Saturday, May 28, 2016

KERANA LARANGAN IHDAD, CALON BN KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH UNTUK BERKEMPEN!!!!



Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh 'iddah.
Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.
Hukum bg wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan "keluar" dari rumah selama 4 bulan 10 hari.
Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:
1. Al-Quran
Firman Allah SWT:
( وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ( 234 ) )
Maksudnya: "Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (QS Al-Baqarah, 2:234)
2. Hadis Nabi SAW
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ
Dari Ummu 'Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya)." (HR al-Bukhari & Muslim)
Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?
Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah utk berkempen. Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau utk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya. Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.
Wallaahualam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

NOTA THE SAVIOUR:
Jumhur ulama termasuklah dari golongan Syafiiyyah yang sangat keras disiplin hukumnya, mengharuskan wanita yang sedang berihdad (berkabung) kerana kematian suami, untuk keluar dari rumah pada waktu siang bagi menguruskan keperluannya yang mendesak terutama sekali dalam mencari nafkah. Manakala hukum bersolek, berhias, berdandan, berpakaian dan sebagainya adalah jelas.
Bagaimanapun, wanita berkenaan perlu pulang bermalam di rumah Allahyarham suaminya sepanjang tempoh iddah dan ihdadnya (4 bulan 10 hari).
Mencari jalan tengah dengan mewakilkan anak dalam kempen bagi calon BN Kuala Kangsar itu adalah yang sebaik-baiknya.


5 comments:

Anonymous said...

Hahahahaa..usaha2 untuk menghalalkan perbuatan dari ulamak2 UMNO. Macam2lah hadis separuh jalan akan keluar nanti. Editlah mana yang sesuai. UMNO oh UMNO ..HAHAHAHA

Anonymous said...

anon 9:30 pm

kau baca artikel ini sepenuhnya atau kau ikut kepala dan syak wasangka jahat kau semata-mata?

Anonymous said...

Gamai calon lain... Ini plk yg dipilih...

Anonymous said...

Cakap memang senang. Cuba bg senarai yg gamai dan lebih sesuai tu

Anonymous said...

Dah terdesak ke apa raih simpati rakyat, jalan mudah pilih balu bekas wakil rakyat.. macam dah terhidu bau kekalahan aje, almaklum.. undi merosot kan..

top