Saturday, April 9, 2016

RAFIZI KATA, DIA BERGURAU SAJA DALAM FITNAH ROSMAH MANSOR DAN NAJIB BERFOYA-FOYA DENGAN DUIT GST UNTUK BELI KAIN DI GEDUNG JAKEL!!!!



Sekali lagi nampaknya Rafizi Ramli menyatakan, segala caci keji, sumpahan hina dan caci maki serta fitnah yang dibuatnya ke atas Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor hanyalah JENAKA semata-mata.

Kali pertama, dia mengatakan JENAKA ketika perbicaraan CINCIN RM24 JUTA. Setelah sekian lama dia membuat fitnah, menjaja cerita fitnah tanpa rasa bersalah dan berdosa, apabila dibawa ke mahkamah, Rafizi Ramli dengan muka tak malu berkata, dia hanya bergurau demi menyelamatkan punggung lebarnya daripada dihumban ke dalam penjara.

Nampaknya kali ini dia melakukannya lebih awal. Pun begitu, atas dasar sombong dan bongkak, Rafizi menyatakan, dia tidak akan sama sekali meminta maaf kepada Najib dan Rosmah walaupun telah menfitnah mereka dalam isu pembelian kain di Gedung Jakel.

Najib telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada Rafizi Ramli berhubung fitnah yang dibuatnya ketika berceramah di Himpunan Selamatkan Malaysia di Pandan Indah beberapa minggu lepas.

Untuk menyedapkan lagi alasannya, Rafizi berkata, ahli-ahli politik tidak seharusnya mudah mengeluarkan surat saman kerana mereka adalah hak masyarakat dan sentiasa terdedah kepada sebarang serangan. (RUJUK SINI)

Sebaliknya, kata Rafizi lagi, Najib perlu menyaman Tun Mahathir dan Wall Street Journal yang tidak bergurau sepertinya dalam membuat tuduhan dan fitnah berhubung penggunaan wang GST untuk membeli belah kain di Jakel.


Sementara itu, dalam satu isu yang lain, Rafizi Ramli cuba menutup malu kerana lakonan tangan bergarinya terkantoi. Walaupun begitu, dia masih cuba menyalahkan PDRM dan Ketua Polis Negara walaupun secara jelas, tiada sesiapa pun yang pernah diarahkan berlakon dengan tangan bergari ke belakang, termasuklah Anwar Ibrahim.

Malah yang memulakan berita kononnya tangan Rafizi Ramli bergari ketika dibawa ke mahkamah dibuat oleh pasukan medianya sendiri. Berita tersebut kemudiannya cuba diperbetulkan dengan alasan kononnya ia adalah prosedur biasa mengikut budi bicara pegawai polis yang bertugas. Namun Ketua Polis Negara segera memberitahu, alasan tersebut adalah alasan dongeng.

Makin mengarut dah Rafizi Ramli ini... nampaknya saman-saman fitnah serta natijah undang-undang yang dihadapinya sekarang, telah mengganggu kewarasan otak Rafizi Ramli.


5 comments:

Anonymous said...

Pala but la sutun... igt org pandan sume suke dgn ko ke... lanjiooo

Anonymous said...

ahli politik sakit jiwa....yg menyokong nya pulak memang gilaaa.....

safri ismail said...

Memang dah lama budak ni sakit

Anonymous said...

Rafizi yg celako !!! Fitnah boleh suka2? Mmg sah dia ni jahil.. Mkn babi.

Anonymous said...

Hehehe ahli parlimen yang sewel ... dilantik oleh orang-orang yang sewel di Parlimen Pandan. Kawasan Parlimen serta pengundi-pengundi yang suka bergurau, berseloroh dan semuanya lembut-lembut aje... hidup sotong...

top