Friday, April 22, 2016

TAK WAJIB PELAJARI BAHASA MALAYSIA, ELOK BENARLAH SJKC DAN SJKT DIKELUARKAN DARI SISTEM PENDIDIKAN DAN PERUNTUKAN PENDIDIKAN NEGARA!!!



Semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak diwajibkan mempelajari subjek Bahasa Malaysia selama lima jam seminggu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon.

“Kami telah membincangkan isu ini dalam mesyuarat kementerian di mana saya telah menyuarakan kebimbangan yang dibangkitkan kumpulan pendidikan Cina.

“Mungkin pegawai pendidikan daerah belum dimaklumkan mengenai keputusan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.

Chong berkata demikian bagi menjawab pertanyaan yang SJK C tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa untuk mengikuti arahan untuk menambahkan masa untuk pembelajaran BM.

Menjelaskan bahawa ia adalah hak SJKC sama ada untuk meningkatkan masa pelajaran itu atau tidak, beliau berkata, adalah tidak benar murid sekolah ini masih perlu belajar Bahasa Malaysia selama 300 minit seminggu.

Mengikut garis panduan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan pada 2011, tempoh waktu belajar subjek Bahasa Malaysia bagi Tahun Satu hingga Tiga SJKC akan ditambah 30 minit bagi setiap satu daripada 10 waktu belajar seminggu.

Bagi Tahun Empat hingga Tahun Enam, ada lapan waktu seminggu dan pembelajarannya mengambil masa 30 minit setiap waktu itu.

Sesetengah ibu bapa murid SJK telah menyatakan kebimbangan mengenai penambahana masa untuk subjek Bahasa Malaysia yang mana mereka mendakwa akan menganggu peruntukan bagi pelajaran lain.



7 comments:

Anonymous said...

bagus lah....salah siapa bila bahasa melayu terpinggir dibumi Melayu ini..

Anonymous said...

Tu sebab aku benci semua pemimpin Melayu. Penjilat Tegar CINA.

Anonymous said...

wuntuk menyejukan hati ibubapa kominis tsb maka wajarlah diberi peruntukan 10juta setiap srjk

Anonymous said...

Kat Australia semua kaum tak boleh suka suka buat sekolah ikut aliran dia orang , nak duduk kat australia kena ikut cara australia tapi kat malaysia , fikirlah sendiri

Anonymous said...

Sokong pendapat anon10:32..pemimpin melayu kecut buah kerandut dgn cina...

Anonymous said...

Bab bahasa ni aku puji kat Indonesia. Semua rakyat tak kira bangsa fasih bahasa indo.kat negara kita ramai lagi tak pandai cakap melayu.

Hangpcdua Malaya said...

itu sebab mereka berkempen nak hapuskan BAHASA MELAYU dan gantikan dengan ENGLISH macam dekat Sarawak..

kononnya kata BAHASA MELAYU tiada nilai komersil... kolot dan ketinggalan zaman

Baru MAJU guna ENGLISH macam SIngapura...

top