Friday, May 27, 2016

NEGARA LUAR IKTIRAF PROGRAM PERMATA, DALAM NEGARA MENCEMUH DAN MENFITNAH PERMATA... ELOK PROGRAM PERMATA DIEKSPORT KE NEGARA ASING SAHAJA!!!



Pendidikan secara formal untuk memupuk bakat serta meningkatkan perkembangan kanak-kanak masih lagi dilihat terau asing di negara ini walaupun kita sudah berdekad-dekad merdeka, malah kebanyakan rakyat negara ini cukup pandai bercakap terutama sekali apabila mereka menggunakan media sosial seperti Facaebook.

Apa yang terlintas di fikiran mereka hanyalah, sebarang program untuk kanak-kanak adalah satu cara kerajaan untuk mengapur peruntukan dari wang negara untuk kepentingan diri.

Itulah yang berlaku kepada PERMATA. Program PERMATA kalau ditanya kepada kebanyakan orang 'pandai' di FB, pasti kita akan bertemu dengan jawapan dan teori tentang pencurian wang negara.

Anehnya, di sebaliknya pelbagai tohmahan, fitnah dan caci nista tentang PERMATA, negara-negara luar mengiktiraf PERMATA sebagai program yang terbaik untuk kanak-kanak di negara mereka. Pengiktirafan dan sanjungan diberikan kepada program yang ditentang kuat oleh 'orang-orang pandai' di Malaysia.

Terbaharu adalah, PERMATA diumumkan sebagai pemenang anugerah '3G Children Welfare Award' dalam majlis Global Good Governance Award 2016 di Istanbul, Turki semalam.

Para pembenci Rosmah dan PERMATA, tentu sekali muncul dengan idea dan teori mereka, kononnya penganjur majlis penganugerahan tersebut telah dibayar dan dirasuah agar PERMATA diberikan kemenangan. Dan 'pengiktirafan' seperti itu daripada rakyat Malaysia yang berasa mereka terlalu 'pandai' bukanlah sesuatu yang menganehkan.

Alasan mereka, Malaysia sudah ada TADIKA dan pusat-pusat asuhan kanak-kanak yang lain. Kerajaan telah membazir wang rakyat Malaysia untuk kanak-kanak walaupun pada masa yang sama, mereka tidak pernah mahu tahu atau mengkaji mengapa PERMATA diwujudkan.

Pengiktirafan antarabangsa ini bukanlah satu-satunya. Sebelum  ini, beberapa negara Arab lain turut mengiktiraf kemajuan dan kewujudan PERMATA, malahan meniru program tersebut untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak di negara masing-masing.

Penaung program PERMATA, Rosmah Mansor berkata, anugerah tersebut akan menginspirasikan mereka untuk bekerja lebih keras dan mewujudkan sektor-sektor baru bagi program tersebut di Malaysia.

Mengapa Rosmah perlu bersusah payah untuk memajukan program yang banyak menimbulkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat Malaysia yang berasa lebih pandai daripada segala makhluk lain di dunia ini?

Mungkin ada baik baiknya jikalau program tersebut dieksport di negara-negara asing agar implementasi Program PERMATA membantu menyelesaikan masalah sosial mahupun mewujudkan generasi muda yang lebih berinovasi dan kreatif berbanding di Malaysia. 

Malaysia sudah tidak memerlukan program-program sebegitu. Kecuali program-program yang membolehkan generasi muda bermulut lancang, kuat mempercayai fitnah, sentiasa menganggap orang lain rasuah manakala pemimpin pujaan seperti Tun Dr. Mahathir bukan sahaja bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa, tetapi juga sangat maksum  kerana tidak pernah mengakui wang negara yang dibalun menerusi proksi dan kroni menerusi pelbagai projek penswastaan masuk ke akaunnya dan anak- beranaknya yang lain.

Kalau negara lain begitu teruja untuk berkongsi 'rahsia' program PERMATA, seelok-eloknya, PERMATA dilaksanakan di negara luar dan bukannya di Malaysia kerana kejayaan PERMATA selepas itu, akan lebih membuka mata, memandangkan rakyat Malaysia amat menyanjung berita-berita dari luar negara yang disifatkan lebih jujur berbanding berita-berita yang dilaporkan dalam negara yang ditakrifkan sebagai sudah dibeli dan dirasuah.

Negara-negara luar yang mengadaptasi program PERMATA, memberikan penekanan dan perhatian bukan sahaja kepada kebajikan kanak-kanak tetapi juga perkembangan mental di mana bakat-bakat mereka dipupuk serta dikembangkan dari usia yang masih muda. 

Selain PERMATA yang menerima anugerah '3G Children Welfare Award', Malaysia turut menggondol empat lagi anugerah daripada 24 anugerah sepanjang majlis. 

Penerima-penerimanya adalah Universiti Teknologi Mra (UITM) dengan '3G Critic's Choice Good Governance Award' dalam bidang pendidikan 2016; Amanah Ikhtiar Malaysia (3G Women Empowerment Award 2016); Agro Bank (3G Financial Services ward 2016) dan PEMANDU (3G Best Public Sector Reforms Programme 2016.

Anugerah 3G dibangunkan oleh Cabmridge IF Analytic, sebuah badan perisikan perkhidmatan kewangan, yang mengiktiraf kerajaan, badan korporat dan bukan kerajaan yang cemerlang dalam ketelusan, ditadbir urus dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik.


No comments:

top