Friday, May 27, 2016

AZWAN ALI KATA, ICU HOSPITAL KUALA LUMPUR MACAM GAMPANG DAN DOKTOR SERTA JURURAWATNYA LEBIH BANYAK MELANGUT!!!



#‎DUNIA_MENGIKTIRAF_DI_KALA_RAKYAT_MENGHINA‬

Saya dikirimkan printscreen ini oleh salah seorang sahabat saya. Beliau memohon saya memberi pencerahan berkenaan kenyataan saudara Azwan Ali.

Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Azwan Ali begitu marah hingga mengeluarkan kata2 sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar beliau dan masyarakat tidak tersilap faham.

Pertama sekali adalah berkenaan availability antivenom. Sememangnya antivenom cuma boleh diperolehi di hospital kerajaan sahaja. 3 buah hospital swasta terkenal di KL yang saya hubungi iaitu Prince Court Hospital, Gleanagles dan KPJ tidak menyimpan stok antivenom. Kesemua mereka apabila diaju soalan tentang ini telah menjawab mereka akan merujuk kes gigitan ular ke HKL atau hospital2 kerajaan yg berdekatan.

Demikian juga hospital swasta negeri2 lain. Mereka akan merujuk kes gigitan ular ke hospital yang mempunyai Pakar Kecemasan bagi tujuan perawatan lanjut. Jadi, sungguhpun anda memegang kad insurans yang mahal dan hebat2, jika anda dipatuk ular berbisa dan memerlukan antivenom, anda akan dirujuk ke hospital kerajaan yang anda tidak sukai ini juga.

Ini boleh difahami sebenarnya kerana antivenom adalah amat mahal harganya menjangkau ribuan ringgit. Sea snake antivenom misalannya berharga RM 13,500 sebotol). Jadi, tidak kos efektif bagi hospital swasta membeli ubat semahal ini yang amat jarang kes seumpamanya. Mereka menjalankan perniagaan dan perlu memikirkan pulangan yang berbaloi dengan modal.

Namun, kerajaan Malaysia memikirkan tentang kebajikan rakyat. Ke mana lagi mereka boleg pergi utk rawatan bagi kes2 seperti ini. Stok2 antivenom dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan dibekalkan di hospital2 yang mempunyai kepakaran untuk menguruskan sakit berkenaan.

Semua harus faham bahawa tidak semua kes gigitan ular memerlukan rawatan antivenom. Hanya 18 dari 40 spesies ular darat di Malaysia adalah berbisa. Malah sekalipun kita digigit oleh spesies ular berbisa tidak semestinya kita memerlukan antivenom kerana majoriti gigitan ular adalah dry bites (patuk dan lari tanpa dos lethal bisa ular masuk ke badan).

Jika setiap klinik hendak dibekalkan stok antivenom, ini sudah tentulah merupakan satu ketirisan kerana ada kawasan2 tertentu yang mungkin hanya mempunyai kes gigitan ular 5 tahun sekali. Takkan nak biar antivenom yang mahal seperti itu terperam macam pekasam hingga expired?
Oleh itu kami ada mekanisme pengagihan antivenom berdasarkan keperluan yang sudah dikaji dan diteliti.

Keduanya, sekiranya perlu diberikan antivenom, ia mestilah keputusan yang dilakukan oleh doktor pakar kecemasan setelah menilai keadaan pesakit. Antivenom perlu diberi di bawah monitoring yang rapi. Ia hanya dilakukan di zon merah jabatan kecemasan. Klinik2 kerajaan tidak ada fasiliti ini dan bukan merupakan tempat yang sesuai untuk rawatan antivenom ini diberikan. Pelbagai perkara boleh berlaku seperti kemerosotan keadaan pesakit yang memerlukan intervention segera seperti intubation dan bantuan pernafasan. Disebabkan inilah, rawatan antivenom hanya boleh diberi di fasiliti yang mempunyai kelengkapan merawat pesakit kritikal iaitu di zon kritikal Jabatan Kecemasan.

Saya kurang faham kenapa ICU HKL dikaitkan dengan perkara ini. Tidak semua kes gigitan ular yang memerlukan antivenom perlu dirawat di ICU. Majoriti dirawat di jabatan kecemasan dan wad biasa sahaja melainkan mereka memerlukan bantuan pernafasan. Jadi mengapa ICU HKL pula dimangsakan dan dimarahi. Ini adalah tidak adil bagi mereka.

ICU HKL adalah merupakan ICU terbesar dan terbaik di negara kita. Tidak ada hospital swasta atau hospital kerajaan lain yang berani mendabik dada mereka lebih hebat dari ICU HKL. Para pakar2 seluruh negara termasuk di swasta amat menghormati HKL kerana para sifu, otai , mahaguru segala disiplin bermastautin di sana.

Kehebatan HKL ini diiktiraf hatta ketika lawatan Presiden Obama. Pasukan perubatan Presiden Obama telah melakukan tinjauan berkali2 selama berbulan2 sebelum lawatan Presiden Obama. Mereka mencari hospital terbaik yg boleh merawat Presiden mereka jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Segala aspek ditinjau terutamanya aspek kepakaran, availability multidisiplin, fasiliti dan kelengkapan dan sebagainya. Tinjauan turut dilakukan di hospital2 swasta yang berdekatan. Akhirnya mereka memilih HKL sebagai hospital yang akan merawat Presiden Obama. Keputusan mencerminkan kualiti dan standard HKL.

Jadi amat lucu dan tidak patut bagi staf dan doktor2 ICU HKL dimarahi hingga hendak diludah seperti ini. HKL adalah centre of excellence dengan pelbagai pencapaian antarabangsa. Terbaru, HKL telah memenangi anugerah bertaraf dunia Best Hospital Brand Award 2016 mengalahkan semua hospital lain termasuk hospital swasta bagi kategori Healthcare yang dipilih oleh Global Brands Magazine UK!

Perkhidmatan kesihatan kita juga dinilai sebagai no 3 terbaik di dunia oleh tinjauan International Living di Amerika Syarikat. Kita hanya di belakang Perancis dan Uruguay sahaja.

Saya hairan dengan mentaliti rakyat kita dewasa ini. Baru beberapa hari lepas doktor HKL dimaki sebagai babi. Kini ini pula.
Ludah dan makilah HKL dan petugasnya wahai rakyat di kala dunia mengiktiraf HKL dan perkhidmatan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia.

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Kecemasan dan Trauma


6 comments:

Anonymous said...

Kalau kaldai2 yg maki usah ambil pusing lah..kan kaldai2 katakan..

Johan said...

Dia tu Bukankah 'gila'...atau 'sewel'.

megat panjialam said...

Apa kelas assMin jadi MB, hanya setaraf aku je. Bezanya assmin belaan anwar dan lantikan atas konspirasi langkah kajang yang gagak

FIFI HIFZHAN said...

Setuju..klu dia kena patuk..kita gali je kubur utk dia..tp ada ke ular nak patuk..ular pun gli nak patuk dia..awww

Anonymous said...

Hekelehhhhhh......buat pe dilayan org gile meroyan.....hentah2 nnt terjadi ANU dia kena pagut mcm tu,(itu pun klu ada ANU lah kannnnn...) biar kan saja dia kat spital swasta kebanggaan nya tu, abg dia kan banyak duit.

Anonymous said...

Toksah dilayan bapok tua ni. Elok kena telan ular sawa lagi bagus dia tu...

top