Tuesday, May 31, 2016

PARA PEMIMPIN UMNO PERLU DIPERSALAHKAN ATAS KEJAHILAN PARA PEMIMPIN PARTI KOMPONEN YANG MENENTANG PINDAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH!!!



Saya sangat kecewa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pemimpin ini. Bagaimanapun, kita tidak terkejut apabila The Star menjadikan reaksi ketiga-tiga pemimpin ini sebagai berita muka hadapan akhbar tersebut.

Saya mengutamakan agama saya. Bukan PAS, bukan BN, bukan UMNO. Parti yang menjunjung Islam adalah parti yang akan mendapat undi saya. Parti yang menolak Syariah, tidak akan mendapat sokongan saya. Saya menghormati sesiapa sahaja yang mengutamakan agamanya. Kita juga harus menghormati dan kembali kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sekiranya berlakunya pertembungan kepentingan. Kalau tidak, sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai dan keamanan tidak dapat dicapai. Bagaimanapun, kita berharap bukan Islam juga akan menyokong undang-undang baru atau pindaan yang bertujuan untuk mengurangkan jenayah dan tidak menyebabkan kemudaratan kepada rakyat yang tidak bersalah. Pada ketika anda berhak untuk membantah, ia tidak akan membantu sekiranya kami tahu anda bersikap jahat terhadap inisiatif terhadap kebajikan umat Islam dan negara hanya kerana terdapat elemen Islamik di dalamnya.

Saya mulai teruja dengan perkembangan terkini yang memperlihatkan kita sedang menuju keharmonian kaum semula selepas kerosakan yang dilakukan oleh DAP tetapi kini, politikus-politikus paranoid mula melatah dan mendedahkan belang mereka yang anti undang-undang syariah. Ini telah menyebabkan umat Islam negara ini menempelak para pemimpin ini dan parti-parti mereka dan hasilnya, rakan-rakan bukan Islam juga akan tersinggung. Rakan-rakan bukan Islam, walaupun tidak berniat buruk, turut menyinggung rakan-rakan Islam mereka. Mujurlah perdebatan antara kawan-kawan masih kekal mesra berdasarkan keadaan. Semoga perbezaan pendapat dan emosi ini akan terus terkawal.


Dan di sinilah di mana para pemimpin perlu tahu bagaimana untuk berkelakuan seperti pemimpin. Mereka seharusnya merujuk kepada para pemimpin Islam untuk lebih memahami Usul tersebut atau sekurang-kurangnya menyatakan, yang mereka perlukan masa untuk mengkaji Usul itu berbanding menunjukkan sikap TERKEJUT BERUK. Saya rasa ahli-ahli politik beragama Islam di dalam kerajaan perlu dipersalahkan kerana tidak memberikan penjelasan yang betul atau sekurang-kurangnya mengelakkan para pemimpin bukan Islam itu daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif sehinggalah ia diselesaikan secara dalaman, walaupun ianya sekadar satu usul persendirian. Sepatutnya wujud satu proses perundingan berbanding membiarkan para pemimpin bukan Islam itu terawang-awang dan meraba-raba sendiri.

Bagaimanapun, saya berasakan MCA sekurang-kurangnya perlu lebih sensitif terhadap populasi umat Islam di negara ini selepas mereka dimalukan pada dua PRU lalu dan mereka masih lagi diberikan kedudukan dalam Kabinet. Bagaimana MCA mahu mengharapkan undi orang Melayu jikalau para pemimpin MCA berkelakuan tidak ubah seperti para pemimpin DAP?

Masih belum terlambat untuk membetulkan semula keadaan dan kita boleh mengambil inisiatif kita sendiri untuk mewujudkan persefahaman antara umat Islam dan bukan Islam berbanding menunggu arahan daripada ahli-ahli politik yang tidak boleh diharap.

Saya ada menulis sedikit sebanyak tentang sejarah Syariah di negara ini. (RUJUK DI SINI) yang mana turut mengandungi pautan kepada posting tentang sejarah ketibaan Islam di negara ini oleh The Patriots. (RUJUK SINI)

Semoga persahabatan kita berkekalan. Insyaallah.

AZMI ARSHAD


1 comment:

Anonymous said...

Kalau kaum ni pertikan RUU MAKAMAH SYARIAH,

KENAPA kita ISLAM/ MELAYU TIDAK Pertikan sekolah SJKC ????

Mana ada dalam PERLEMBAGAAN !


Ada pulak SERAWAK iktiraf PEPERIKSAAN sekolah CINA -- Dah GILA ke KM tu....

top