Sunday, April 17, 2016

PENASIHAT KUMPULAN PENGGANAS LTTE CABAR ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA!!!



Pembabitan P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dengan kumpulan pengganas LTTE sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa kumpulan tersebut, masih lagi diperkatakan memandangkan sehingga kini tiada sebarang tindakan undang-undang daripada kerajaan ke atasnya. Walaupun kebanyakan individu yang terlibat dengan kumpulan-kumpulan pengganas dan ektremis tidak sahaja ditangkap dan dikurung, namun nampaknya, P.Ramasamy terus bebas dan masih mampu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan memegang jawatan penting dalam parti politik. 

Semenjak kedatangan Dr. Zakir Naik ke negara ini, P.Ramasamy tiba-tiba sahaja bertukar menjadi ulama Hindu yang tergugat, begitu menonjolkan diri. Dia telah mengarahkan Kerajaan Malaysia agar menghalau Dr. Zakir Naik kerana katanya Dr. Zakir Naik adalah pengancam keselamatan dan kestabilan di kalangan rakyat negara ini. Dr. Zakir Naik, katanya juga adalah seorang yang suka memburuk-burukkan agama Hindu walaupun dia tidak mampu menghadirkan bukti yang menunjukkan Zakir Naik telah menghina agama Hindu dalam mana-mana program yang telah disertainya di seluruh dunia. 

Barangkali malu kerana cabaran agar dia hadir di Stadium Bukit Jalil untuk mendengar dan bersoal jawab dengan Zakir Naik tidak mampu dipenuhi, apatah lagi berita tentang beberapa orang bukan Islam yang telah menzahirkan pengislaman mereka menerusi program ceramah Zakir Naik, P.Ramasamy selaku seorang yang mempunyai lidah putar belit, mengubah strategi. 

Berbanding helah sebelum ini, iaitu menyelamatkan umat Islam daripada ajaran yang tidak betul tentang agama Hindu, P.Ramasamy cuba menggunakan permainan psikologi yang pada masa yang sama, mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sepertimana yang termakhtub di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.

P.Ramasamy mempertikaikan keputusan Kerajaan Persekutuan yang katanya, tidak sensitif dengan rakyat Malaysia bukan beragama Islam kerana membenarkan Zakir Naik datang ke negara ini. Sikap Kerajaan Persekutuan yang membuka negara ini untuk dilawat oleh Zakir Naik dan pasukannya kata, P.Ramasamy amat membimbangkan. 

"Di mana rakyat bukan Islam akan pergi? Adakah mereka akan berserah sahaja dengan diskriminasi ini?"

Menurutnya lagi, kebebasan Zakir Naik berdakwah dan berceramah adalah bukti dasar pecah perintah yang diamalkan oleh UMNO. 

"Lawatan Zakir Naik, selain daripada misi mengislamkan orang adalah terhasil daripada kebongkakan Melayu-Islam ke atas bukan Islam," kata P.Ramasamy. 

Katanya lagi, desakan oleh kumpulan-kumpulan Hindu agar lawatan Zakir Naik dibatalkan, tidak dihiraukan memandangkan mereka yang berkuasa merestui tindakan Zakir Naik. 

P.Ramasamy bertanya, apakah Kerajaan Persekutuan akan memberikan layanan yang sama kepada para pendakwah bukan Islam. Ini adalah katanya, jikalau Kerajaan prihatin dan mempunyai sensiviti terhadap golongan bukan Islam di negara ini, Zakir Naik tentu tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini.
 

Sama ada P.Ramasamy seorang yang bebal bodoh walaupun bergelar Profesor atau mempunyai hati yang terlalu jahat, yang pastinya, P.Ramasamy terlupa bahawa agama rasmi Persekutuan adalah agama Islam. Dan apabila Agama Islam adalah agama rasminya, sudah tentulah yang mendapat keistimewaan adalah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. 

Pun begitu, Malaysia masih membenarkan agama-agama lain diamalkan secara bebas di negara ini. Malah kalau dibandingkan Masjid Negara dengan Gereja di Bukit Jalil, saiz Masjid Negara, apatah lagi Masjid di Putrajaya, jauh lebih kecil. Kalau dibandingkan menara Masjid Negara dengan patung dewa di kaki Gua Batu Caves, saiz patung itu jauh lebih besar dan tiada kumpulan Islam ekstremis yang mengancam untuk meletupkan patung dewa tersebut. Bahkan kalau dijumlahkan tokong-tokong Hindu sama ada yang bersifat di bawah pokok, mahupun bersenibina batu, sama ada di atas tanah halal, mahupun menceroboh secara haram, jumlah masjid dan surau, jauh lebih kecil berbanding tokong-tokong tersebut.

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan telah membuatkan umat Islam bertoleransi di negara ini. Jangan sampai kerana orang seperti P.Ramasamy, akan muncul kumpulan-kumpulan ekstremis yang akan mengacau ganggu kestabilan dan keharmonian di negara ini dan melihat cubaan pihak minoriti seperti P.Ramasamy yang telah memprovokasi umat Islam sebagai musuh yang perlu diperangi!!!

Cuma satu sahaja yang amat menarik, mengapa orang yang terang-terang terlibat dalam kegiatan keganasan seperti P.Ramasamy masih lagi bercakap kononnya orang lain lebih jahat berbandingnya?


8 comments:

Anonymous said...

kalau jumpa ular dan keling...mana satu kena katuk?

Anonymous said...

jawapan kpd soalan bahagian perenggan akhir text diatas ialah....takut&lembik teramat sangat...

Anonymous said...

apa kecuh sangat ni Profesor...
lu bikin sendiri la ceramah hindu pula.. tapi konsep mesti sama macam Zakir Naik ..kami tanya lu jawap on the spot
setiap jawapan mesti ada back-up dari kitab2 hindu ..
lu ada brani ka prof...??

Anonymous said...

PDRM, kata barua ni kumpulan pengganas LTTE.


BILA nak TANGKAP dia. KENAPA lama sangat....


IGP apa ni....tangkap la capat supaya tak merosakan yg lain...

Anonymous said...

gelaran professor ialah untuk individu yang mencapai tahap tinggi untuk sesuatu bidang/jurusan TETAPI tidak juga boleh terkecuali sebagai seorang yang ektrim .. penakut .. kaki bodek ...kaki kipas .. rasis .. dan tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak sendiri

Anonymous said...

Ini profesor politik banyak fikir ada pusing punya. Orang cerita pasal Islam ceramah dia ada sikit sensitif pasal itu Islam ceramah itu India mari punya talak sombong.
Kalau itu ceramah punya orang Arab mari ka, Afrika mari ka, Jepun mari ka, Ostolia mari ka, itu gerenti tadak hal punya. Itu bikin hal bila ceramah orang mari India datang. India mari punya hal semua jadi salah. Manyak singkat punya otak ini ahli politik. Manyak takut pada itu sendiri bayang2.

Anonymous said...

Tengok muka keling ni jahat dah. Macan tak pernah jumpa sirih ayam berak kapor.

Anonymous said...

Rimau tamil konon. Menyalak mcm anjing. Apsal xcekop je keling kodok ni bwh akta keselamatan. Dok nyalak jemuih dah

top