Friday, May 20, 2016

RAFIZI RAMLI AKUI PENDEDAHAN RASUAH WANG DAN WANITA DITUJU KEPADA INDIVIDU TERTENTU DAN DIRUJUK KEPADA ZURAIDAH KAMARUDDIN!!!



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mengakui pernah menerima aduan berhubung rasuah wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau turut mengesahkan tuduhan itu ditujukan khusus kepada individu tertentu, bukannya tuduhan umum.

“Tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara, sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah kerajaan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, nama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang dinyatakan dalam mesej itu tidak boleh disalahertikan sebagai tuduhan terhadap Ketua Wanita PKR itu atau mana-mana pimpinan parti berkenaan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya merujuk kepada YB Zuraida Kamaruddin di dalam mesej yang dibocorkan itu.

“Rujukan itu adalah dalam nada dan niat yang baik kerana saya pernah meluahkan kebimbangan saya kepada beliau di dalam komunikasi WhatsApp lebih sebulan lalu bahawa kita (pimpinan KEADILAN) sepatutnya lebih peka dan sensitif kepada apa-apa tuduhan rasuah atau salah laku melibatkan anggota kita, terutamanya di peringkat bawah dan tidak menolak mentah-mentah tuduhan sebegitu.

“Zuraida Kamaruddin adalah Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor dan lebih rapat dengan akar umbi parti di Selangor, sebab itu pandangan saya diluahkan secara peribadi kepada beliau lebih sebulan lalu,” katanya.


Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, laporan berhubung dakwaan khusus itu akan diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut daripadanya.

“Perkara ini akan dikendalikan secara dalaman mengikut proses yang ditetapkan oleh Perlembagaan KEADILAN,” katanya yang kesal perbualan dalam WhatsApp sebuah kumpulan tertutup dianggotai ahli PKR dan penyokong reformasi itu disebarkan sehingga boleh mengundang tanggapan buruk terhadap kerajaan Selangor.

Selaku Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), beliau berkata beribu maklumat dan aduan salah laku serta penyelewengan institusi awam dan swasta diterimanya setiap hari, namun sebahagian besarnya tidak melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan NOW sebelum ia boleh dikemukakan kepada umum.

“Aduan dan tuduhan yang dirujuk di dalam mesej WhatsApp saya akan melalui proses yang sama seperti aduan-aduan lain untuk melepasi keperluan bukti minimum. Jika tiada bukti sokongan yang adil, NOW tidak akan memanjangkan perkara ini kerana sumber kita adalah terhad,” tegasnya.

Semalam, Rafizi ketika dihubungi FMT enggan mengulas mahupun menafikan keabsahan perbualan berhubung dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kumpulan WhatsApp itu.

Dalam perbualan kumpulan WhatsApp ‘SOLIDARITY FOR ANWAR’ itu, Rafizi dikatakan sedang mengumpul maklumat berkaitan dakwaan itu dan “ada hadnya sebelum buat expose (pendedahan) mengenai parti sendiri.”

EXCO Selangor, Amirudin Shari yang ditemui dalam sebuah program semalam turut menafikan dakwaan rasuah membabitkan wang dan “permintaan perempuan” ketika berurusan dengan kerajaan negeri itu.



4 comments:

RD. said...

Apa nak hairan. Pemimpin tertinggi PKR banyak terpalit dengan sex, liwat dan kulum peliaq. Ketua Umum Party pun kaki-main-pungkoq. Dua kali dihadapkan ke Mahkamah kerana meliwat. Sekarang tengah menjalani hukuman penjara sekali lagi kerana meliwat. Yang pertama terlepas atas masalah technical tetapi bersalah kerana salah-guna kuasa sebagai TPM, mengarah Polis, tangkap Ummi Hafilda & Dr. Christina.

Timbalan President pun pernah dirakam, seorang wanit sedang kulum kote beliau dalam tandas.

Party gila-sex.

Anonymous said...

Ha ha... Nanti ted manoff proot kata mana ada... Semua bohong ja...walaupun memang sah kaki liwat dan betina...

Johan said...

Bagai anjing makan tahi. Tak makan dicium juga. Itulah perumpamaan kpd pemimpin yang sedemikian.

Johan said...

Apa pula langkah pizi ni? Dulu Khalid dikaitkan terlibat rasuah.... Senyap bila dah diturunkan.. Kini giliran siapa pula?

top