Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 20, 2016

MAT SABU KONFIDEN PAN AKAN MENANG BESAR SEBAB SOKONGAN KUAT AKAR UMBI DI SUNGAI BESAR!!!



Parti Amanah Negara (Amanah a.k.a PAN) percaya, mereka boleh MENANG DENGAN MUDAH dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar walaupun terpaksa berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru.

Presidennya, Mohamad Sabu mendakwa, kajiselidik dan tinjauan menunjukkan partinya mempunyai sokongan yang SANGAT KUAT di kalangan para pengundi di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut. 

"Kami amat yakin akan memenangi kedua-dua kerusi tersebut, sekalipun berlaku pertandingan tiga penjuru. Kami yakin kerana para pengundi di kedua-dua kawasan tersebut adalah penyokong kuat Amanah dan Pakatan Harapan," katanya. (RUJUK SINI)

Katanya lagi, Amanah mempunyai akar umbi yang kuat untuk membantu parti tersebut menewaskan Barisan Nasional. 

"Kami mempunyai orang dan pekerja. Mereka sangat cekap. Kami boleh menempatkan para petugas kami mungkin antara 3000 sehingga 4000 orang di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar," kata Mat Sabu lagi. 

Ketika ditanya tentang kepimpinan Pakatan Harapan yang akan memutuskan siapa bakal calon kedua-dua PRK tersebut, Mat Sabu berkata,  Amanah sepatutnya dipilih untuk memenuhi kekosongan tersebut memandangkan Amanah telah pun menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.

1 comment:

Anonymous said...

pan konfiden? mcm raja lawak je bunyinya.

 
Blogger Templates