Friday, May 6, 2016

BIJAK PANDAI FB/INTERNET MALAYSIA BUAT TEORI, HELIKOPTER DINAIKI NORIAH KASNON, DITAWAN LANUN KIRAM!!!



Dengan berita mutakhir yang dihebahkan kepada awam ialah, penafian Ketua Polis Sri Aman berhubung dakwaan helikopter 'yang hilang' itu mendarat di Sri Aman, selepas itu, tiada sebarang maklumat terbaharu berhubung kehilangan helikopter berkenaan bersama-sama para penumpang dan juruterbangnya.

Kerajaan bagaimanapun telah menggerakkan pasukan SAR ke kawasan-kawasan yang dijangka menjadi lokasi terakhir helikopter tersebut. PDRM dan ATM turut bergabung melakukan SAR di kawasan-kawasan tersebut, tidak termasuk bantuan daripada beberapa agensi lain.

Sesuatu yang menarik tentang rakyat Malaysia ialah kepantasan mereka membuat pelbagai teori yang amat menakjubkan.


Selain daripada teori-teori standard yang hanya bermodalkan Internet dan Google, sebilangan rakyat Malaysia yang cukup berkenan dengan teori konspirasi, sudah pun mengeluarkanya sebagai cara untuk menunjukkan betapa BANGANGNYA Kerajaan Malaysia kerana tidak mengambil mereka bekerja teruta dalam bidang SAR.

Mac 2016, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mendedahkan yang Panglima-Panglima lanun Kiram bersama para pengikut mereka sudah pun berada di kesemua DUN di Sabah.

Kiram telah berjanji akan menakluk dan menjajah Sabah walau dengan apa cara sekalipun, sekaligus membuatkan mereka telah menyerang Lahad Datu dan Semporna tidak lama sebelum itu. Bagaimanapun,berhadapan dengan tentera Malaysia, mereka musnah dalam tempoh yang singkat.


Bagaimanapun, telah diketahui bahawa Kiram dan Suluk tidak melupakan dendam mereka. Keinginan mereka untuk menawan atau menculik sekurang-kurangnya seorang anggota kabinet, bukannya satu ancaman yang perlu dipandang remeh.

Namun apabila diukur lokasi dan tempat yang menjadi sasaran Kiram dengan lokasi helikopter tersebut dilaporkan hilang, teori tersebut langsung tidak boleh dipakai. Namun, si pembuat teori tidak peduli dengan kelogikan atau sebaliknya kerana mereka hanya mahu mengeluarkan sesuatu yang bersifat sensasi dan sesuatu yang boleh mengangkat dagu mereka.

Namun yang paling menarik sepanjang tempoh 12 jam ini ialah, bagaimana TUDM dan ATM mula dipersoalkan integriti dan keupayaan untuk mempertahankan negara ini. Kehilangan sebuah helikopter yang membawa VIP sekali lagi menunjukkan kelemahan TUDM dan ATM serta agensi-agensi berkaitan amaran awal penerbangan berfungsi.


Heh, hebat rakyat Malaysia ini!!!

Mereka mempunyai seribu satu macam teori yang hebat-hebat yang langsung tidak boleh dijangkakan oleh orang lain, tetapi pada masa yang sama, ia kekallah sebagai cakap-cakap sahaja kerana dalam kebanyakan masa, kesemua teori berkenaan hanyalah satu penipuan perasaan semata-mata!!!


3 comments:

Anonymous said...

ni apa yg kau merepek tak tentu pasal ni???

Anonymous said...

Memang merapu pun.

Anonymous said...

Ramai sudah qualified " NUJUM PAK BELALANG".

top