Thursday, May 12, 2016

NG SUEE LIM ADALAH CALON TERBAIK DAP UNTUK PARLIMEN SUNGAI BESAR WALAUPUN TIDAK DISUKAI KHALID SAMAD!!!



Bukan dalam UMNO sahaja, suara-suara 'sumbang' tentang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbunyi, malah dalam Pakatan Harapan (PKR-DAP-PAN) juga lebih gemuruh bunyinya.

PAS awal-awal lagi telah menyuarakan hasrat mereka untuk meletak calon di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mewakili PAN menyuarakan hasratnya agar Pakatan Harapan meletakkan calon-calon dari PAN untuk kedua-dua kerusi tersebut. Modal PAN mudah iaitu semasa PRU-13 lalu, majoriti yang dimenangi oleh calon-calon UMNO-BN amat kecil manakala undi-undi yang diperolehi oleh calon-calon PAS pula meningkat.

Calon-calon PAS yang bertanding di kedua-dua kerusi tersebut pada PRU lalu, dianggap mewakili PAN, bukannya PAS walaupun besar kemungkinan kedua-duanya tidak pun berminat menyertai parti yang dipimpin oleh Mat Sabu itu.

Dengan demografi etnik di kedua-dua kerusi tersebut yang berpihak kepada parti-parti Melayu-Islam, DAP dan PKR tidak berasa ianya merupakan satu halangan memandangkan peratusan pengundi India dan Cina di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut boleh menyaingi pengundi-pengundi Melayu.

DAP sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri di Sungai Besar walaupun DAP tidak pernah bertanding di Parlimen Sungai Besar. Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan merupakan antara yang cukup berpengaruh di kawasan DUNnya.

DUN Sekinchan merupakan salah satu daripada DUN yang berada di dalam Parlimen Sungai Besar.

Kepetahan Ng Suee Lim berkomunikasi dalam bahasa Jawa, menyebabkan dia dipilih sebagai ADUN Sekinchan untuk dua penggal berturut-turut. Kedudukannya tidak tergugat langsung di Sekinchan. Ramai pengundi yang kagum dan mengundi Ng Suee Lim pada PRU lepas. Ng Suee Lim memperolehi majoriti undi 2,239 berbanding 190 undi pada PRU-12.

Jadi, tidak mustahil sekiranya DAP mencuba nasib dengan Ng Suee Lim yang juga mempunyai potensi besar di Parlimen Sungai Besar, sekaligus memecah tembok penguasaan Melayu semata di kerusi berkenaan selama ini.

Bagaimana pula dengan PKR?

Sudah tentu PKR mempunyai Aziz Bari, bekas pensyarah Undang-Undang di UIA yang dilabelkan sebagai Pakar Perlembagaan walaupun kepakaran yang selalu ditonjolkannya adalah memutarbelitkan Perlembagaan Malaysia.

Itu baru di Sungai Besar, belum lagi di Kuala Kangsar...


1 comment:

Anonymous said...

pan tak perlu cakap besar la....penyokong tak berapa org pun.

top