Wednesday, May 25, 2016

NG WEI AIK KATA POLIS MALAYSIA TAKUT DENGAN PENCURI DAN BAWA PISTOL AIR!!!



Menyemai kebencian dan penentangan terhadap institusi-institusi kerajaan terutama sekali penguatkuasaan undang-undang, merupakan salah satu tugasan paling mulia dalam DAP. Terutama apabila mereka berceramah dalam Bahasa Cina.

Penghinaan ke atas anggota-anggota keselamatan sudah menjadi rutin bagi setiap orang pemimpin DAP. Institusi kepolisian merupakan antara yang paling kerap menjadi sasaran mereka, walaupun pada masa yang sama, DAP tidak pernah terlibat atau menggalakkan anak-anak muda ahli-ahli mereka untuk terlibat dalam institusi kepolisian atau pun menjaga keamanan di negara ini.

DAP seringkali mempersoalkan mengapa anggota-anggota keselamatan dan polis enggan menyokong mereka. Mereka seringkali menuduh kerajaan memaksa anggota-anggota keselamatan untuk mengundi kerajaan. Kononnya kerajaan sangat zalim dan menyekat kebebasan memilih dan bersuara. 

Tetapi ceramah-ceramah seperti ini, jikalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu, sudah tentu akan memperlihatkan sisi hasutan dan penghinaan yang keterlaluan kepada golongan yang menjaga keselamatan di negara ini. Golongan yang memastikan, orang seperti Ng Wei Aik tidak ditembak atau dibunuh atau diserang semasa berceramah dan menghasut.

Ng Wei Aik seperti yang kita tonton dalam klip video di atas sekali lagi membuktikan kebencian keterlaluan DAP terhadap pasukan keselamatan yang dilihat menjadi benteng dan pertahanan negara daripada anasir-anasir subversif yang cuba mengganggugugat keselamatan negara ini sepertimana yang cuba dilakukan oleh DAP.

Sama seperti Hew Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai Superman, yang ceramah super-rasisnya didedahkan, apabila para pemimpin DAP berceramah dalam Bahasa Cina, mereka sangat cenderung untuk menimbulkan hasutan dan kebencian terhadap kaum lain dan ke atas institusi-institusi kerajaan. 


Perbuatan rasisme dan kebencian yang disebarkan dan diamalkan oleh DAP ini amat merbahaya. Tidak hairanlah apabila seorang pemuda Cina di Pulau Pinang mencampakkan wang RM50 ke lantai agar dikutip oleh seorang anggota penguatkuasa undang-undang wanita Melayu apabila lesen pemuda Cina itu diminta. 

Dan kemudian 'dosa' tersebut, ditebus oleh Lim Guan Eng dengan wang pemberian sebanyak RM200!!!


1 comment:

Anonymous said...

Dah jelas rasis kenapa semua senyap je...mana pemuda umno puteri umno..diam bisu bahasa

top