Monday, April 4, 2016

TAKUT DISURUH BERKEMPEN SENDIRIAN, SAM KETOT BERBOHONG KONONNYA DIA TIDAK DIBENARKAN MASUK SARAWAK!!!



Dakwaan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dikatakan ditahan pihak Imigresen dan berunding secara diplomasi bagi menidakkan penahanannya daripada memasuki Sarawak pada Jumaat lepas adalah palsu.

Sabtu lepas, portal Malaysiakini melaporkan Shamsul Iskandar pemimpin terbaru dihalang daripada memasuki Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Seorang pegawai Imigresen yang dihubungi menafikan dakwaan Shamsul ditahan lebih tiga jam untuk disoal siasat dan sebaliknya pemeriksaan ke atasnya adalah perkara biasa dan rutin harian bagi mana-mana penumpang.

Shamsul dalam entri terbaru di twitter miliknya menyatakan beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas arahan atasan selepas ditahan pegawai Imigresen Andrew.

“Andrew maklumkan saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sebab arahan atasan,” katanya dalam akaun Twitter.

Pegawai Imigresen itu turut menafikan ada berlakunya rundingan secara diplomasi sebaliknya beliau hanya diminta untuk ke tepi untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak kesesakan di kaunter pemeriksaan Imigresen.

Shamsul tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 5.50 petang, Jumaat lepas.

Dalam perkembangan berkaitan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Mansor bin Othman dan Pengarah Strategi PKR Pulau Pinang Sim Tze Tzin tidak mempunyai masalah untuk memasuki Sarawak biarpun terpaksa melalui pemeriksaan biasa.

“Petang tadi (semalam) dua orang pemimpin PKR Mansor bin Othman dan Sim Tze Tzin datang ke Sarawak dan melalui pemeriksaan Imigresen.

“Kedua-dua pemimpin itu telah dibawa ke tepi bagi pemeriksaan lanjut dan tidak lama selepas itu telah dibenarkan memasuki Sarawak.

“Begitu pun, pemimpin PKR itu tidak mempunyai masalah dengan prosedur Imigresen yang dikendalikan pihak kami”, kata pegawai Imigresen yang enggan namanya disiarkan.

Terdahulu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa telah tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok turut tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dihantar pulang.



2 comments:

Anonymous said...

saman jer,ni dh dikira mengfitnah imigresion

Anonymous said...

Tak dernye Pemimpin Pakatan kena berkempen sendirian.

Pemimpin umnu kena booo sendirian.... Ramai.

top