Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 24, 2016

SARAWAK WAJIB BERKETUA MENTERIKAN BUKAN ISLAM KERANA PEMIMPIN ISLAM ADALAH PEROMPAK DAN PENJARAH, KATA KOLABORATOR DAP!!!


\

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP semakin galak bermain dengan isu perkauman dan keagamaan di Sarawak. Selepas mereka berjaya menghancurkan toleransi dan semangat muhibbah di kalangan antara kaum di Semenanjung, kini mereka membawa pula barah itu ke Sarawak menerusi PRN yang akan menyaksikan undi-undi pemilih direalisasikan pada 7 April nanti.

DAP dan Pakatan Harapan seringkali mendabik dada kononnya mereka tidak mengamalkan budaya perkauman, keagamaan mahupun membeza-bezakan masyarakat walaupun hakikatnya merekalah yang paling kuat mengamalkan rasisme dan menghina agama Islam. 

Dan ini terbukti dalam siri kempen dan ceramah calon-calon DAP di Sarawak termasuklah kempen yang dijalankan oleh penyokong DAP di portal-portal dalam talian. 

Mariam Mokhtar yang diketahui penyokong kuat Pakatan Harapan khususnya DAP, sekali lagi menulis di dalam 'The Ant Daily' sekaligus membuktikan rasisme dan anti-Islam mereka tidak dapat disorok dan dibendung. 

Menurut Mariam: 

"Rakyat Sarawak telah melihat bagaimana para pemimpin Islam di Putrajaya telah merompak dan menghancurkan negara ini dan kemudian membahagi-bahagikan rakyat Malaysia. Rakyat Sarawak juga menderita di bawah Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri. Jadi, mengapa harus letakkan kepercayaan kepada para pemimpin Islam lagi?" - THE ANT DAILY

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, Adenan Satem telah menjalankan tugasnya selaku Ketua Menteri Sarawak dengan penuh berkesan sepanjang dua tahun perlantikannya dan popularitinya telah mendahului semua isu perkauman dan keagamaan walaupun dia sendiri adalah seorang Islam. 

Mungkin kerana itulah, Mariam Mokhtar atau kolaborator Pakatan yang bercita-cita untuk melakukan ethnic cleansing dan perampasan tanah secara besar-besaran seperti di Pulau Pinang berkata, pemimpin beragama Islam tidak boleh dipercayai dan Sarawk perlu memiliki Ketua Menteri yang bukan beragama Islam. 

Inilah permainan sebenar Pakatan Harapan, sama ada pemimpin mahupun media pro mereka yang menjadikan perkauman dan keagamaan sebagai asas penting perjuangan mereka. Mereka tidak dapat melepasi kepopularitian Adenan Satem, justeru mereka sekarang beralih kepada peraminan bangsa-agama pula. 

Apa yang mereka lakukan ialah sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian kumpulan-kumpulan sayap kanan dalam UMNO untuk bertindak sembrono. Justeru, permainan ini sebenarnya lebih kepada memerangkap UMNO sekaligus membenarkan tuduhan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.



Tontoni klip video membabitkan ADUN DAP Pending, Violet Yong Wui Wui pada PRN tahun 2011 apabila secara jelas - terutama sekali sewaktu dia berucap dalam Bahasa Cina - memainkan isu perkauman tanpa sedikit pun berasa bimbang.

DAP seringkali berkata mereka tidak akan menggunakan isu perkauman atau keagamaan tetapi hakikatnya sangat jauh berbeza, terutama sekali apabila mereka mula bercakap dalam Bahasa Cina. 

Klip video di atas adalah buktinya!


3 comments:

Anonymous said...

dap adalah taik, mariam mokthar terlebih makan taik dap tu pasal dia berwajah taik sebab tu la dia tak laku, takde siapa pon yg mau bersekongkol dan menyokong taik.

Anonymous said...

kalau begitu penang patut dapat cm melayu. tengok apa yg lim buat selama 7 tahun jd cm. habis jahanam penang dibuatnya.

Unknown said...

Pulau pinang x sepatutnya dimiliki oleh dap..tengok penang jadi negara cina tulisan papan tanda pun ditulis b.cina ni bukankan dinamakan rasict.mana hak kita sebagai bumiputera kita x biarkan semua ni berlaku.kita kena bersatu menlawan kaum cina yg x sedar diri..kalau x mau cakap bahasa Malaysia blh blah dari sini...cuba tgk contoh negara indonesia kenapa cina depan blh ckp fasih bahasa depan..sebab cina indonesia hormat dan sayang negara depan..jgn biarkn sejarah berulang kembali...

 
Blogger Templates