama punya orang, banyak tinggi punya takutlah sama ini Dr.lah. Ini Dr. boleh kasi konfiden tukar agama banyak oranglah. Itu sebablah lain agama punya orang banyak takutlah. Takut sangat-sangatlah.

Apit Gani said...

Rase2 la.. paz ni akan berlaku rusuhan kaum la. Pertumpahan Darah tidak boleh dielakkan.!!

beruang putih said...

Jangan takut....DZN bukan nak ajak gaduh...

top