Friday, May 13, 2016

MUKHRIZ CABAR NAZRI AZIZ TUMBUK DIA DULU SEBELUM TUMBUK TUN MAHATHIR!!!



Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Datuk Seri Nazri Aziz perlu berdepan dengan beliau terlebih dahulu jika hendak bertumbuk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya sebagai anak jantan Tun Mahathir akan berdepan dengan dia (Nazri). Kalau nak bertumbuk, jumpa kita dulu, bukan senang-senang,” katanya mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang sedia bertumbuk dengan bekas Perdana Menteri.

Berucap pada program Selamatkan Malaysia di Felda LBJ di sini malam tadi, beliau menyifatkan Nazri sudah hilang akal dan pertimbangan kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Agaknya dah hilang akal dah hilang pertimbangan, orang tak waras dikatakan, tapi berpangkat menteri.. beginilah menteri-menteri kita sekarang,” katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai sentimen golongan muda terhadap UMNO yang kini dilihatnya semakin membimbangkan.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, golongan muda sekarang ini sudah enggan lagi mendengar nama UMNO, bukan disebabkan oleh pemimpin atasannya sahaja, tetapi secara keseluruhannya mereka mengaitkan masalah dalaman negara sekarang ini secara langsung kerana UMNO.

“Yang banyak dipersalahkan mengenai banyak masalah dihadapi rakyat ketika ini dikatakan disebabkan oleh UMNO. Ini menjadi masalah kepada parti UMNO.

“Sebagai parti politik kita tidak boleh hidup tanpa sokongan daripada rakyat. Tidak boleh sesuatu parti politik itu terus wujud kalau tidak ada sokongan rakyat.

“Yang penting ialah rakyat menerima apa yang UMNO perjuangkan, kemudian diterjemahkan sokongan itu dalam bentuk undi pada pilihan raya,” katanya.



2 comments:

Anonymous said...

BAKPO MUNG DOK SEBOK,MUNG BUKAN AHLI MAJLIS TERTINGGI YANG MENGURUS PARTI,MUNG CUMA AHLI UMNO SELEBET MACAM AKU JAH,NAH 50 SEN GI MAIN JAUH2.

Anonymous said...

Ni lagi sorang menteri yg akan membuat rakyat menyampah lagi dgn BN...

top