Sunday, May 8, 2016

FAKTA NYATA, SANGGAH DAN LAWAN SAJA MAHATHIR, BARISAN NASIONAL AKAN MENANG BESAR SEPERTI PRN SARAWAK!!!



Suatu ketika dahulu, pada ketika kemarahan semakin tidak terbendung dek perbuatan dan gelagat seorang tua renta yang masih tidak sedar diri dan masih menyibukkan diri untuk menjaga kepentingan kaum kroni dan keluarganya dalam politik Malaysia, beberapa pihak memberitahu,

"Biarkan sahaja orang tua itu meroyan... dia sudah tidak punya kuasa sekarang. Dia hanya boleh menyalak. Dia hanya bercakap tentang kepentingan negara. Dia tidak ada apa-apa kepentingan. Dia hanya mahukan UMNO dan Barisan Nasional menang pada PRU akan datang."

Bagi yang buta, bengong dan sememangnya bodoh abadi, tidak akan melihat kesan daripada perbuatannya bersama-sama konco-konconya walaupun mereka memberi alasan kononnya untuk menyelamatkan negara.

Si bangkrap yang kelam-kabut untuk mengambil hati si isteri setelah rumah hadiahnya disita dan dilelong, nak selamatkan negara?

Si bankrap yang gila babi mengambil gambar sendiri di hadapan mana-mana lokasi yang dirasakan dapat menyokong pembohongannya yang mahu selamatkan negara?

Si bangkrap yang berlagak konon-kononnya semua pihak berkuasa dunia mengenalinya dan mahu mendapat maklumat darinya dan dialah yang akan menyelamatkan Malaysia?

Atau segerombolan konspirator di dalam UMNO yang berjawatan serta menggunakan jawatan mereka untuk mempengaruhi ahli-ahli UMNO agar melakukan penentangan dan pemberontakan yang menyaksikan kudeta kuasa diwujudkan agar kawalan ke atas negara ini oleh seorang yang bergelar BEKAS PERDANA MENTERI terus berlangsung?

Ini bukan lagi tahun 2005 dan bukan lagi tahun 2008. Ini adalah tahun 2016. Semakin banyak disuapkan dengan pelbagai cerita buruk dan retorik perjuangan sedangkan yang berlagak sebagai pejuang itu sendiri tidak ubah seperti LINTAH DARAT DAN LINTAH SUNGAI yang kerjanya menyedut darah tidak henti-henti, semakin banyak jugalah rahsia yang selama ini terpendam, terbongkar satu persatu.

Hilang hormat menyebabkan semakin banyak sanggahan dibuat ke atas Tun Dr. Mahathir. Masa-masa gemilangnya menikmati sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli-ahli UMNO, sudah tamat. Mahathir dan anaknya, Mukhriz Mahathir yang buta kayu dalam serba-serbi tetapi perasan diva, perlu melihat kedudukan mereka dari sudut 'orang kalah'.

Kecewa kerana keputusan PRN Sarawak berbeza dan jauh meleset daripada jangkaan dan harapan mereka, penjilat tegar seperti Zainuddin Maidin menyatakan ujian sebenar Najib adalah PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

Seperti biasa, cliche ayatnya ialah, "kalau menang, Najib akan disanjung tapi kalau kalah, Najib sedang berhadapan dengan tentangan besar dan Najib perlu letak jawatan."

Malang bekas Menteri Penerangan yang pernah memalukan Malaysia kerana ilmunya yang tidak cukup, dia tidak dapat melihat sudut yang lebih besar kerana 82 kerusi DUN di Sarawak adalah cukup haul dan hisab untuk dipertandingkan semula. Manakala 222 kerusi Parlimen Malaysia, masih mempunyai masa yang panjang untuk diperbaiki dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk dibazirkan bagi mengadakan satu lagi pilihanraya semata-mata untuk memenuhi kehendak tekak Pro-Tun.

Keyakinan mereka bahawa nasib Najib akan berbeza sama sekali, samalah seperti keyakinan para pemuja Anwar Ibrahim pada tahun 1999 dahulu, terutama setelah PAS bersetuju untuk berganding dalam usaha menumbangkan Mahathir dan kerajaannya. Keyakinan tersebut bertambah cerah apabila DAP juga menyatakan persetujuan dan satu pakatan longgar dibentuk antara ketiga-tiga parti tersebut.

Namun hasil pilihanraya 1999 menunjukkan taktik dan teknikal, terutama sekali penggunaan Dong Zhong dan Suqui oleh Mahathir bagi mendapatkan undi Cina untuk mengekalkan kerajaannya, jauh lebih berkesan berbanding emosi dan persepsi.

Mahathir yang sudah hampir jatuh, tidak berani muncul di tempat-tempat awam sepanjang era Reformasi, tidak pernah lagi turun padang kerana dikhuatiri serangan curi apatah lagi wujud sumpah untuk membunuhnya daripada sebuah kumpulan militan yang menyaksikan satu operasi penangkapan ahli-ahli kumpulan tersebut di bawah ISA, turut melibatkan anak lelaki Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Kedudukan Najib berbanding Mahathir pada tempoh yang sama, jauh berbeza. Mahathir benar-benar bergantung kepada pemanipulasian undang-undang untuk terus berkuasa dan kekal sebagai Perdana Menteri sebelum jawatan tersebut diserahkan kepada Abdullah Badawi.

Sedangkan Najib pula secara diam-diam, membiarkan sokongan kepadanya wujud dalam bentuk tulen dan semulajadi, bentuk rakyat, dan bentuk fizikal, bukannya berbentuk kekerasan, ugutan dan ancaman seperti yang dilakukan oleh Mahathir.

Kesan dan pengaruh buruk Mahathir pada tahun 2001, menyebabkan penurunan majoriti penguasaan buat kali pertama dalam sejarah DUN Sarawak selepas krisis Taib-Abdul Rahman pada tahun 1987. Kemerosotan tersebut menjadi lebih nyata pada tahun 2006 apabila beberapa tokoh utama parti-parti gembelengan Barisan Nasional Sarawak, tertiarap di tangan anak-anak muda yang baru sahaja masuk politik. Keadaan lebih memuncak pada tahun 2011 apabila DAP berjaya menguasai 12 kerusi DUN walaupun pada tahun 2016, penguasaan mereka dikurangkan kepada 5 kerusi DUN walaupun jumlah kerusi DUN Sarawak telah bertambah menjadi 82 kerusi.

Ternyatalah, MENENTANG DAN MENYANGGAH MAHATHIR akan menambahkan sokongan kepada mana-mana pemimpin yang sedang memimpin.

Dalam kempen dan ceramahnya, Adenan Satem berulang-ulang kali, sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja kedatangan dan lawatannya ke Sarawak boleh dibilang dengan jari, bahkan bantuan dan peruntukan untuk rakyat Sarawak juga tidak pernah bertambah sehinggakan perlantikan Najiblah baru rakyat Sarawak dapat merealisasikan pemilikan sebatang lebuhraya tidak bertol yang dibina menggunakan prasarana pelaburan negara iaitu 1MDB dan Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.

Bukannya lebuh raya bertol yang konsensinya diperbaharui setiap tahun selama berdekad-dekad seperti yang dilakukan oleh Mahathir di Semenanjung!

Tiada sesiapa pun yang marahkan Adenan Satem ketika mengutuk Dr. Mahathir. Undi kepadanya tidak berkurangan sedikit pun, bahkan bertambah-tambah. Begitu juga ketika EMPANGAN BAKUN dan sedikit ceritanya dikuak, tidak sahaja mengundang kemarahan kepada Mahathir, sehinggakan Mahathir dan anaknya sendiri, Mukhriz, tidak berani ke Sarawak.

Jadi, teori kononnya menyanggah Mahathir dan konco-konconya tidak akan menambah undi UMNO dan Barisan Nasional, salah sama sekali. Disebabkan itulah, para penganut tegar Mahathirlisme cuba memenuhi nafsu mereka dengan gambaran dua lagi PRK di Semenanjung pula bagi membuktikan Mahathir lebih berkuasa dan berpengaruh berbanding Najib.

Sedangkan hakikatnya sekarang ialah, kuasa dan pengaruh Najib tidak bertambah turun, apatah lagi dengan pengiktirafan daripada badan-badan ekonomi, kewangan dan perbankan terhadap dasar fiskal dan kewangan-ekonomi Malaysia, menjadikan NAJIB LEBIH CERDIK DARIPADA MAHATHIR ketika menguruskan krisis ekonomi TANPA PERLU mengikat mana-mana matawang yang turut berhadapan dengan kenaikan atau penurunan nilai seperti juga Ringgit Malaysia.

Itulah sebabnya, para penganut Mahathirlisme yang tidak mampu lagi mencari hujah-hujah untuk membela TUHAN dan BERHALA mereka, hanya mampu menggunakan hujah 'DEDAK' bagi melepaskan kekecewaan kerana TUHAN dan BERHALA HIDUP MEREKA tidak lebih daripada bukti pembohongan tegar yang berjaya dilindungi dengan kisah-kisah keperwiraan dan nasionalisme korup!


22 comments:

Anonymous said...

one sided tak sentuh masaalah hutang billion
sapa nak bill out -
gst utk apa
negara lain ada gst tapi bukan utk byr hutang
kamu selalu keluar negara
kamu ada rasa nilai rm lemah ???
kuasa beli rm mengecut

kamu tau nilai rm takda permintaan di luar nak tukar jika rm hanya berapa tempat bolih kira

bila bermasaalah tidak guna nak menangkan org yg mencetus masaalah
Apa faedahnya
ada selesai masaalah ?
rational dalam bagi pandangan yg pencetus masaalah walaupun diri kita sendiri kita tak bolih berpihak keatas kita
42B apa yang kamu dapat lihat ?
hasilnya ?
mana ?
hasilnya Maka lahirlah anak sulung GST hasil benih onemdb
tun m jika tak nampak apa jasanya hanya orang yg tak dapat melihat yg tak nampak

dia lebih tau apa yg dihadapi kamu cuma dengar crita dari sebelah pihak
kesian tun m masa nak naikan najib kena maki mcm2 dlm internate dah naik pun kena
ini soal negara ada kamu faham- jgn kata org tak sebijak mana
jika diatas hasil tangan kiri kamu.....
setiap kementrian yg njib mentri apa jasa yg bolih kita sebut ???
you named it then i do CORRECTION ............

Anonymous said...

All PM's from northern are useless Prime Minister... let southern lead the country tahniah najib... next PM from Northern. .? Like father like son...all cronyism got prime land and all island sail away.. Malay only got BATU if northern lead the country as a Prime Minister...Like Pulau Batu Putih... northern sucks..

Anonymous said...

Jangan cakap besar...politik Sarawak tak sama dengan Semenanjung. Kita tengok nanti Prk Kuala Kangsar Dan Sungai Besar.

Anonymous said...

Kemenangan yang amat mahal bagi ahli 6 keluarga semananjung yang kehilangan Anak,Suami,Ibu,Ayah,Adik.
Hilang tempat bermanja menumpang kasih sayang hormat pelukkan karib berkawan sahabat untuk saorang peminpin berjiwa kedaerahan malah ti dak pernah akui kepentingan integerasi.Kemenangan berasaskan kepentingan sempit kenegerian-Negeri aku adalah untuk anak negeri.
Ya harga yang amat mahal.Harga ini di biyaiaii olih kepimpinan negara dari semananjung yaani Presiden dan Timbalan Presiden.
Harga tunai bagi 6 keluarga tetapi bayaran di hutang selama nya.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

Flying kick ni lahir tahun berapa ye?

Asaif Barkiya said...

Adalah di takuti,orang tua madey ni akan mengalami sindrom beragan dan jika sampai akhir hayat masih tidak mencapai hasrat super egonya,maka akan mengamuk sakan lah orang tua ini.

Anonymous said...

WELL SAID BRO!
PENJILAT MAHATHIRSM MENGHALALKAN CACI MAKI MALAH BERBAU BUNUH PD DSN.
TP MEREKA SGT MELENTING KLU KITA SANGGAH MAHATHIR DGN FAKTA PENYELEWENGAN LAMPAUNYA.

KITA DIANGGAP DERHAKA PD DEWA TUA INI.. DAN MESTI PATUH UTK JAYAKAN AGENDA JHT NYA.

TERUSKAN ARTIKEL MEMBONGKAR SI TUA MUNAFIK INI!

Anonymous said...

Hello The Flying Kick

Tolong maklumkan apa Jasa awak pada Negara sehingga awak begitu senang hati mengutuk Tun Mahathir. Awak defend lah PM Najib kesayangan awak dengan memberikan fakta-fakta dengan selengkap. Berikanlah hujah yang benar-benar bermanafaat untuk difahami yang dengan secara langsung Rakyat semua akan menghormati kembali PM Najib.

Anonymous said...

Amboi penulis sedapnya menulis mengutuk org Dan siap kata penyokong tdm anggap tdm tu tuhan Dan berhala hidup. Tdm tu hanya manusia seperti kami rakyat biasa sj,kami tidak memujanya tp kami sokong perjuangannya krn beliau dipihak yg benar. Kami menyokong tun krn kami setuju dgn dia. Kami percaya dgn bukti yg ada Dan sememangnya diakui oleh najib sendiri bhw 2.6 billion Dan 42juta memang masuk dlm akaun dia. Bglah alasan apapun atas kapasiti sebagai pemimpin dia tak berhak berbuat begitu,tambah2 lg buat2 senyap Dan tak mengaku pd mulanya.tp bl rakyat dah bising br mengaku. ITU memang jelas rasuah Dan penyamun duit rakyat wahai penulis,buta sgtkah matahati kamu wahai penulis?atau buat2 buta dek krn telah terima ideologi cash is king? Fikirlah Dan bertaubatlah cepat,awak tu blm tau lg blh hidup brp lama. Setiap hari anda dikejar oleh kematian,menyesal di akhirat sudah tak berguna wahai penulis...

Anonymous said...

Admin - pikirlah positive & ambil iktibar, kamu tu apa jasanya??

Anonymous said...

Ops lalang... siapa punya kerja ya?

Cik Minah said...

Kalau dah 100% yakin BN akan sapu bersih,
apa ditunggu lagi, BUATLAH PRU14 tahun ni juga.
Tak sabo rasanya nak memangkah.....hehehe

Anonymous said...

whahahahah....Cik Minah ni intelligen kato org jowo...dah kawen lom...nak masuk minang ni...jaga jaga cik minah ...kita dating ni hahahahhaa...Aku sokong 100%....

Buat lah PRU 14 tahun ni.......nengok langit tinggi ke rendah.

Anonymous said...


Sudahlah komen2 yang menghentam Dr Mahathir....... CERMINLAH diri kamu sendiri!!

Apakah sumbangan mu pada bangsa dan pada negara kamu. Kebanyakan semua tong kosong.

Satu dunia tahu seumbangan Dr Mahahtir bukan saja pada bangsa dan negara malah pada dunia Islam keseluruhannya. Hamba ALLAH ini lah PEJUANG Islam sebenar. Kutuk macam mana pun tak akan kurang pahala yang Allah telah sediakan untuknya malah setiap kutukan yang dilemparkan akan hanya menambah pahala beliau, Insya Allah. Allah sentiasa bersama orang yang benar dan ikhlas. Semuga Allah panjangkan umur dan beri beliau kesihatan agar dapat terus berjuang untuk kevbaikan dan kesejateraan rakyat.

Anonymous said...

Kau ingat malaysia ni atuk kau punya ke...? Suka2 je nak buat pru.. Kau ni Sekolah ke tak..?

Anonymous said...

Sembang la kau... Isi kosong..

Johan said...

At least Najib ngaku. Ada pernah yg pm atau chief-chief lain ngaku? Tak da kan.... Sampai kentut menanah pun tak ngaku punya...

Anonymous said...

Sembang kedai kopi la kau... Isi yileeekk...

Anonymous said...

ckp mcm budak tak sekolah ko ni..pesakit spital bahagia pun tahu bila setiap PRU di adakan,.puihhh

Anonymous said...

lu pulak apa sumbangan pd negara?

Anonymous said...

yer ke?

Anonymous said...

Blogger Asaif Barkiya said...
Adalah di takuti,orang tua madey ni akan mengalami sindrom beragan dan jika sampai akhir hayat masih tidak mencapai hasrat super egonya,maka akan mengamuk sakan lah orang tua ini


YOU DAH TAU NASIB YOU BESOK ?? Apakah lebih baik dari TunM ??

Ibadah meluas - Perjuangan ibadah juga cari nafkah ibadah juga
Duduk Lepak atas sejadah ALLAH Pun tak wajibkan sbb manusia hidup ada tugas , tanggung jawap dan keperluan
tun m beri peringatan penerangan itu pun ibadah memerangi penyelewengan yg membawa petaka pada negara ibadah yg tun lakukan utk semua umat
jika negara tak tenteram mcmana nak duduk dalam masjid tak aman ????
tulah berserban je kita anggap org tu alim mulia - dlm quran ada SEBUT YG ORG2 BERIMAN KAMU LIHAT CARA PAKAIAN YG DIA PAKAI ??TAKDA CUMA DISURUH TUTUP AURAT UTK LELAKI DAN WANITA

Setidak2nya lihatlah tun sebagai Ayah beri pandangan dan nasihat ini kamu maki2 esok jika kita ada umur kita akan rasa umur tua
najib jenis tak bolih ditegur
2 wartawan tegur dua dua kena hambat jika wartawan m'sia bukan hambat silap LOCked Up or penjara

top