Sunday, May 8, 2016

CUCU DERHAKA, AZIZ ISA SANGAT KECEWA KERANA KALAH DI BATU KITANG, DESAK CALON BN BERTERIMA KASIH KEPADA NENEKNYA!!!



Antara yang cuba diberikan perhatian oleh DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini ialah 'kemunculan' Aziz Isa, pecacai tegar Chong Chien Jien yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak sebagai calon di DUN yang baru ditubuhkan iaitu DUN Batu Kitang. 

Gambarannya sangat hebat seolah-olah Aziz Isa adalah figura keramat dalam masyarakat Melayu Sarawak walaupun sebenarnya lebih ramai yang memendam perasaan ingin meludah dan mengkahakkan mukanya berbanding bersalaman dan bertukar-tukar senyuman dengan Aziz Isa. 

Punca perhatian itu diberikan kepada Aziz Isa, bukannya susah sangat. Aziz Isa adalah satu-satunya calon Melayu yang mampu DAP ketengahkan walaupun DAP mendabik dada kononnya mereka tidak mengamalkan perkauman. 

Kalau benar Aziz Isa hendak dinaikkan dalam hierarki DAP Sarawak, bukan DUN Batu Kitang yang menempatkannya, sebaliknya kawasan-kawasan selamat DAP seperti Padungan, Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan mahupun Pujut.

Walau bagaimanapun, DAP tidak berminat dengan Aziz Isa. Dia hanyalah bidak yang dipertaruhkan untuk membuktikan bahawa Bumiputera Sarawak boleh dibelai, disekeh dan disuruh menggigit tulang babi sambil mengangkat kaki sebelah seperti yang dilakukan oleh Aziz Isa. 

Kekalahan Aziz Isa di Batu Kitang sudah dijangkakan dari awal. Tidak sahaja kerana dia tidak mempunyai sebarang harapan terutama dengan taktik zaman TOK NADO' ALA-SEMENANJUNG yang tidak lagi digunakan iaitu menyemaikan kebencian dan ucapan berkobar-kobar yang diisi dengan kejian dan cercaan ke atas lawan.

Jelas, Abdul Aziz Isa yang mengidamkan kerusi Ketua Menteri Sarawak, begitu kecewa dengan kekalahannya sehinggakan mendesak Barisan Nasional berterima kasih kepada neneknya kerana telah berjaya mengalahkannya di Batu Kitang. 

Aziz juga mengucapkan tahniah kepada calon BN yang dihinanya sebelum itu iaitu Lo Khere Chiang kerana berjaya memenangi pertandingan Batu Kitang tetapi kemudian mengingatkan bahawa sokongan daripada neneknya, Mazuyin Abdul Manan yang membolehkan Lo Khere Chiang menang.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada nenek saya kerana membantu Lo menang."

Lo berjaya memperolehi 6,494 undi berbanding Aziz yang mendapat 4,628 undi dan calon PKR, Voon Shiak Ni yang memperolehi 889 undi sahaja.

4 comments:

Anonymous said...

Ini budak masih mumayyiz. ..

Anonymous said...

Budak ingusan macai komunis.. elok nenek ko tu lempang je muka ko skali bior sedar sket... puiii

Anonymous said...

Pandai la kau..cakap cucu derhaka..kalau org chop kau derhaka pada opah kau nak?

Dia nak dap ke itu dia punya pasal.
Kau nak hentam dia aku setuju tapi bukan cakap dia derhaka..jangan melalut tak tentu pasal..

Sejak 2 menjak ni..kau dah banyak berubah kau fying kick...melalut...

Anonymous said...

Anon 11.36 dia sayang nenek dia tu sbb tu dia ckp mcm tu kat nenek dia kan anon 11.36...xse pun persoal dia nak kwn dap ke apa yg diaoal ialah sikap dia kat nenek dia..lg satu cara dia yg kasar maki hamun tu teruk sgt..bin malukan diri dia je dap pun malu klu dap ada perasaan la..

top