Monday, May 16, 2016

"MAHATHIR SANGAT BIJAK UNTUK MENANGKAN UMNO-BN BILA PENGUNDI DIMINTA JANGAN UNDI BN," KATA SI PROTUN BENGONG!!!!



Tidak menghairankan apabila ramai yang terkejut besar apabila Mahathir meminta agar pengundi-pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak lagi mengundi calon-calon UMNO-BN, malah Mahathir dalam ucapannya di Shah Alam dua malam sudah, berlagak seperti Timbalan Anwar Ibrahim dalam ucapan yang dihadiri oleh ramai ahli PKR.

Dari awal lagi Mahathir hanya ditunggu untuk mengeluarkan kenyataan tersebut. Justeru apabila dia dan konco-konconya memberikan alasan kononnya menandatangani dan menyokong Deklarasi ciptaannya dan Kit Siang bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya hanya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak sahaja daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, ramai yang memperolok-olokkannya kerana mereka tahu, tidak lama selepas mengeluarkan kenyataan itu, Mahathir akan terlupa dengan kenyataannya sendiri.

Mahathir semakin dan terus nyanyuk hanya kerana KRONI dan ANAK LELAKINYA yang semakin malap dalam kerjaya politik!

Namun apabila ada macainya yang dengan penuh bangga memberitahu kononnya Mahathir hanya mahu mengenakan DAP-PKR-PAN dan memenangkan UMNO-BN apabila mengusulkan agar para pengundi tidak menyokong UMNO-BN dalam dua PRK yang akan berlangsung, ia seperti menyatakan orang gila sengaja menunjukkan kegilaannya agar orang lain bangga kerana masih waras!

22 tahun Mahathir menikmati sokongan tidak berbelah bahagi sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia bukanlah kerana cemerlangnya dia sebagai Perdana Menteri sebaliknya kerana sokongan daripada ahli-ahli UMNO. Mahathir sendiri pada tahun 1969 kalah di tangan Allahyarham Yusof Rawa di Parlimen Kota Setar Selatan.

Semasa kalah di tangan Allahyarham Yusuf Rawa, dia menyalahkan undi kaum Cina walaupun hakikatnya, Mahathir kalah kerana kebiadapannya terhadap kepimpinan UMNO terutama sekali Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Menutup kesalahannya itu, Mahathir menggandakan sifat 'YOUNG TURKS'nya kerana memahami kehendak masyarakat yang mahukan sesuatu yang bersifat agresif dan anti-establishment.

Mahathir berjaya dan kerana kejayaan itulah, kesalahan-kesalahannya ditutup dan dilupakan.

Sejarah tidak boleh dilupakan kerana ia akan berulang kembali dalam bentuk yang sama cuma membabitkan individu dan suasana yang berbeza.

Itulah yang berlaku kepada Mahathir sekarang.

Kini motifnya semakin jelas mengapa dia begitu marahkan Najib. Sayangnya, Najib tidak begitu teruja untuk mendedahkan perilaku dan tuntutan-tuntutan buruknya untuk kroni dan anak lelaki Mahathir. Barangkali kerana masih ada perasaan hormat, atau barangkali kerana masih sayangkan UMNO dan Barisan Nasional kerana pendedahaan tentang keburukan Mahathir, samalah seperti mendedahkan masalah yang ditanggung oleh UMNO semenjak Mahathir 'dikembalikan' oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1972 ke dalam parti Melayu itu yang akhirnya dibalas oleh Mahathir dengan mengharamkan UMNO Lama untuk digantikan dengan UMNO Baru yang mengambilalih dan 'write-off' aset-aset, simpanan tunai, syarikat dan sebagainya milik UMNO Lama pada tahun 1988.

Seringkali dia mengungkit kononnya, dia tidak menjadikan UMNO sebagai benteng mempertahankan dirinya sebagai Perdana Menteri sebaliknya dia dengan rela hati meletakkan jawatan.

Para penyokong dan macainya amat percaya dengan kenyataan tersebut tetapi hakikatnya, Mahathir telah menjadikan UMNO sebagai kepompong dan perisai di sekelilingnya sepanjang 22 tahun pentadbirannya dan dia langsung enggan meletakkan jawatan seawal tahun 1987 walaupun sokongan ahli-ahli UMNO semakin mengecil terhadapnya. Hanya kerana Tunku Razaleigh Hamzah melakukan sedikit kesilapan, membolehkan Mahathir kembali menikmati sokongan ahli-ahli UMNO selepas UMNO Lama diharamkan.

Sekarang, Mahathir buat perangai lagi. Mahathir kembali mengulangi perangai lamanya dan menariknya, para penyokong dan PROTUN yang seringkali membodohkan dan mendedakkan golongan yang enggan bersama-sama, mereka, TERLALU BODOH untuk memahami langkah serta gerak Mahathir sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebebalan mereka!!!


7 comments:

Asaif Barkiya said...

Tun Mahathir adalah ahli politik bersifat korosif (Corrosive).Tiada mana-mana tempat yang tidak terkena kesan korosif yang merosakkan lagi bahaya.UMNO terkena kesannya dan bahaya kesannya juga akan terkena Pakatan Harapan dan sesiapa yang di hinggapi olehnya.Beliau bersifat merosak dan memusnah.Walaupun sepatutnya beliau bersara seperti kelazimannya tetapi perwatakan dan sifat semulajadi korosif tidak luput dan sentiasa aktif korosif.Maka untuk mengekang sifat semulajadi yang reaktif serta bahaya kepada politik Malaysia,pengneutralan adalah jawapannya.Ruang-ruang siber dan lapangan jurnalisma awam hendaklah menidakkan kehadiran virtual beliau dengan membeku apa jua bentuk berita secara langsung dan tidak langsung.Juga,apa-apa kaitan berita pautan juga termasuk di dalam pelan deaktifan.Kesan pengneutralan adalah jalan selamat untuk memberi kesan efektif secara total.Tun telah menghitamkan legasi beliau dengan sifat-sifat korosif beliau.

Anonymous said...

Jadi sama2lah kita menyokong Najib supaya dia boleh menghilangkan duit beribu2 juta ringgit & menjual tanah2 Melayu lagi kpd negara asing. Tanpa 1MDB pun prestasi BN dah jatuh merosot. Skrg ni dah ada kes 1MDB lagilah bertambah teruk nanti. Hanya tanpa Najib je BN boleh menang besar pd PRU 14. Aku akan sokong 100% UMNO & BN jika Najib letak jawatan. Jadi penyokong2 BN perlu pilih antara BN atau Najib?

Anonymous said...

Tanpa Najib sudah pasti pembangkang2 akan tiada isu nak dibangkitkan lagi pd PRU 14. Bukankah dah jadi lebih mudah utk BN menjana kemenangan. Skrg ni dgn pelbagai masalah yg sedia ada & ditambah lagi dgn Najib 1MDB. Kerja2 jentera2 BN akan menjadi terlalu byk. Kenapa nak pikul beban yg Najib bagi? Dia sedap2 dpt berjuta-juta kita pulak yg teruk nak terangkan kpd rakyat..

Anonymous said...

Apa tun m buat nanti dgn izin Allah akan berbalik kpd dirinya.
Ex pm n pm dua2 ada pekong masing2

Anonymous said...

Kesihan tun .. Jgn mati kat pentas masa menghasut rakyat..

Anonymous said...

sila nyatakan mana2 sejarah politik negara ini pembangkang pernah menggunakan serangan mahupun jemu untuk menukilkan isu untuk membenaran BN... tiada bukan? Jika ditakdirkan Najib benar beransur menjelang PRU14..... perkatakanlah TSMY atau paling ngeri jika mukri yg menjadi PM.. adakah anda pasti lidah Tun tajam dan Berjaya membidas pembangkang seperti yang dia gembar-gemburkan gemburkan?....... dikhuatiri pembangkang akan menang lebih besar bro....

Anonymous said...

Ale utoh...

top