Saturday, May 7, 2016

NYATALAH, MAT BASHAH TAK TIDUR DAN MAT BASHAH TAHU KONG-KALI-KONG URUSAN PENAJAAN BOLASEPAK KEDAH!!!



Keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah dan Presidennya, iaitu Ahmad Bashah Mohd Hanipa enggan melayan penguasa produk kecantikan 'TERLAJAK LARIS', akhirnya membuka rahsia yang selama ini kurang diperkatakan iaitu membabitkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh KFA.

Dan sudah tentulah syarat yang paling besar adalah membabitkan penyerahan tanah sebagai tukar milik dengan penajaan ke atas sukan yang paling tidak menguntungkan di Malaysia iaitu BOLA SEPAK.

Bola Sepak di Malaysia, sekalipun popular tetapi tidak pernah mendatangkan keberuntungan dan keberhasilan. Kebanyakan pemain, penyokong mahupun pasukan pengurus syok sendiri. Walaupun liga profesional telah diwujudkan lebih dari dua dekad di Malaysia, hakikatnya mutu permainan tidak pernah lebih baik daripada permainan robust di atas padang becak yang asalnya adalah petak bendang.

Dalam hal Kedah dan D'Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd, tanah yang diperkatakan adalah seluas lebih 60 hektar di Jabi tidak jauh dari Pokok Sena. Nilai tanah tersebut sebenarnya jauh melebihi nilai yang digunakan untuk menaja pasukan bola sepak Kedah yang diwujudkan hanyalah untuk 'syok-syok' sahaja.

Adakah wajar urusan yang sekadar bersifat syok-syok sendiri seperti bola sepak, mahu ditukarganti dengan tanah yang merupakan modal ekonomi yang utama? Kecualilah bola sepak merupakan salah satu industri utama yang membawa pulangan dan hasil kembali kepada kerajaan negeri, maka urusan seperti itu bolehlah dibincangkan.

Penolakan tawaran oleh D'Herbs untuk menaja pasukan bola sepak Kedah, mengundang permusuhan dan rasa tidak puas hati terutama sekali dari pemilik D'Herbs itu sendiri. Menggunakan media sebagai senjata utamanya, beberapa fakta nampaknya cuba ditegakkan tetapi pada masa yang sama, fakta penting terutama sekali membabitkan tanah berkeluasan lebih 60 hektar di Jabi sebagai pertukaran untuk nilai penajaan, tidak pula disentuh.

Siapakah yang berurusan dengan Alif Syukri sebelum ini sehingga menyebabkan dia bersetuju untuk menaja pasukan bola sepak Kedah?

Mukhriz Mahathir?

Atau atas nama projek terbengkalai iaitu Bandar D'Herbs?

Agak menarik situasi ini... Kedah ada pasukan bolasepaknya, Kedah ada prasarana bola sepaknya, Kedah ada tanah dan Kedah hampir segala-galanya. Alif Syukri pula hanya ada RM beberapa puluh juta dan sedang mengintai modal paling utama iaitu TANAH.

Budaya SWAP TANAH dengan modal dalam bentuk wang telah diamalkan secara meluas semenjak zaman Mahathir Mohamad lagi sebagai Perdana Menteri. Justeru apabila jalan mudah yang diambil oleh bekas Menteri Besar Kedah terdahulu untuk membawa pelabur ke kawasan yang terbengkalai menerusi TUKAR TANAH UNTUK TAJA SUKAN, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa atau menganehkan.

Apatah lagi dalam semua sidang media, Alif Syukri sendiri tidak menafikan bahawa masalah pokok yang muncul dalam urusniaga antara D'Herbs dengan KFA adalah TANAH. Bezanya, Alif Syukri enggan mengakui bahawa permintaannya untuk mendapatkan tanah lebih 60 hektar adalah perampasan hak rakyat Kedah.

Mat Bashah pula dilihat bertindak secara sembrono dan bersendirian dengan membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi rundingan dengan D'Herbs dan berterus-terang bahawa urusniaga dengan D'Herbs akan merugikan rakyat Kedah.

BERI SEJUMLAH WANG dan kemudian MINTA TANAH!

Ini bukan benda baharu. Begitulah cara-cara taikun besar mendapat tanah termasuklah tanah-tanah kerajaan di lokasi-lokasi strategik di Bandaraya Kuala Lumpur.

Jadi apabila 'syarikat penaja' yang mahu menaja KFA RM30 juta kemudian meminta tanah di kawasan Jabi, Pokok Sena yang bernilai lebih RM80 juta, itu tidaklah menghairankan sama sekali. Malah jikalau diteruskan, ia samalah seperti pembelian tanah di bawah harga pasaran. 

KFA akan mendapat RM30 juta dengan pelbagai syarat yang perlu dipatuhi manakala Kerajaan Negeri akan kerugiaan lebih RM50 juta.

Alasan membantu ekonomi dan menyediakan pekerjaan kosong kepada rakyat, sebenarnya adalah alasan-alasan retorik. Yang marah sangat sekarang ialah TANAH... dan ianya tidak lebih daripada TANAH yang ingin dikuasai.

Cuma satulah dalam kemelut ini yang kita boleh nampak terang dan jelas... bekas Menteri Besar Kedah terdahulu, sekalipun dipenuhi aura dan cerita-cerita dongeng tentang betapa berkilatnya otak dia, rupa-rupanya jenis BENGAP, dan TIDUR sampai tidak sedar, sedang menggadaikan tanah kerajaan negeri demi mencari jalan mudah untuk mentadbir. 

Manakala Menteri Besar Kedah yang baru, yang diberikan pelbagai label buruk dan serba negatif, nampak lebih cerdik dan lebih terbuka matanya apabila dapat melihat, menghidu dan menjangkakan apa sebenarnya urusniaga membabitkan KFA dan D'Herbs itu.

Nampak gayanya ada orang melalak dan gigit kuku jugalah ni... sebabnya satu lagi projek besarnya berkomisyen tinggi berjaya dicantas oleh Ahmad Bashah dan Ahmad Bashah pula berterus terang bahawa urusniaga KFA dengan D'Herbs membabitkan tanah-tanah kerajaan negeri!




15 comments:

Anonymous said...

Bagus juga otak si Mat Bashah ini..dia dah nampak kelibat Penchuri yg sedangkan mengintai intai..

Anonymous said...

artikel dedak...pepagi dah masuk dedak nie...harap2 ahjib baca...

Abdul Wahid said...

Usaha pembangunan tanah patut digalakan demi kemajuan rakyat negeri kedah..entah le kalau bak balik kebelakang pulak

Zul Amali Mahayuddin said...

Hahha kelakar baca artikel ko

Anonymous said...

sila dengar hujah kedua-dua pihak, kemudian baru nilai siapa yang BAHLOL.

doraemon said...

Dah dapat cheque mykmu ni

Anonymous said...

Sejarah pemimpin utara perlu dikaji dari dulu lagi... fakta dah banyak terutama dari negeri KEDAH LAMA .... masa Siam serang kedah ...sultan kedah minta pertolongan inggris sir francis light....sedangkan inggeris sudah bersekongkol dengan siam utk serang kedai melalui siam..... dengan senang bangang pulau pinang diserah inggeris sbgai balasan...kerabat ni juga jadi PM pertama...13 mei darurat sejarah hitam berlaku paling malang kerabat ini yg jdi PM serah bangang singapura pada lee kwan yu.... prmimpin utara yg jdi PM ...Pak Lah asyik zzzzzzzzz.... 5 negeri serah pada pembangkang....PM utara lagi Tun Momok mudah lupa....masa dia perintah negeri kelahiranyacpun jatuh pembangkang....trend kroni dan kaya anak mrnjadi jadi ...bail out menjadi... orang kaya swap tanah bernilai yinggi untuk pengswastaan dan tajaan mrnjadu jadi....akhitnya rakyat tanggung semua..... sib baik botak taknlama jadi MB Kedah swap tanah murah demi bolasepak yg tunggang langgang jadi trend balik.... pada org Utara fakta sejarah PM kau dari utara dah banyak.... lu fikir la sendiri..... sbb tu PM yak boleh dari utara....jahanam Malaysia...

Qar Max said...

Kalau ada pembangunan yang menguntung anak kedah untuk mencari makan dinegeri sendiri...patut digalakkan....orang nak melabur...

Anonymous said...

Mb yg bangang tahap tertinggi...hanya yg sama bangang akan setuju ngan puak bangang..

Anonymous said...

Tanah bernilai rm80 juta. Taja bola rm30 juta. Untung atas angin rm50 juta. Terlajak menipu ni. MB memang cerdik. Rakyat rugi besar jika diteruskan. So cancel ..... alhamdulillah. Kalau tak skendal Taman Manggis berjangkit ke Kedah.

Anonymous said...

Drpd biar tnh terbngkalai brtahun2 apa salahnya kalau ada yg nk majukn lgpun bkn bg pd org luar, lainla klau yg minta tu bkn bumiputra bolehla ditolak, agaknya jedah ni lbih suka mundur dr maju kot, sbb tu tanah yg ada dibiar semak samun

Bubu.murad@yahoo.com Bbuu12 said...

Ya tak ya...jugak kan...sebab tu bila kita cakap..sultan kedah tolong ambil balik penang....senyap je...padahal dah cakap guan eng tak boleh suka2 jual tanah penang tanpa kelulusan dan tandatangan Sultan kedah...tapi tu lah...dijuak ke tokey hong kong tokey singapore...padahalntu semua boleh terbatal kalau sultan kedah ambik balik penang sebab penang masih tanah jajahan kedah tiap2 tahun kena bayar ...tak percaya tanya prof....ramlah adam dengan prof khoo ...biar mereka yang ahli bercakap...dulu dah kata kalaula Sultan kedah tu ..sultan johor ke...sultan perak ke....lunyai guan eng...tapi tulah...semuanya senyap seribu. bahasa...

Anonymous said...

kalu mcm ni gua pn nk taja bola...
bg 30j dpt tanah 80j..

kalu gua. jd basha ler jual tanah dpt 80j kmdian belli kelab bari itali ajak mainn piala mlysia,xpyah mmntkk tajja dherb..buat semak

kaahkkakah

Anonymous said...

Datuk aliff dh ofer rm1 juta kalau hang buktikan yg mmg dia minta tanah sebagai ganti utk taja kedah... ni la peluang hang jadi jutawan segera... bawa skali bukti yg sahih... jgn dok buat fitnah je bro

Anonymous said...

Alif terlajak kata... Kalau nak taja bola taja jelah...ni sampai bersyarat2... Ok..lah..kalau nak bersyarat jangan sampai cuba menggula gulakan orang... Kalau nak majukan tanah belilah...kalau minta takat seekar dua ok.lg ni sampai 60 hektar...fuhh...terlajak luas tu...ekar dgn hektar....lain...luasnya..so...orang kedah beruntung dapat tok mat bahshah..kalau boboi....line clear dah...

top