Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 14, 2016

LAGI JAWAPAN DARIPADA 'DOKTOR BODOH' YANG BUAT OPERATION BODOH UNTUK SELAMATKAN KAKI IBU ANAK YANG CERDIK!!!



Doktor Bodoh yang buat Operation Bodoh
***************************************

1. Viral lagi status berkaitan Ortopedik. Saya perlu komen bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang benar dan tidak dipesongkan oleh status emotional ini. Apatah lagi doktor yang merawat ibu pengkomplen dipanggil BODOH, IBLIS, ANAK PUNGUT, ANAK BULUH BETONG dan operation yang dilakukan juga disebut sebagai OPERATION BODOH.

2. Doktor tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang akan memudaratkan pesakit. "FIRST, DO NO HARM" ialah prinsip asas pertama yang dipegang oleh setiap doktor. No such thing as Operation Bodoh.

3. Daripada imej yang dikongsikan, berkemungkinan besar pesakit mengalami jangkitan kuman yang dikenali sebagai Necrotising Fasciitis (NF) iaitu jangkitan kuman yang memakan tisu pesakit. Ia adalah jangkitan yang boleh membunuh jika tisu yang dijangkiti tidak dibuang. Prinsip "LIFE BEFORE LIMB" sentiasa menjadi pegangan kami. Selamatkan nyawa adalah utama, walaupun terpaksa korbankan kulit, otot atau kaki pesakit. Tak tahulah saya kalau anda nak utamakan untuk selamatkan kaki dan tak kisah untuk biarkan mak anda meninggal dunia.

Saya telah tulis artikel mengenai NF dan anda boleh baca mengenai dihttp://www.mmgazette.com/tag/necrotizing-fasciitis/

Kalau Doktor bodoh, kami tak boleh nak buat judgement ni.

4. Pengkomplen menyebut 'kulit dibuang adalah saraf hidup' & ibu beliau sakit sebelum dibuang kulit itu. Imej sebelum pembedahan menunjukkan kulit yang kehitaman dan menggelembung (blister) dikelilingi kawasan tisu berwarna merah. Kulit kehitaman & blister adalah sifat-sifat kulit yang telah mati. Ibunya sakit adalah disebutkan tisu mati (ischaemic pain) dan tekanan nanah & air kuman dari bawah kulit (distension). Tisu ini perlu dibuang jika nyawa ibu mahu diselamatkan.

5. Pada pandangan saya, berdasarkan imej yang dikongsi di FB pengkomplen, Doktor yang merawat telah melakukan pembedahan yang baik dimana nanah telah dibuang dan tisu merah dan sihat kelihatan. Doktor yang melakukan pembedahan akan membuang semua tisu yang mati dan dijangkiti kuman. Tak tahulah jika anda hendak hidup dengan tisu mati, busuk, bernanah dan berdenyut-denyut. Macamana doktor tahu hanya tisu mati dibuang? Tisu yang hidup dan sihat mempunyai 4 kriteria (4C): Berwarna merah (Colour-red), boleh mengecut (Contractility), boleh berdarah (Capacity to bleed), dan (Consistency). Doktor yang bodoh tak boleh buat operation ni.

6. Namun perlu diingat, dalam kes sebegini termasuk jangkitan kuman & luka akibat kemalangan jalanraya (Degloving wound), ada masanya satu pembedahan tidak memadai kerana jangkitan pada kulit boleh merebak pada tisu bersebelahan (mata manusia ni tak dapat nak nampak setiap ekor bakteria tu) melainkan mata kita macam mikroskop la. Pembedahan kedua, ketiga dan seterusnya mungkin perlu. Dalam kes jangkitan kuman serius, ada masanya kaki perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawa ibu bapa dan saudara anda. Nyawa anda keutamaan kami. Selepas tisu baru dan sihat dah tumbuh nanti, doktor akan tampal kembali kulit pada tempat tersebut.

7. Oh ya, akhir sekali, jika tidak berapa cerdik (ie bodoh), kami tidak akan berjaya lulus sebagai seorang doktor, apatah lagi sebagai seorang pakar. Saya amat gembira dan menyokong jika masyarakat di luar sana yang banyak komplen (atau minta anak2 anda jika mereka cerdik) untuk sama2 masuk kursus perubatan ni, manalah tahu untung-untung boleh lulus jadi doktor dan dapatkan kita sama-sama rawat saudara-mara kalian.

8. Jika anda tak tahu atau nak tahu mengenai saudara anda, please tanya kami. We are more than happy to answer. Kami bukan Bodoh dan kami tidak akan buat operation bodoh. Nak selamatkan nyawa ibu anda pun kami dimaki. Patutnya anda berterima kasih dan bukannya maki kami. Semoga anda dan masyarakat semua diberi petunjuk dan hidayah.

9. Nasihat saya kepada doktor2 yang tertekan akibat perbuatan pesakit atau relatives pesakit, anda boleh buka file dengan psychologist atau psychiatrist sebagai bukti anda tertekan, boleh buat laporan polis & kemudian kita pun boleh ambil tindakan undang2 terhadap mereka. Anda boleh saman kami, kami pun boleh saman anda. This is the age of litigation. Bring it on.

‪#‎DrMahyuddin
Pakar Ortopedik
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),
Temerloh, Pahang.


5 comments:

Anonymous said...

Gitu ler jadi doktor ke nurse ker, letih, penat nolong org, kena bodoh, kena kutuk jugak, kadang kadang kena maki, kena ludah, kena terajang jugak, kena patient patient yg mabuk ke, yg dah delirious ke.
Sabor ajer ler ! Itu ler ujian keikhlasan.
Kalau ikhlas, besor pahalanya, insyaAllah.

Anonymous said...

Elok biarkan mak dia mati...baru dia tau langit tinggi rendah

Anonymous said...

Kesian doktor pakar tuh....dapat pesakit yang tak mengajar anaknya untuk berterimakasih. Entah2 budak tu tak habis sekolah pun.

Dalam dunia ni macam ada 2 jenis manusia. Satu yang bijak berfikir dan bertimbangrasa...lagi satu yang bodoh banggang otak berulat dan siang malam menyembah social media!

Anonymous said...

BILA2 DIMASA AKAN DATANG SEKIRA NYA BUDAK BANGANG TU ATAU MAK BAPAK NYA DATANG SPITAL NAK DAPAT RAWATAN NASIHATKAN BUDAK TU PERGI JUMPA TOK GOMOL MINTA JAMPI SERAPAH TAK PERLU BEDAH BAGAI.LAGI PUN MAK DIA SAKIT TU KAT KAKI JAUH DARI PERUT JADI JAUH LG DARI MATI KATA ORANG LAMA2.

Anonymous said...

Akibat PAS dan sekarang PKR ahar manusia jadi iblis dan tak tahu berterima kaseh....

 
Blogger Templates