Monday, April 25, 2016

PENTAKSUB MAHATHIR SERONOK SAKAN APABILA DUA UMNO CAWANGAN DI KELANTAN, TOLAK NAJIB!!!



Dua UMNO Cawangan di Kelantan - Lepan Simpol dan Banggol Judah - yang menolak kepimpinan Najib Abdul Razak, pastinya akan disambut sorak sorai oleh para penyokong dan pentaksub Mahathir. Maka sudah tentu jugalah, teori-teori besar tentang kepimpinan Najib ditolak oleh UMNO-UMNO Cawangan serta Bahagian akan menjadi buah mulut mereka.

Kata Ketua UMNO Cawangan Lepan Simpol, Sazmi Miah berkata, penolakan ke atas kepimpinan Najib itu adalah untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang. Alasan yang diberikannya ialah, sokongan akar umbi kepada Najib sudah berkurangan.

Sazmi Miah adalah Ahli Parlimen Machang dari tahun 2004 sehingga 2008. Selepas menjadi Ahli Parlimen, dia telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada PRU tahun 2008, Sazmi Miah kalah di tangan Saifuddin Nasution yang buat kali pertama bertanding dan datang ke Machang. Saifuddin Nasution menang dengan majoriti 1820 undi setelah membolot undi sebanyak 21,401 berbanding Sazmi Miah yang memperolehi undi sebanyak 19,581. Nama Sazmi Miah hilang lenyap dari aliran perdana politik negara. Tiada sebarang usaha yang dilakukannya walaupun UMNO-BN menang pada PRU-13 di Machang berwakilkan Ahmad Jazlan Yaakub.

Penolakan oleh UMNO Lepan Simpol dan Banggol Judah pastinya akan menjadi buah cakap yang paling disenangi oleh golongan yang menentang dan cuba menggulingkan Najib. Kata mereka, itu adalah indikasi yang menunjukkan kepimpinan Najib yang telah tertolak dan Najib wajar mengundurkan diri.

Terdapat hampir 22,000 UMNO Cawangan di seluruh negara. Beberapa UMNO Cawangan bermasalah seperti Lepan Simpol dan Banggol Judah, apatah lagi kedua-duanya merupakan Cawangan yang tidak menyumbang pun kepada kemenangan UMNO-BN, bukanlah indikasi yang baik sebagaimana yang diharapkan oleh para pentaksub Mahathir.

Bagaimana dengan lebih 20,000 UMNO Cawangan lain yang memberikan sokongan kepada Najib? Adakah UMNO-UMNO Cawangan tersebut tidak diambil kira hanya kerana sebilangan kecil UMNO Cawangan yang menolak kepimpinan Najib?

Tapi elok jugalah... sekurang-kurangnya nampaklah sebenarnya orang yang jadi JELATANG GAJAH dalam UMNO nih... menangnya tidak, kerjanya untuk UMNO tidak, tetapi berpolitik untuk mengejar dan membesarkan tembolok sendiri, cukup bijak....


9 comments:

Anonymous said...

Ini dua cawangan sudah kasi reject sama dia punya Presiden parti. Tapi ini 2 cawangan mungkin ada syok sendiri pasal ada chance masuk headline dalam itu internet . Tapi mungkin ada lupa 20k lagi cawangan ada sokong itu Presiden. Mana lagi baik 2 atau 20k. Sudah tarak malu lagi ini 2 cawangan konon tarak setuju sama presiden boleh cerita pada semua orang. Tapi apa cerita inilah demokrasi. Sapa ada manyak undi sokong dia ketua. Itu pasal itu Najib masih ada itu atas punya tempat.

Anonymous said...

terbaik...bukan di kelantan je..di kedah pun kami tak kebuloq najib..
masih tak nak sedar diri jg

Anonymous said...

Belum pernah ada lagi cawangan yg menolak PM sebelum ini. Ini merupan satu sejarah dan titik tolak bagi cawangan2 yg lain melakukan perkara yg sama Demi kelangsungan UMNO walaupun ada ugutan terhadap mereka agar tidak menolak Najib. Syabas kepada kedua dua cawangan ini.

Anonymous said...

betul ke?

Macam mana dengan Kumpulan 11 yang mempertikaikan grand design Mahathir yang menentang penggunaan Bahagian dan Cawangan tidak sah sehingga UMNO akhirnya diharamkan pada tahun 1988 dengan Sanusi Junid yang pada waktu itu adalah Setiausaha Agung UMNO enggan peduli dengan penentangan ketua-ketua UMNO Cawangan dan Bahagian ke atas Mahathir?

Bukankah penentangan UMNO-UMNO Cawangan dan Bahagian ke atas Mahathir itu akhirnya menyaksikan Mahathir hanya memperolehi 43 undi majoriti berbanding Tengku Razaleigh dan perolehan tersebut dipertikaikan?

Dah baca sejarah ke belum?

Anonymous said...

Biasalah barang tak laku...kena buat publisiti sikit...merengek, aku tak suka Najib lah apa lah...takkan ko nak bawak Mahadey jadi PM balik kot baru nak sokong pimpinan...cer baca kisah talut dan jalut

Anonymous said...

Tidak memilih merupakan proses demokrasi dalam sesuatu pertubuhan kerana jika terdapat beberapa orang calun maka perwakilan terpaksa membuat pemilihan Dan tentunya ada calun yg tidak terpilih. Ini berbeza dengan penolakan kerana walaupun hanya seorang calun dia tetap tidak dipilih oleh perwakilan.

Anonymous said...

Ada juga cawangan yg tlh mesyuarat dan tidak memanggil ahli yg pro Tun M hadir
....ini bererti jika xada permainan kotor ini.
munkin ada banyak lagi cawangan yg akan membawa usul tidak percaya kpd Presiden UMNO...

Anonymous said...

USUL TERSEBUT AKAN DIRATIB 24/7 SIANG MALAM OLEH MACAI2 MADEYKUTTY TANPA HENTI.KALU TAKAT 2 CAW.TU TAK JADI KUDIS KUMAN PUN,BUAT SYOK SENDIRI BOLEH LAH.BAIK MELANCAP LAGI SEDAP.

Anonymous said...

dalam proses lagi masa tu...mana dia tau.....

top