Friday, May 20, 2016

BILA MASA KAU BUAT PROPOSAL JAMBATAN PULAU PINANG KETIGA, GUAN ENG OII!!! MENIPU AJERLAH KERJA KAU!!!



Menteri Kerja Raya Fadilah Yusof menyatakan kehairanan berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini kononnya Kerajaan Persekutuan telah menolak atau menyusahkan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pembinaan Jambatan Pulau Pinang ketiga. 

Guan Eng mendakwa, faktor itulah yang menyebabkan Kerajaan Negeri memutuskan untuk meneruskan cadangan pembinaan terowong bawah tanah sejauh 7.2 kilometer sebagai sebahagian daripada Penang Transport Master Plan bagi memenuhi keperluan pada masa hadapan untuk pulau tersebut. 

"Saya telah memeriksa di kementerian saya dan mendapati tiada sebarang permohonan, cadangan malahan perbincangan dengan kami untuk membina Jambatan Pulau Pinang Ketiga.

"Tiada juga sebarang rekod tentang permohonan atau perbincangan dengan kami tentang projek terowong bawah laut, yang mana ia juga memerlukan beberapa kelulusan daripada kementerian saya sebelum pembinaannya atau pembukaannya kepada trafik."

Fadillah berharap Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan menjelaskan kepada Kementerian Kerja Raya bila permintaan tersebut dibuat dan bila pula Kementerian Kerja Raya menolak permohonan untuk Jambatan Ketiga Pulau Pinang itu.

"Saya lebih berminat sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyelesaikan masalah dalaman politik Pakatan atau skandal-skandal lain dan tidak sesekali mencuba atau menggunakan Kerajaan Persekutuan sebagai alasan," kata Fadillah dalam satu kenyataan hari ini. 

Terowong bawah laut bertol itu akan dibina dari Gurney Drive di bahagian pulau ke Bagan Ajam di tanah besar. Kerja-kerja tersebut telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith-BUCG pada tahun 2013. 

Konsortium tersebut adalah usahasama antara Zenith Construction Sdn. Bhd dan China Railway Construction Co Ltd, bersama-sama dengan Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd dan Juteras Sdn. Bhd.

SUMBER


4 comments:

Anonymous said...

Kalau penang cadang, kerajaan pusat sokong ke ? Tak mungkinkan. Jadi cerita pun tak guna. Bergaduh jelah. Dulu rahman dahlan dan sekarang fadhilah pulak. Bilalah sudahnya. Susah rakyat ni semua ketepikan dulu. Politik jelah sampai pilihanraya.

Anonymous said...

Heran aku..biar la nak buat terowong ke apa..kenapa kita terlampau sibuk dgn dap di penang?

Anonymous said...

LGE mengigau dalam tidur dia di rumah banglo yang di beli dengan harga "durian runtuh". Esok dia akan cakap dia berjenaka atau dia akan cakap pegawai dia akan tunjuk surat resmi. Atau di akan ajak debate kesahihan dia pernah buat cadangan.

adlan aini said...

Haha.. Khalifah puak pakatan..

top