Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 4, 2016

PERLETAKAN JAWATAN OLEH TUN MAHATHIR, DEDAHKAN KEDUDUKAN PROTON YANG TERLALU KRITIKAL!!!



Terdapat sedikit keraguan bahawa Proton kini sedang mengalami masalah yang agak kritikal.

Pelaburan tempatan Proton ternyata menjunam dari 74% kepada 15% pada 2015 sementara nilai eksport juga jatuh kepada tahap yang agak merunsingkan. Pada tahun sebelum Tun Mahathir memegang tampuk sebagai Pengerusi Proton, nilai tersebut adalah 21%.

Pada tahun 2001, Proton telah berjaya menjual sebanyak 215,000 keretanya, namun jumlah jualan jatuh kepada 158,657 unit pada 2011 dan hanya 102,175 unit berjaya dijual pada tahun lepas.

Jualan semakin direkod rendah bermula pada Jan 2016 iaitu hanya sebanyak 7,743 unit jika dibandingkan dengan 8,900 unit tahun lepas dan 15,806 pada Jan 2012.

Manakala, jualan pada Feb 2016 menunjukkan penurunan angka yang lebih jatuh iaitu hanya 5947 unit berjaya dijual jika dibandingkan dengan 8254 pada Feb tahun lepas, 11459 pada 2013 dan 11,559 pada 2012.

Pada 2011, Proton mempunyai rizab sebanyak RM4.8billion namun pada Mac 2015, rizab ini berkurangan sehingga RM1.8b kerana menampung kerugian semenjak DRB-Hicom mengambil alih.

Tahunan kewangan Proton berakhir pada bulan Mac setiap tahun dan status tahunan kewangannya pada 2015 menunjukkan kerugian nilai sebanyak RM646 juta (jumlah yang sama dengan kerugian 1MDB pada penyata kewangan tahunan 2014 dan kedua-duanya mempunyai panel auditor yang sama!).

Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Proton sebaik sahaja tempoh kewangan tahunan ditutup pada Mac 2016 yang mana Proton berkemungkinan mempunyai nilai kerugian lebih dari RM1billion kerana kejatuhan unit yang terjual.

Kerugian tersebut bukan sahaja boleh menyebabkan Proton kehilangan rizabnya, namun ini memberi risiko yang tinggi kepada seluruh DRB-Hicom group.

Pembekal-pembekal Proton juga sedang mengalami masalah dalam mendapatkan bayaran semula daripada Proton.

Proton kini mempunyai 30,000 unit kenderaan yang masih belum dijual dan telah mencuba menjual kereta mereka kembali kepada pembekal sebagai satu cara untuk membayar hutang-hutang mereka, namun tidak berhasil.

Beberapa hari yang lepas, Menteri MITI iaitu Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah mengeluarkan kenyataan amaran bahawa Proton kini berada dalam keadaan bahaya dan menyatakan bahawa MITI telah memberikan pinjaman kecemasan sebanyak RM100 juta kepada pembekal-pembekal Proton tahun lepas.

YB Menteri MITI juga menyatakan bahawa Proton telah memohon geran kecemasan sebanyak RM 1.5b daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk menyelamatkan syarikat.

Ini tidak termasuk dengan nilai bantuan sebanyak RM14b yang telah disalurkan kepada Proton setiap tahun.

Namun begitu, kerajaan kini mempunyai masa yang sukar untuk membuat keputusan tersebut, berikutan tiada jaminan bahawa kadar kerugian syarikat Proton akan berkurangan namun dana awam sebanyak RM1.5b diberikan dalam kadar yang segera, atau

membiarkan sahaja Proton dan pembekal-pembekalnya untuk bungkus dan hampir 60,000 akan hilang pekerjaan.

Tun Mahathir seolah-olah lepas tangan ketika Proton hampir jatuh dan berada dalam keadaan paling kritikal yang mana ianya juga boleh mengheret Kumpulan DRB-Hicom ke kancah yang sama.

Apabila status kewangan tahunan Mac 2016 dibentangkan nanti, kita akan menyaksikan keadaan sebenar Proton dan sama ada ia telah jatuh ke status bangkrap secara fizikalnya ataupun tidak.

Agak pelik untuk menyaksikan Mahathir menghentam Najib sepanjang 2014 dan 2015 atas isu kerugian 1MDB, sedangkan Proton juga mengalami krisis kerugian dengan amaun RM2b!

Bukankah ironi sekiranya difikirkan apabila rationalisasi 1MDB telah lengkap dan kembali menjana keuntungan, kini masalah tertumpu kepada Proton “milik Mahathir”.



3 comments:

Anonymous said...

Semua PM dari utara haprak...fakta srjarah PM dari utara semua barua penjajah akhirnya... islam jadi mainan dibibir semata mata...talibarut WSJ... tun razak tun hussin dari selatan srmua negeri dlm kjaan BN....najib mewarisi kepimpinan haprak utara...dari 5 negeri yg jayuh ke pembangkang 2 negeri kembali ke kjaan hasil usaha kepimponan Najib....

Anonymous said...

Tapi ada orang kata Mahataik genius, anugerah tuhan. Genius kepala hotak. Genius untuk mencekik darah rakyat ada la.

Anonymous said...

arul kanda nak blah tu xnak komen? mesti dia berjaya kan? tun jer yang gagal...najib baguih dok ada, genius tahap dewa kan? puihhh...dasar dedak

 
Blogger Templates