Friday, May 13, 2016

PAKATAN BOLEH MENANG KALAU CALONKAN DR. MAHATHIR DI KUALA KANGSAR?!!!



Pakatan Harapan yang didirikan di atas runtuhan Pakatan Rakyat sebenarnya memerlukan seorang pemimpin yang bukan dari PKR, bukan dari DAP, bukan dari PAS, malah jauh sekali dari PAN untuk menyatukan mereka semula bagi menghadapi Barisan Nasional dalam setiap Pilihanraya.

Sebelum ini pun, Pakatan Rakyat gah kerana faktor Anwar Ibrahim. Suka atau tidak, Anwar Ibrahim sebenarnya yang mengawal dan mengendalikan Pakatan Rakyat sehingga mereka berjaya mencapai jumlah kedudukan kerusi terbanyak yang diperolehi oleh barisan pembangkang dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia.

Sayangnya, Anwar Ibrahim terlalu banyak masalah peribadi. Jenayah liwat yang tidak dapat dipisahkan dari dirinya, telah menyebabkan dia terdampar di lantai penjara Sungai Buloh. Dan biarpun dia mendapat banyak keistimewaan berbanding banduan-banduan lain, Anwar Ibrahim tetap tidak dapat mengawal Pakatan Rakyat yang akhirnya berpecah dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan menggandingkan DAP-PKR-PAN.

PRN Sarawak telah menyaksikan DAP, PKR, PAN dan PAS hilang maruah walaupun digembar-gemburkan bakal memberikan tentangan sengit kepada Adenan Satem dan Barisan Nasional Sarawak yang terdiri daripada gabungan parti-parti politik tempatan Sarawak sahaja.

Daripada 82 kerusi DUN yang ditawarkan, Pakatan hanya mampu meraih 10 kerusi DUN dengan DAP memperolehi 7 kerusi berbanding 12 pada PRN sebelumnya setelah bertanding di 31 kerusi DUN dan PKR kekal dengan 3 kerusi sekalipun bertanding di 41 kerusi DUN. PAS dan PAN tidak berjaya memenangi sebarang kerusi DUN.

Paling menyayat hati ialah, 7 calon DAP, 10 PKR, 5 PAS dan 9 PAN, hilang deposit dalam PRN Sarawak kali ini. Lebih buruk lagi, di sesetengah tempat di mana berlaku pertindihan pertandingan membabitkan Pakatan Harapan, undi untuk calon BEBAS jauh lebih tinggi berbanding calon-calon dari parti-parti Semenanjung itu.

Jadi, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah penebus maruah yang paling efektif. Cumanya, Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, perlu memilih calon yang 'berkecuali' tetapi dapat menyatukan kesemua parti-parti dalam Pakatan Harapan sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu menggabungkan Pakatan Rakyat dahulu.

Cadangan Nga Kor Ming yang mahukan Dr. Mahathir dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar, merupakan cadangan yang paling 'bernas' pernah muncul dari mulut Ahli Parlimen yang cukup terkenal dengan fitnah dan tohmahan terhadap Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan UMNO.

Di Perak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng 'kurang' berkuasa kerana kewujudan gabungan Nga Kor Ming-Ngeh Kor Ham. Kekuatan DAP Perak bergantung kepada Nga-Ngeh. PRK Teluk Intan umpamanya, menyaksikan kegagalan DAP walaupun mendapat publisiti meluas dengan meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya berdasarkan permintaan dan kehendak Lim Kit Siang. Berbanding Huan Kuan Yau yang lebih disokong oleh Ngeh-Nga, akhirnya DAP berputih mata kehilangan kerusi Parlimen Teluk Intan yang mereka menangi pada PRU-13 lalu.

Mungkin kali ini, Lim Kit Siang akan mendengar desakan daripada Nga Kor Ming pula memandangkan Lim Guan Eng sedang bertungkus-lumus untuk membebaskan dirinya daripada kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Kalau itulah yang terjadi, sejarah negara akan tercipta. Apatah lagi di Kuala Kangsar yang pernah menyaksikan bagaimana DAP berjaya mempengaruhi orang Melayu menentang Raja kerana proksi DAP kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar pada tahun 2009 lalu!!!



1 comment:

Asaif Barkiya said...

Tun berusia 92 tahun.Lazimnya,orang islam yang di dalam usia begitu,apakah rutin hariannya?Masjid,ibadat,keluarga dan sanak saudara.Tetapi,tun dengan super egonya,terpalit dengan najis politiknya sendiri.Menghabiskan masa,ke hulu hilir membantah dan sentiasa membantah dan memaksa rakyat mengakui beliau dan menyokong beliau.Jika,sesiapa yang tidak menyokong dan membantah akan di labelkan dengan berbagai label.Kesimpulannya,tun yang berusia senja dan mendekati ajal maut yang pasti,hanya berbaki sedikit sahaja lagi.Adakah tun akan melewati usia 100,110 atau 120?Rasanya tidak.Tun mengalami sindrom super ego dan Acute Prejudice.Tun adalah liabiliti besar negara dan rakyat Malaysia.Legasi beliau di musnahkan oleh proksi proksi beliau,ego dan taksub beliau dengan diri sendiri.

top