Thursday, April 7, 2016

RAMAI PUAK PRO-TUN TEPUK DAHI DAN HENTAK KEPALA KE LANTAI HARI INI APABILA HARI INI TERBUKTI, TUN MAHATHIR PENIPU BESAR!!!!



Laporan PAC telah dibacakan. Dan seperti dijangka dari awal lagi, segala 'kesalahan' yang dilakukan oleh Najib kononnya, hanyalah cerita-cerita dongeng yang bersifat jahat, subversif serta mengelirukan.

Setelah sekian lama mempercayai dongengan kehilangan RM42 bilion, dan RM2.6 bilion telah disodok masuk dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Najib Abdul Razak, selain segala hujah adalah berkisar kepada fakta tersebut, hari ini, laporan PAC menunjukkan sebaliknya.

Sebaliknya DANA AWAM di dalam 1MDB langsung tidak hilang. Malah 1MDB sendiri sedang mencatatkan keuntungan walaupun pada masa yang sama, laporan PAC menyatakan keperluan kepada pembaikian serta beberapa saranan untuk melancarkan lagi pengurusan 1MDB.

Jangan terkejut dan jangan hairan apabila golongan yang selama ini mencipta pelbagai cerita Monster tentang 1MDB akan kembali dengan cerita yang lebih PUAKA sifatnya malah akan cuba membuatkan orang lain percaya bahawa keputusan laporan PAC itu adalah hasil daripada 'rasuah dan pembelian' Najib. Dengan kata lain, keseluruhan PAC telah 'dibeli' oleh Najib.

Bagaimana dua auditor antarabangsa, Laporan Ketua Audit Negara dan PAC selepas setahun gagal mengesan sebarang kehilangan atau kecurian atau penyelewengan wang, tidak akan diperkatakan sama sekali. Mereka hanya mahu semua orang percaya bahawa RM42 bilion telah dicuri dan buktinya, adalah 'KATA-KATA MAHATHIR' dan 'TONY PUA'.

Hakikatnya, Laporan PAC hari ini tentang 1MDB membuktikan, TUN MAHATHIR PENIPU BESAR!

Tuduhan dan dakwaannya bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, merupakan satu fitnah jahat yang besar kemungkinan bersandarkan hanya kepada andaian-andaian yang dibuat oleh Sarawak Report yang kemudian dipanjangkan pula oleh Wall Street Journal yang mana maklumat yang dicerna oleh Sarawak Report, datangnya daripada dalang yang mahu menggulingkan Najib dan Kerajaan Malaysia setelah 1MDB banyak mengambil serta merampas kepentingan kroni-kroni tertentu.


Antara yang paling membuatkan kroni marah adalah Lebuhraya Pan Borneo yang dibangunkan tanpa melibatkan konsesi tol oleh 1MDB. Tidak seperti lebuhraya-lebuhraya lain, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo kembali kepada asas pembinaan infrastruktur sebelum Dasar Penswastaan yang dipopularkan dan diperkenalkan oleh Mahathir pada awal pentadbirannya.

Laporan PAC ini belum menoktahkan fitnah dan tohmahan daripada pihak berkenaan. Tidak hairanlah mengapa Tony Pua begitu teruja untuk mendahului Laporan PAC kerana sebagai salah seorang anggota PAC, Tony Pua tahu apa yang terkandung di dalam laporan tersebut. Tony Pua perlu membiaskan laporan tersebut pada persepsi orang ramai. Dia perlu menimbulkan kepercayaan dan keyakinan bahawa laporan tersebut telah 'dibeli'.

Justeru itulah, dia bersungguh-sungguh sehinggalah dia mulai terancam dengan Akta Rahsia Rasmi apabila laporan tersebut diOSAkan selain amaran tentang kehilangan jawatan politik yang disandangnya, barulah Tony Pua senyap sedikit. Pun begitu dia melepaskan baton kepada Rafizi Ramli pula. Hari ini, Rafizi Ramli berada di lokap Jinjang!!!


22 comments:

Anonymous said...

Penipu besar ke tak kita tunggu PRU nanti..

Anonymous said...

PAC result is expected because interfere from politic... the PAC was changed by the suspect !!!

Anonymous said...

Haiii tun m... Bnyak dosa fitnah org kau lakukn.. Disaat nyawa diujung usia..

Anonymous said...

tiada lain selain memanjatkan syukurvkehadrat Allah.... Alhamdulillah Syukur.....

Anonymous said...

Betul tu. Kita tgk apa perjanjian ex pm dgn limkomunis selepas pru yer. Jgn main2 dgn komunis dari dulu hgga sekarang benci terhadap org melayu dan islam. Jgn perasan.

Penduduk kgbr.

Anonymous said...

insyaallah kalu Allah beri kesempatan utk hidup lagi smapai pru nanti...jgn sombong sgt, kita x tau bila akan dijemput Allah so byk kan amalan jgn nak sibuk mengata org sana sini tanpa bukti yg nyata

Anonymous said...

hanya di Msia saja 1mdb suci murni..bagaimana pula negara2 lain yg sedang menyiasat. Kenapa tiga mangkuk hayun menyorok..dlm kertas semuanya cantik, tidak hilang..tapi hutang 42billion..duit SRC 42 juta apa citer?

Anonymous said...

The board for PAC are including DAP members. So you mean Tan and Tony had been bought?

Anonymous said...

Dr Tan Seng Giaw is a DAP stalwart and was not even a PAC member. Yet, he still believes that executive officers of 1mdb and not Najib are to blame. Care to prove political interference? I don't think the lame Pakatoons and Tun Dun have any evidence at all. Suspect? What a stupid choice of word. Lapiji Lembu is now in fact a suspect.

Anonymous said...

Hasil siasatan PAC tidak memenuhi 'kehendak' kaki fitnah. Tak hairanlah andai kaki fitnah akan memutarbelit hasil siasatan ini dengan tempelan2 fitnah2 baru pulak, dengan disokong dan dihebahkan oleh pengikut2 yang terdorong oleh iblis dan syaitan. Sedangkan hakikatnya, pengikut2 ini tidak pernah mengetahui keadaan yang sebenarnya.

Bahan2 fitnah datang dari hati2 yang busuk dan hina. Mereka tidak pernah rasa bersalah. Kita terpaksa terima hakikat ini: bahawa kaki fitnah tidak akan lenyap dari bumi Allah ini dan mereka hanya mengisi neraka2 jahanam kerana mereka tiada upaya untuk memperbetulkan keadaan sesama manusia apabila nyawa2 mereka berada dihujung kerongkong mereka kelak di ambang kematian.

Saya dah berpesan.

Anonymous said...

Ya betul tu. Najib memang tak salah sbb tu kita tunggu PRU nanti. Moga pjg umur. Hidup Najib!

Anonymous said...

Saman la WSJ. Berani kerana benar.

Anonymous said...

KALAU MACAM TU...TAN SENG GIAW DAN TONY PUA DAH MAKAN DEDAK LA YER?

Anonymous said...

tan seng giaw dan tony pua pulak dah makan dedak....itu la pembangang selalu bangang. sentiasa tak puas. dah masuk kubor baru senyap.

Anonymous said...

Masa ni baru nak fikir komunis la apa la..diberi mandat dan kepercayaan kamu khianati.

Anonymous said...

Jgn salahkan org fitnah tp cara ko tangani fitnah tu. Kejap nafi kejap ngaku. Mula2 nafi dana masuk personal account. Lepas tu kantoi baru ngaku. Mula2 utk benteras IS lepas tu utk pilihanraya last2 jd derma....kata nak saman tak saman2 pun. Org yg nak siasat kena buang. Eh macam2 lg la. Perkara2 mcm ni yg menyebabkan org mula syak dan prasangka.Lepas tu org dah tak caya nak salahkan org pulak.

Anonymous said...

Saya setuju...anak2 dajjal sudah menjalan tugas mereka menghancurkan islam..

Anonymous said...

Komunis tidak pernah lenyap dari muka bumi seperti munafiqun sama saja dgn kafir.

Anonymous said...

Manusia x bole terima kenyataan.. yg bersalah meliwat di mahkamah pon dok nyalak konspirasi la tahanan politik laa apa nk heran puak2 tu

Anonymous said...

Ingatlah wahai penulis dan org2 yg bersekutu dgn anda, kebatilan akan tetap kalah dan hancur,kebenaran tetap akan menang.hakikat sebenar adalah pm yg anda sokong itu tetap seorang rasuah krn dlm akaun beliau ada duit 2.6 billion masuk dan ini disahkan oleh sprm dan manakala 42juta juga masuk akaun peribadinya,ini diakui sendiri oleh beliau dlm kes saman kpd datok lim leong sik.nak putarbelit kat mana lg penulis. Takutlah pd pembalasan Allah.kelak Allah turunkan bala ke atas kamu baru tau berbaloi ke tak berbaloi kau sokong penjenayah perasuah dan pencuri duit rakyat.

Anonymous said...

mulut awak tu..prot pret tak takut hukum allah ke. kalau awak setakat dengar cakap jer..itu fitnah namanya. awak pun tunggu juga hukum allah.

Anonymous said...

aku pernah terbaca dari imam shafie dengan anaknya.

anak bertanya: pemimpin bagaimana
yang harus diikuti

imam shafie : ikutlah pemimpin
banyak difitnah.

lebih kurang begitulah. andai aku tersalah. tolong betulkan. wallahua'lam.

top