Friday, April 15, 2016

SELEPAS BERJAYA BUKTIKAN SPRM TAKUT DENGANNYA, GUAN ENG UJI PULA KEKEBALAN AUTONOMI SARAWAK, ISNIN NANTI!!!



Di sebalik larangan DAP Sarawak ke atas dirinya agar menjauhi Sarawak atau DAP Sarawak akan kehilangan lebih banyak sokongan yang mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi, Lim Guan Eng merancang untuk ke Sarawak pada hari Isnin nanti bagi menguji sama ada dia akan dibenarkan masuk ke Sarawak atau sebaliknya. 

Semalam, Lim  Guan Eng telah menghantar sepucuk surat kepada Ketua Menteri Sarawak meminta agar para pemimpin DAP dibenarkan memasuki negeri itu dan dibenarkan terlibat dalam kempen dan ceramah politik bagi memenangkan DAP pada PRN awal Mei nanti.

Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak tidak membenarkan beberapa orang pemimpin DAP dan PKR memasuki negeri itu, dilihat benar-benar merencatkan rancangan DAP untuk menguasai Sarawak pada PRN akan datang. DAP yang bergantung sepenuhnya kepada politik RASIS yang mempertikaikan hak Bumiputera dan Pribumi, dilihat terkapai-kapai apabila pagi tadi, Anthony Loke yang terkenal dengan kebenciannya kepada Melayu-Islam dan Bumiputera, dihalang memasuki Sarawak walaupun bapa Lim Guang Eng, Lim Kit Siang dibenar lepas.

Anthony Loke merupakan orang keenam yang dialarang memasuki Sarawak pada tahun 2016. Antara yang dilarang memasuki Sarawak tahun ini termasuklah, Teo Nie Ching, Ooi Leng Han, Mohamad Sabu dan Dr. Afif Bahardin. 

Semalam, Jamal Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut dikenakan larangan yang sama. 

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebelum ini berkata, Kerajaan Negeri akan melarang mana-mana individu yang 'tidak dikehendaki dan memberikan ancaman' kepada negeri itu menerusi promosi rasisme dan amalan ekstremisme daripada memasuki Sarawak. 

Kesemua yang dilarang memasuki Sarawakw itu bagaimanapun, bebas datang semula ke Sarawak selepas Pilihanraya Negeri pada 7 Mei.

Dalam masa yang sama, DAP Sarawak mendakwa parti itu dan rakan sekutunya, PKR akan berhadapan dengan cabaran tiga penjuru sekiranya perjanjian pembahagian kerusi tidak dimuktamadkan. 


Chong Chien Jien berkata, terdapat tiga fraksi dalam PKR yang tidak bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh pemimpin mereka, termasuklah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dipuji Chong Chien Jien kerana telah menyelesaikan perkara itu lebih awal. 

"Sekiranya, PKR tidak berpegang kepada janji mereka, sudah tentu akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Seelum ini, terdapat dua puak dalam PKR, satu yang berpihak kepada Presiden dan satu lagi kepada Timbalan. Rundingan adalah sukar, tetapi Azmin Ali telah membolehkan kedua-dua pihak menyetujuinya. 

"Tetapi sekarang, puak ketiga pula muncul yang mana mereka tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi. DAP akan berpegang kepada perjanjian awal dan kita berhadap PKR akan menghormati apa yang telah dipersetujui."

Chong turut mengumumkan DAP akan bertanding di 29 kerusi, 15 daripadanya adalah kerusi bermajoritikan orang Dayak. 

"Daripada 29 kerusi itu, Dayak adalah 15, Cina 13 dan 1 Melayu."

Calon Melayu tunggal adalah dipercayai pegawai khas Chong iaitu Abdul Aziz Isa. 

"Kerusi-kerusi Dayak termasuklah Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. Semua calon akan diumumkan pada 20 April," kata Chong. 

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu juga menegaskan, DAP tidak akan berunding dengan PAS untuk mana-mana kerusi, sekalipun wujud kerjasama antara PKR dengan PAS di belakang mereka. 

Sementara itu, dalam satu sidang media yang lain, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, para pemimpin PKR Negeri tidak bersetuju dengan konsensus yang telah dicapai pada peringkat kebangsaan. 

"Kami telah menjelaskan kepada para pemimpin pusat bahawa kami tidak dapat menerima keputusan tentang pembahagian kerusi itu. Sekaligus membuatkan kami menarik balik mandat yang telah diberikan dan akan membuat keputusan akhir tentang kerusi-kerusi yang kita akan tandingi," katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR Sarawak. 

No comments:

top