Monday, May 23, 2016

KANTOI BERBOHONG, DEWAN ULAMA PAS SAHKAN AZMIN ALI UGUT TIGA EXCO PAS!!!



Azmin Ali, Elizabeth Wong dan Tian Chua serta Pejabat Menteri Besar Selangor, telah menafikan Azmin memberi kata dua kepada tiga orang Exco dari PAS agar meletak jawatan pada hari ini jikalau PAS terus berkeras untuk bertanding di Sungai Besar. Ketiga-tiga Exco itu kemudiannya mengadu kepada kepimpinan utama PAS, menyebabkan Presiden PAS mengeluarkan kenyataan yang kemudian, menaikkan kemarahan Lim Guan Eng. 

Beberapa pihak dalam PAS cuba membela Azmin Ali, namun Dewan Ulama Pas mengesahkan dakwaan tiga Exco Pas Selangor diberi kata dua agar meletakkan jawatan sekiranya parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, adalah benar.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihak­nya mempunyai maklumat jelas mengenai perkara itu dan menyifatkan penafian Mohamed Azmin kepada pihak media kononnya kata dua tersebut tidak berlaku adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, tindak-tanduk Menteri Besar Selangor itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada pemimpin pakatan pembangkang dan Mohamed Azmin menjadikan Pas sebagai ‘modal’ untuk melepaskan diri.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan Exco Pas letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ (sah) dia arah Exco Pas meletakkan jawatan jika Pas terus bertanding di Sungai Besar,” kata­nya sebagaimana dipetik Free Malaysia Today hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Khairuddin kesal dengan kenyataan Mohamed Azmin yang dilihat menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti, ketika menyangkal adanya rundi­ngan rasmi pengagihan kerusi antara Pas dan PKR.

“Walau bagaimanapun, Pas mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Mohamed Azmin, malah memahami situa­si yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu. Kita maafkan Azmin atas kecelaruan fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan salah seorang Exco Pas Selangor seolah-olah ‘mencabar’ Mohamed Azmin apabila berkata, fokus Pas sekarang adalah untuk menang PRK Parlimen Sungai Besar.


No comments:

top