Thursday, May 12, 2016

ANTARA TEKO AYAH PIN DAN KLCC MAHATHIR!!!



Puak Protun ni sama ada bengap, bebal terlampau atau bodoh semulajadi, tak tahulah... tetapi yang pasti, mereka jenis tidak faham bahasa!!!

Tiada sesiapa pun yang menafikan jasa Tun Dr. Mahathir sepanjang dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Walaupun sebahagian besar 'jasa-jasanya' itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung sengsara dan kos kehidupan tinggi selama beberapa abad lagi, namun, ia tetap satu jasa yang tidak boleh dinafikan.

Yang orang duk pertikaikan dan menyampah dengan Tun Dr. Mahathir sekarang ialah tergedik-gediknya dia mencampuri urusan pentadbiran negara sekalipun dia sudah bergelar MANTAN PERDANA MENTERI. Semuanya salah di matanya walaupun sebahagian daripada kesalahan tersebut adalah untuk menutup dan mengambus LUBANG-LUBANG 22 TAHUN yang telah dikoreknya. Semuanya perlu diterangkan kepadanya, walaupun dia tidak pernah sekalipun menjawab waimma satu soalan pun tentang MAMINCO, PERWAJA, PROTON, dan seribu satu macam skandal kewangan yang berlaku sepanjang 1981-2003.

Belum lagi cerita membabitkan bail-out syarikat-syarikat kroni menggunakan wang PETRONAS, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya. Mahathir tidak pernah menjawab secara tuntas persoalan-persoalan tersebut sebagaimana rajinnya dia bertanya dan mendesak tentang 1MDB malahan sanggup memerah otak untuk memutarbelitkan soalan agar dia kelihatan benar dan betul manakala 1MDB (baca: Najib) pula adalah salah dan perlu dihukum.

Malahan tuduhan yang dia telah merompak RM150 bilion daripada wang negara juga tidak pernah dijawab (RUJUK SINI). Orang-orangnya juga tidak pernah diberikan kebenaran menjawab. Selagi boleh mereka cuba memekakkan telinga dan berusaha menjadikan tuduhan-tuduhan tersebut sebagai tidak wujud.


Pengungkitan jasa Mahathir kepada negara yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya tak ubah seperti membandingkan jasa Ayah Pin membina teko gergasi dan Mahathir yang berbangga dengan KLCC.

Sekarang, puak PROTUNS sedang mempersoalkan hutang 1MDB yang akan dibayar oleh rakyat. Penjelasan telah pun diberikan oleh Arul dan 1MDB tetapi nampaknya penjelasan tentang hal tersebut, tidak begitu menarik. Mungkin tulisannya dalam Bahasa Inggeris dan penuh dengan istilah-istilah teknikal dan kewangan membuatkan kebengapan mereka, sukar memahami maksud penjelasan berkenaan. (RUJUK SINI)

Contoh termudah ialah, apakah bayaran yang perlu ditanggung oleh rakyat dari tempoh 22 tahun pentadbiran negara yang dikatakan berada di puncak?

Adakah bayaran-bayaran dan penanggungan kos tersebut telah selesai atau rakyat perlu terus membayarnya secara tidak mereka sedari, manakala pentadbiran baru pula berusaha menyingkatkannya dengan mengawal tamak haloba pihak pemegang konsesi menerusi rejim pengurusan kewangan baru?

Atau rakyat masih terpengaruh dengan nilai-nilai sentimental yang sebenarnya tidak memberikan sebarang keuntungan kepada mereka pun, sepertimana dalam kes KLCC dan Menara Berkembar Petronas yang dibangga-banggakan?

Apa yang dinyatakan ini seolah-olah mengimbau kembali peristiwa yang hampir serupa pernah berlaku pada tahun 1989 yang mana pada ketika itu syarikat Seri Kuda  Sdn Bhd yang baru ditubuhkan (30 January 1989) telah membeli sebidang tanah milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta. 


2. Sekiranya pada zaman pemerintahan Najib Razak, perancangan bagi projek "Greater KL" diperkenalkan di zaman Tun Mahathir pula projek "Kuala Lumpur City Center" menjadi salah satu projek besar yang dirancang mantan Perdana Menteri itu. Bagi merelisasikan perancangan itu, tapak tanah bagi tujuan pembangunan projek “Kuala Lumpur City Center” perlu diambil alih dari pemilik tanah iaitu STC.



3. Tanah milik STC kemudian dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang kemudiannya membuat permohonan untuk memindah status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Hal ini dilaporkan majalah Far Eastern Economic Review (13/6/91) dan Investor Digest keluaran Julai 1992.  Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak.



4. Akhbar Straits Times, pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar pada 18 Ogos 1989, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu.  Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula-mula ditubuhkan.  Beliau dikenali sebagai salah seorang sabahat karib kepada Perdana Menteri pada ketika itu , Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negara (1982-1987) dan Petronas.



5. Sehingga pada tahun 1991, nama Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah dari STC pada tahun 1989 . Adakah pembelian 39 hektar tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya bagi menambahkan kekayaan sahabat baik Perdana Menteri pada ketika itu ? Seperti yang dilaporkan akhbar New Straits Times pada 18/6/91 , Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Seri Kuda . Dianggarkan jumlah 51% kepentingan itu adalah sebanyak RM600 juta. Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49% kepentingan dalam KLCC Holdings Bhd dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion .



6. Garis masa penceritaan di atas menunjukkan bagaimana seorang sabahat baik mantan Perdana Menteri Malaysia berjaya melipat gandakan lagi kekayaan beliau dengan hanya bermula dengan sedikit pelaburan dalam pembelian tanah yang mungkin dibuat secara paksa rela.  Pembangunan “Kuala Lumpur City Center” berjaya dilakukan kerana tiada unsur-unsur SABOTAJ dalaman seperti yang cuba dilakukan dengan projek “Greater KL” melalui 1MDB . Apa yang membezakan 1MDB dan Seri Kuda Sdn Bhd ialah 1MDB adalah syarikat milikan kerajaan manakala Seri Kuda Sdn Bhd pula adalah milikan sahabat baik ketua kerajaan. Sekiranya tiada unsur-unsur SABOTAJ ini , tidak mustahil sebuah lagi mercu tanda di Kuala Lumpur akan wujud dan mampu menarik lebih banyak pelaburan luar negara . Malangnya ini tidak berlaku kerana bak kata mantan Perdana Menteri …

“MELAYU MUDAH LUPA … “ (RUJUK SINI)



24 comments:

Anonymous said...

Tetapi tak adalah projek Tun Dr. Mahathir ni jadi macam 1MDB, maju jaya dan tidak membebankan rakyat dengan GST pun, malahan boleh berterusan memberikan subsidi kepada rakyat serta merancakkan ekonomi Malaysia terutama dalam sektor industri.

1MDB pula lingkup punah ranah, harta negara tergadai ke negara asing, tak cukup dengan tu rakyat dicekik dengan GST, kenaikan kos sara hidup, pelabur asing pun lari ke negara jiran sebab kos operasi mendadak naik, ekonomi Malaysia merudum teruk.

Inilah beza pemikiran Tun Dr. Mahathir dengan Najib dan kuncu-kuncu, Tun Dr. Mahathir berusaha membangunkan Malaysia, Najib pula berusaha untuk kuatkan diri dalam parti hingga menyusahkan rakyat.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Malahan tuduhan yang dia telah merompak RM150 bilion daripada wang negara juga tidak pernah dijawab (RUJUK SINI). Orang-orangnya juga tidak pernah diberikan kebenaran menjawab. Selagi boleh mereka cuba memekakkan telinga dan berusaha menjadikan tuduhan-tuduhan tersebut sebagai tidak wujud.

Tu flyingkick kata kat atas..

Walau pelbagai tuduhan..tapi Tun Mahathir tak pulak di sumbat dalam jel?' Setakat cakap macam org baru makan dedak..nak tuduh tun rompak duit..haha..

Aku sokong pak abu cakap kat atas..

Tunggu je la prk sungai burung dan k kangsar..

Tgk sapa kuat..tun mahathir or najib

Anonymous said...

Assalam Bro,Tun M buat projek menguntungkan rakyat TETAPI Najib buat projek menguntungkan siapa ? Harta negara dah hampir pupus semata-mata nak bayar hutang ! Projek-projek yang dilaksanakan Tun M walaupun membebankan rakyat tetapi nampak hasilnya TETAPI 1MDB kabur,tambah lagi GST.....Ingat tak Mat Maslan pernah berjanji bahawa harga barang akan turun bila GST dilaksanakan ! Sekarang ni harga barang tak turun tapi makin naik ! Bengong punya punya Najib ....

Anonymous said...

Kalau ada bukti penyelewengan tun m semasa ppemerintahan selama 22 tahun,sila bawa ke mahkamah. Jgnn sembang je kencang. Yg nyata si Najib penyamun melingkupknn negara.

Anonymous said...

saudara penulis blog...
ya...zaman tun m memang dia banyak bail out syarikat lain..tetapi adakah memberi kesan besar kepada negara dan rakyat..berbeza dgn 1MDB..dalam tempoh tak sampai 10 tahun, hutang dah 50 billion..interest setahun dah 2.7b...dan saudara penulis blog yang pandai mesti tahu bahawa lebih 5b adalah dibawah jaminan kerajaan..at least tun m tukar dari tpt judi lumba kuda kepada bangunan mercu tanda negara..siap ada masjid lg..lagi pun pe sumbangan 1MDB kepada negara? itu org dok bising..bukan masalah sokong membabi buta kepada tun m..kita lalui zaman yang sukar sekarang ni..dengan harga minyak mentah jatuh, dengan kos sara hidup yang tinggi..pendapatan kerajaan dah kurang..dengan 1MDB lg..dengan kepandaian PM mendapat derma ke akaun bank sendiri lg..maaf le saya tak pandai macam tuan penulis blog..mesti tuan salah sorang yang hadir jumpa "tengku" nan dulu kan..x pe le..dapat dedak..kami dapat gst je..

Anonymous said...

Setelah 20 tahun terdiri tegaknya KLCC dan merupakan kejayaannya yang tidak dapat dinafikan sesiapa. Kenapa ada yang boleh menulis satu artikel yang membandingkan teko ayah pin dgn KLCC. Janganlah jadi seperti pak pandir, asalkan dapat menulis, tulis apa saja walaupun nampak sangat kebodohan diri sendiri. Saya sendiri pernah terlibat secara langsung dengan pembinaan KLCC dan penyelengaraannya. Saya tidak nampak di mana silapnya pembinaan KLCC ni, malah setelah 20 tahun, segala kosnya telah mendapat pulangannya. Bangunan tersebut sudahpun seperti berdiri dengan sendirinya tanpa sebarang kos. Cubalah selidik pasal projek yang bermasalah seperti 1MDB cukuplah. Setakat itu saja tahap IQ yang boleh difikirkan oleh individu seperti ini. Baru-baru ni, Najib menyalahkan kegagalan melakukan IPO yang mengakibatkan masalah kepada 1MDB. Sekiranya 1MDB berjaya diapungkan, siapa yang sebenarnya akan menanggung segala kerugian 1MDB, EPF, LUTH, LTAT dan pelabur-pelabur. Perkara yang sama telah berlaku dalam saha, FGV dimana telah diapungkan jauh melebihi harga pasaran. Akibatnya, walaupun selepas diskaun 70%, tiada yang sanggup untuk membelinya. Yang menjadi mangsa adalah dana tabungan rakyat dan peneroka sendiri. Fikir-fikirkan lah. Jangan sampai suatu hari orang akan melihat bahawa bangsa Melayu tidak layak untuk menjadi pemimpin.

Anonymous said...

Najib tu memang bodoh, so tak hairan lah pemakan dedaknya pun sangat rendah iQ nya. Setelah 20 tahun, semua kos KLCC sudah balik modal. Bangunan tu dah jadi free pun sekarang ni. Kenapa tak bandingkan KLCC dengan 1MDB pulak?

Cik Minah said...

Gabenor Bank Negara sudah buat ledakan Bom Atom!!!!!
Kerajaan akan menanggong semua hutan 1MDB bernilai
RM55 BILLION dengan faedahnya setiap tahun 2.7 billion
(tahun 2015) sekarang mungkin 4 jadi billion dengan nilai
matawang Malaysia yang jatuh jadi RM4.00 to USD.
1MDB perniagaan BULUH KASAP.
Kerajaan @ RAKYAT kena tanggong BIAWAK HIDUP.
Memang tak boleh dibandingkan dengan BailOut zaman Tun Det.
Bailout berjaya menyelamatkan banyak syarikat dari tutup kedai
dan menjadikan Malysia muflis terus,terperangkap kepada IMF.
US pun banyak bailout bank-bankNYA dalam tahun 2008
untuk mengelakkan bank-bank itu tutup dan rakyat menderita.
BUSH CAP BANYAK DUIT USD untuk BAILOUT sampai Tun Det
komen - itu duit kertas Zaman Jepun!
Bahkan KOREA,JEPUN dan Thailand pun bailout banyak
syarikat yang menghadapi masalah kewangan ketika penyangak
matawang menyerang dalam tahun 1996-7 dulu.
Nasib baik Tun Det memperkenalkan Capital Control yang
menyebabkan IMF terpaksa jadi lebih flexsible ke atas
negeri-negeri yang membuat pinjaman daripadanya.

Blog ni tak mahu pulak bukak satu topik pasal kerajaan
@ KITA, rakyat kena menanggong BIAWAK HIDUP ni.
Bahkan semua BLOG PRO NAJIB senyap 10000 bahasa!!!!!
Sibuk pasal banglo Lim Guan Eng dan belanja
buat kertas kerja jambatan Pulau Pinang.
Semua benda tu tak melibatkan GST.
Kerajaan kena bayar hutang 55 BILION ni memungkinkan
GST dinaikkan lagi.
Entah-entah menjelang 2020 dah jadi 13%!!!!!
So, berjaga-jagalah ya.
Bukan ProTun saja yang kena tanggong.
KITA SEMUA KENA TANGGONG SAMPAI KE CUCU CICIT.

Anonymous said...

Penulis sy rasa hati kamu ni hitam legam krn mungkin dah byk termakan duit haram yg disumbangkan oleh najib. Sungguh teruk penghinaan u kpd seorg negarawan yg berjuang untuk kebaikan bangsa,agama Dan negara. Tdm sedang berjuang utk jatuhkan najib seorg pemimpin yg rasuah. Kamu adalah penyokong rasuah. Sy doakan semoga Allah menarik balik nikmat tangan Dan Mata yg diberikan kpd kamu spy kamu tidak dpt menggunakannya utk kerja2 yg hina seperti yg anda lakukan di dlm blog ini. Amin ya Allah.

Anonymous said...

Komen syok sendiri ke..??

Anonymous said...

Ni lagi sorang bahalol...

Anonymous said...

Kalau tak tau baik jangan komen.. Nampak sangat kau tu bahalol..

Anonymous said...

Ni komen isi yileeekk.. Sembang je lebeeehh...

Anonymous said...

Banyakkan membaca lagi.. Jangan tunjuk sangat bodoh nye kau ni kat sini..

Anonymous said...

Free...?? Kenapa la bahalol sangat kau ni..

Anonymous said...

Senang cakap....Tun Mahadey...buat itu buat ini rugi berbillion billion...bail out sana bail out ...waktu tu tak ada internet..tak ada whataap tak ada instragram...ke apa ke benda..yang canggih canggih...kalau orang cakap je..sikit Tun Mahadey tutup mulut diorang kat kamunting...AG dan..BPr semua Mahadey ikat...sorang pun tak boleh bersuara...pasal bangunan tu boleh lah penyokong kuat Mahadey...bersorak gegak gempita sebb bangunan tu dah lama ...dan Mahadey pun memerintah negara 22 tahun...tapi 1MDB...baru...lagi...sejak Pm Najib baru memrintah sebab nak kongsikan kekayaan dengan rakyat bukam macm Mahadey kongsi kekayaan dengan kroni...so sapa yang cakap Pm Najib bodoh ke apa ke....orang tu sebenarnya yang bodoh Pm najib perintah negara baru berapa tahun tapi...rakyat dah rasa pasal GST..memang patut pun sebab selama ni peniaga terutama Cina suka lari dari cukai...macam2 cara nak elak dari bayar cukai...so dengan GST....elaklah sangat....dan kutipan GSt tu akan berbalik untuk kepentingan rakyat juga akhirnya...contoh paling senang beri satu negara yang beri perkhidmatan kesihatan dengan harga RM 1.... Siap doktor check .beri ubat....cuba beri contoh...so sapa yang rasa terbeban dengan GST...ni pergilah cari negara yang tiada GST...dan juga pergilah cari negara yang semuanya dia nak terbaik tetapi nak percuma,.,ingat kita hidup masih di dunia...bukan syurga

Anonymous said...

agaknya dengan memaki najib dengan kata2 bodoh, menuduh mereka yang menyokong najib sebagai pemakan dedak yang IQnya rendah boleh menaikkan nilai keilmuan dan harga diri pihak protun? adakah harga diri, ketinggian ilmu dan nilai maruah dinilai oleh diri sendiri? berhati2 bila berbicara, bukan semua orang bodoh tu bodoh dan bukan semua orang yang perasan pandai tu pandai. begitu juga orang yang selalu membanggakan diri sebagai si ikhlas adalah benar2 ikhlas. saya juga kurang senang dengan lemparan kata2 hodoh dan buruk oleh pengkomen pronajib ketika membahas kelemahan pihak protun. saya faham, bila komen yang ditulis keluar dalam blog, maka akan terbit kegembiraan kerana tulisan boleh dibaca oleh orang lain. lebih2 lagi komen penghinaan juga terbit, maka seronok menjadi dua ronok, malah beronok2. tapi percayalah, gembira itu tidak berpanjangan sebenarnya. yang pasti pihak manapun yang menghina, jika tidak dimaafkan oleh orang yang dihina, dosa pasti menjadi bonus.

Anonymous said...

Penulisnya memang layak jadi pemakan dedak Najib sebab tahap pemikirannya memang setahap dengan Najib Razak. Malas nak komen lebih-lebih. Dari saat pembinaan KLCC hingga sekarang, tak perlu Tun M, aku sendiri bangga dengan KLCC. Ia pernah menjadi pejabat aku dari tahun Sep 1997 hingga Mac 2010. Kalau aku sendiri berbangga dengan bangunan ni, siapalah penulis blog yang bodoh ni nak mengutuk bangunan KLCC ni?

Anonymous said...

Penulis artikel yang bodoh dan banggang sudah naik minyak. Dah memang bodoh, tak guna otak tulis artikel pasal KLCC. Apakata penulis pi jumpa KLCC property dulu, korek tengok dulu untung ruginya. IPO Saham RM1.70 dah jadi RM7 sekarang ni. Blok D pun dah ditambah, bukan zaman tok det pun. Bukan macam FGV dari RM4.55 sudah jadi RM1.70. Buat kajian terperinci dulu sebelum tulis sebelum dipaparkan di internet. Kalau untuk bacaan sendiri, boleh tulis dan tampal kat bilik tidur sendiri saja.

Anonymous said...

meeeeeemang betul. buat bangunan tinggi. bina itu bena ini. cuma mampu tenguk jer la...rakyat dari kampung buat rombongan melawat ambil gambar jer....

Anonymous said...

Kau la yang bodoh.. Kerja menyalak jer..

Anonymous said...

Ade bukti ke duit tu duit haram..? Suka2 jer tabur fitnah.
Takut doa kau tu berbalik kat kau jer...busuknye hati kau.

Anonymous said...

Sembang bodoh la kau ni...

Anonymous said...

Aku rasa kau yang terlebih bodoh.. Sembang kencang kedai kopi boleh la.

top