Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 29, 2016

KAK MIDAH BAKAL MENYERTAI PRK PARLIMEN KUALA KANGSAR SEBAGAI CALON BEBAS?!!!



Desas-desus semakin bertiup kencang di Kuala Kangsar.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia merangkap bekas ADUN Sungai Rapat dan bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, yang telah dipecat dari UMNO beberapa bulan dahulu kerana tindak-tanduknya yang bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

UMNO dan PAS telah pun mengumumkan calon-calon mereka yang akan bertanding di PRK Kuala Kangsar merebut kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas pada awal Mei lalu. PAN yang digembar-gembur akan turut serta dalam perebutan tersebut, belum menamakan calon mereka sehinggalah hari Rabu minggu hadapan.

Hamidah Osman atau lebih dikenali sebagai Kak Midah dikatakan akan mencalonkan dirinya di Kuala Kangsar. Walaupun dilihat merupakan proksi Tun Mahathir di mana Kak Midah sendiri adalah penyokong kuat Tun Mahathir, bekas Exco Kanan Perak itu dilihat wajar untuk menguji kekuatan dan pengaruhnya di Kuala Kangsar.

Kak Midah kini tidak berparti. Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana perlembagaan atau peraturan parti. Kumpulan protun yang seringkali bercakap besar tentang sokongan rakyat kepada Mahathir untuk menggulingkan Najib bolehlah dipergunakan di Kuala Kangsar sebagai jentera parti.

Lagipun, sebagai bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Kak Midah tentu sekali tahu secara terperinci dengan taktik dan teknik yang digunakan oleh tulang belakang UMNO itu. Sekaligus memudahkan Kak Midah untuk mengadaptasi bagi memastikan kemenangannya dalam PRK Kuala Kangsar.

Manalah tahu, nak dijadikan cerita, Kak Midah ada rezeki menang dan bergelar Ahli parlimen. Kalau sudah menjadi Ahli Parlimen, sudah tentu urusan akan menjadi lebih mudah, terutama sekali yang membabitkan syarat-syarat dan tuntutan.

Bagaimanapun, ini sekadar desas-desus sahaja. Tuan punya badan sendiri belum membuat sebarang pengumuman serta keputusan. Negara ini mengamalkan demokrasi. Jadi kalaupun benar desas-desus tersebut, Kak Midah sekadar menjalankan dan memeriahkan amalan demokrasi di negara ini!


2 comments:

Anonymous said...

Ko punyo pasal duhai midah pelacur politik

Anonymous said...

Truly such a useful online site.

 
Blogger Templates