Friday, May 20, 2016

KENYATAAN HADI AWANG GURIS HATI GUAN ENG TAPI KECUTKAN AZMIN ALI DAN PKR SELANGOR!!!



Aduan tiga orang Exco Selangor dari PAS kepada Presiden PAS tentang ugutan agar mereka meletak jawatan sekiranya PAS meneruskan hasrat untuk meletakkan calon bertanding di Sungai Besar, menyebabkan Presiden PAS itu berang. Satu kenyataan keras dikeluarkan oleh Presiden PAS selain arahan agar PAS meneruskan hasrat untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Azmin Ali dikatakan memberi kata dua kepada ketiga-tiga orang Exco Negeri dari PAS itu kerana menerima desakan kuat daripada DAP dan PAN. Disebabkan itulah, dilaporkan PAS akan dihalau keluar dari Kerajaan Negeri Selangor sekiranya masih meneruskan hasrat untuk menyertai PRK Sungai Besar.

Keberangan Abdul Hadi Awang, memberi kesan kepada PKR Selangor. Mereka sedar, tanpa 13 kerusi DUN yang dikuasai oleh PAS, kedudukan Azmin Ali sebagai Menteri Besar, PKR sebagai peneraju Kerajaan Negeri Selangor, malah DAP yang menguasai majoriti kerusi Ahli-Ahli Majlis PBT di seluruh Selangor, akan hilang dalam sekelip mata.

Pejabat Menteri Besar Selangor segera membuat penafian yang Azmin ada mengeluarkan kata dua dan tempoh sehingga hari Isnin untuk PAS Selangor mengubah pendirian. Elizabeth Wong dan Tian Chua juga menafikan berita tersebut dan menyatakan, PKR masih lagi melakukan rundingan dengan PAS tentang parti mana yang boleh bertanding pada 18 Jun nanti. (RUJUK SINI)

Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan desakan dan tekanan daripada geng sendiri di Pulau Pinang berhubung pembayaran RM305 juta hanya untuk tiga kertas kerja, cuba mengalihkan tumpuan dengan menunjuk samseng terhadap Presiden PAS.

Katanya, kenyataan Abdul Hadi Awang tentang 'LEMBU-UMNO' dan 'BABI-DAP' sangat menghinakan yang datangnya daripada seorang pemimpin parti politik. Kata Guan Eng lagi, DAP tidak bertanding di PRK Sungai Besar, justeru tidak sepatutnya DAP diheret sekali dalam kemelut di Selangor. (RUJUK SINI)

Cubaan Guan Eng untuk membodoh-bodohkan rakyat Malaysia sebenarnya secara tidak langsung menunjukkan sikap sebenar DAP. Bukan rahsia lagi bahawa DAP menjadi dalang kepada perpecahan PAS dan cubaan memecah-belahkan UMNO serta Barisan Nasional. Malah pemilihan di dalam PAS pada musim lepas juga, merupakan campurtangan ketara DAP sehinggakan akhirnya Parti Amanah Negara tertubuh dengan Mat Sabu kenyang dengan bantuan kewangan DAP dan Guan Eng.

Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa, selain Khalid Ibrahim adalah mangsa-mangsa pengkhianatan DAP yang merupakan bukti hidup bagi menafikan kenyataan Guan Eng kononnya DAP tidak terlibat.

Pendirian PAS untuk meneruskan hasrat untuk bertanding di PRK Sungai Besar dengan mengutarakan enam nama calon, pastinya akan membuak-buakkan kemarahan Parti Amanah Negara yang jelas menyimpan angan-angan besar untuk mempertaruhkan calon-calon mereka tanpa ditentang oleh calon-calon PAS.


No comments:

top