Monday, May 16, 2016

KEMBALINYA AZMIN ALI KE PANGKUAN TUN DR. MAHATHIR... PARTI POLITIK BARU?



Semua orang tahu, Azmin Ali memulakan 'dunianya' dengan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Dan semua orang pun tahu, Azmin Ali adalah anak angkat Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah yang dididik dari sekolah menengah sehingga ke pejabat Perdana Menteri, sebelum akhirnya dirampas atas alasan dipinjam oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada waktu itu yang disandang oleh Anwar Ibrahim. 

Pada ketika konflik antara Mahathir dan Anwar Ibrahim, Azmin Ali menyebelahi Anwar dan menjadi orang kuat serta kepercayaan utama Anwar Ibrahim. Pada era Reformasi, Azmin Ali kekal menjadi orang kepercayaan Anwar Ibrahim yang menguruskan pelbagai tugasan yang diberikan. 

Akhirnya Azmin Ali berjaya menempatkan dirinya sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, parti yang ditubuhkan apabila Mahathir memenjarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Anwar dan tidak dilindungi oleh Mahathir setelah Anwar berkomplot untuk menggulingkannya pada tahun 1998.

Masa terus berlalu. Meskipun Azmin Ali mempamerkan ketulenannya sebagai pejuang Anwar Ibrahim dan PKR, namun beberapa pihak di dalam PKR sendiri meragui keikhlasan Azmin Ali. Azmin Ali dituduh menjadi perisik atau trojan horse Mahathir untuk menghancurkan sekaligus mengawal para penentang Mahathir.

Seperti tidak masuk akal tetapi sekarang ini, ia menjelma sebagai satu kenyataan. 

Azmin Ali semakin rapat dengan Mahathir. Malah Azmin Ali merupakan antara tenaga penting Deklarasi Rakyat dan gerakan menumbangkan Najib yang kini sudah bertukar menjadi gerakan menumbangkan UMNO-BN.

Sekali imbas, ia seperti satu kemenangan kepada PKR yang telah berjuang bertahun-tahun lamanya untuk membuktikan kekejaman Mahathir dan betapa salahnya, Mahathir memenjarakan Anwar Ibrahim. 

Namun, ternyata ramai pemimpin PKR yang tidak senang dengan pengubahan kiblat Azmin Ali. Azmin Ali dilihat sebagai pengancam utama kewujudan dan perjuangan PKR. 


Anwar Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan agar para pemimpin PKR yang lain tidak menyertai Azmin Ali. Wan Azizah dan Nurul Izzah sehingga kini tidak pernah menyertai sebarang perjumpaan atau program bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir. Manakala Rafizi Ramli pula dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menghakis pengaruh dan kuasa Azmin Ali apabila tiba-tiba sahaja membuat pusingan U.

Azmin Ali sehingga kini tidak langsung memperlihatkan tanda-tanda untuk meminggirkan diri daripada Tun Dr. Mahathir. Malahan ucapan Tun Dr. Mahathir dalam malam Selamatkan Malaysia yang diadakan di sebuah stadium di Shah Alam, sebaliknya menyokong penuh saranan dan usul Mahathir. 

Apakah PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar bakal menyaksikan sebuah lagi parti politik baru muncul yang kononnya untuk menggabungkan semua penentang Najib Abdul Razak dan menggulingkan UMNO-BN daripada pentadbiran Malaysia?


1 comment:

Anonymous said...

Tun M sebenarnya dah confused...rasanya dia pun ada masaalah dlm keluarga dia mengenai deklarasi rakyat ni, rasa rasanya tak semua anak2 dia yg sehaluan dg beliau kecuali Mukhriz dan Marina. Rasanya mereka pun tak setuju Tun M terlibat dg pembangkang. Tun M kena ingat Allah melimpahkan rezeki yg banyak kepada beliau dan keluarga semasa beliau di dalam kerajaan BN.

top